CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian Ditawar Berlakon Hollywood Bukan Sebab Seksi, Tapi Berwajah Eksotik

5-2-2021 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17187| Komen: 129

Selepas hangat dengan kisah pergolakan rumah tangga yang belum berpenghujung, nama pelakon seksi, Nadia Brian, 29, meledak semula, baru-baru ini.

Namun, kali ini bukan mengenai isu peribadi, sebaliknya Nadia menolak tawaran berbogel dan beraksi panas dalam drama 12 episod terbitan sebuah produksi Hollywood.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi sepatutnya terbang ke Ireland selama enam bulan pada bulan ini terpaksa menolak tawaran yang mampu menjatuhkan maruah keluarga dan negara.



Ramai memuji tindakan Nadia, tidak kurang juga melemparkan kata cercaan dengan menggelarkan artis tempatan sebagai sampah hanya kerana tidak pernah melebarkan sayap perjuangan ke peringkat antarabangsa.

Mungkin Nadia, antara pelakon yang suka berpakaian seksi, namun wanita kacukan Melayu-Australia itu belum tergamak menggadai maruah untuk tontonan seluruh dunia demi membina nama dan populariti di luar negara.

Nadia berkata, dia menerima tawaran produksi Hollywood pada Oktober, tahun lalu.

Foto: IG

"Sejujurnya, impian setiap pelakon pastinya mahu melangkah ke luar negara. Sejak kecil, saya memang sukakan drama barat, apatah lagi, berangan-angan menjejaki Hollywood. Saat pengurus bertanyakan mengenai tawaran ini, saya tidak fikir dua kali mahu menolak.

"Saya begitu teruja apabila dimaklumkan membawa watak kekasih kepada seorang pembunuh upahan. Bagaimanapun, apabila mengetahui cerita lebih terperinci mengenai babak dalam drama ini, saya terdiam seketika.

"Saya diberitahu ada babak bogel dan adegan ranjang dengan hero berkenaan. Bagi saya, drama Hollywood memang normal dengan babak panas, tetapi bukan di Malaysia. Biarpun drama ini akan disiarkan dalam satu platform penstriman Hollywood, tetapi sudah pasti, orang Malaysia pun akan menontonnya.

"Saya tak sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, agama dan negara. Saya orang Islam dan Melayu, saya masih jaga semua batasan itu. Saya anggap bukan rezeki saya apabila menolak tawaran ini. Jika ada tawaran akan mendatang, saya harus meletakkan syarat. Percayalah, jika ada rezeki tidak ke mana," katanya kepada BH Online.


Mengulas adakah tawaran diberikan berikutan impak imej seksinya, Nadia menyangkal pendapat berkenaan.

"Saya tak rasa sebab seksi saya ditawarkan watak berkenaan. Saya diberitahu, syarikat produksi Hollywood itu mencari pelakon berwajah eksotik dan boleh berlakon.

"Bagi saya, tuduhan ditawarkan watak berkenaan disebabkan seksi terlalu klise, stereotaip dan boring. Saya selesa menjadi diri sendiri, saya bukanlah seksi keterlaluan. Sebagai manusia biasa, saya juga mahu berubah ke arah kebaikan. Doakan saya berubah.


"Saya tak anggap tawaran berkenaan disebabkan imej. Tentulah, bakat menjadi pengukur. Jika berimej seksi, tetapi tiada bakat belum tentu syarikat produksi antarabangsa memandang kita. Saya tak salahkan syarikat produksi berkenaan meletakkan syarat babak panas kerana ia perkara biasa kepada mereka," katanya.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, dia tidak sedikit pun menyesal kerana menolak tawaran biarpun ia peluang keemasan.

"Saya akan lebih menyesal jika melakukan perkara yang boleh mencalarkan maruah keluarga, agama dan negara. Saya percaya rezeki Allah amat luas. Saya tumpang bangga artis kelahiran Malaysia seperti Datuk Michelle Yeoh dan Henry Golding berjaya mengukir nama di Hollywood.

"Laluan mereka barangkali agak mudah sebab mereka bukan orang Islam. Bagi saya, mustahil bagi pelakon Melayu untuk melakonkan babak yang keterlaluan," katanya.



Apabila netizen melabelkan artis tempatan seperti 'sampah' kerana tak mampu ke peringkat antarabangsa, wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, artis Malaysia juga berbakat besar dan ada pakej tersendiri.

"Saya percaya pandangan skeptikal sesetengah masyarakat yang memandang serong dan menganggap artis tidak ke mana sudah lapuk.

"Banyak perkara kita terbatas dengan agama dan budaya. Ia bukan boleh dilanggar sebegitu sahaja. Jadi, janganlah mudah melabelkan artis Malaysia 'sampah' hanya kerana menghormati pegangan ini," katanya.


Nadia berkata, dia akan muncul dengan dua drama, Rudi VS Jolie bermula 15 Februari ini menerusi TV Okey. Drama kedua, Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk slot Samarinda TV3 pula bermula 17 Februari ini. Dua drama berkenaan arahan Shuhaimi Lua dan terbitan Tanah Beris Film Production.

"Saya juga akan memulakan penggambaran filem di bawah pengarah, Prof A Razak Mohaideen pada Mac depan. Ini masanya saya membalas jasa baik Prof A Razak yang pernah jadi dekan di universiti. Filem Maduku Berhantu ini kali pertama menggandingkan saya dengan Zizan Razak," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-2-2021 03:41 PM
Tak sedap ke letak nadia rashidi?
Quote dudaberhias 5-2-2021 03:42 PM
eksotik apanya muka cucuk2 macamni...
dah la ada 3 orang muka sama pulak tu... daiyan trisha, nadia sahab dan safiey ilias...
masing2 menyerupai pondan...


semua pergi klinik sama dekat sunway la tu... tu pun sebab dapat voucher & discount tc applied... nak pergi hatyai, korea tak boleh sebab pkp...
Quote slyfynx 5-2-2021 03:42 PM
Ok.
Jangan jadi Milah Gumgum kedua udah le
Quote annehuda 5-2-2021 03:45 PM
eksotik celah mana? taste hollywood sekarang ni nak warna kulit selain putih.  even korean yang putih gebu tu pun ramai je tak lepas kt hollywood.  terpaksa mensawo-matangkan warna kulit diorg.  kalau uols perasan la, retis2 asia kat sana  pun takdela nak putih macam mayat, ada tan-tan jugak gitu
Quote ciwelireng 5-2-2021 03:51 PM
bangun dah siang?
Quote LadyCarefree 5-2-2021 03:53 PM
Hasanah gila unless offer untuk video porn yg C class punya. Tak senang tu tiber je dapat offer berlakon filem hollywood siap watak disamping hero.
Quote buapakperut 5-2-2021 03:53 PM
Edited by buapakperut at 5-2-2021 07:56 AM

eksotik mende muka macam anabelle, baik amik mak nyah. ayat macam retis sorang reject marvel tu ja
Quote LadyCarefree 5-2-2021 03:54 PM
dudaberhias: eksotik apanya muka cucuk2 macamni...dah la ada 3 orang muka sama pulak tu... daiyan trisha, nadia sahab dan safiey ilias...masing2 menyerupai pondan. ...


Puteri konon Zarith jangan lupa. Macam kembar safiey dah.
Quote mieymiey 5-2-2021 03:57 PM
dudaberhias replied at 5-2-2021 03:42 PM
eksotik apanya muka cucuk2 macamni...
dah la ada 3 orang muka sama pulak tu... daiyan trisha, nadia ...

Ni iols setuju. Retis ni memang pergi klinik yang sama ker? Sepesen muka. 2 Nadia sekali dengan Daiyan tu dah boleh berlakon jadi adik beradik.
Quote jfq 5-2-2021 04:05 PM
29? Apasal muka mcm 39?
Quote jfq 5-2-2021 04:08 PM
Halo. Holiwud nak muka eksotik?
Ramai aje set2 dari mexico and south america yg eksotik. Tak yah cari jauh2 kat msia
Quote lolipopi 5-2-2021 04:09 PM
Dia mmg ada jalani ujibakat ke kena hafal skrip semua tu or just anto portfolio gambo seksi gebu gebas jer..
Quote putu 5-2-2021 04:16 PM
Nak muka exotic baik ambik ahli kumpulan zero
Quote brookemcqueen 5-2-2021 04:17 PM
Berangan lah.
Berlakon pun tak tara mana. Kayu jugak. English dia rasanya tak elok mana pun. Hasanah.
Quote lanse 5-2-2021 04:25 PM
Tang mana eksotik nya. Macam banyak cucuk ada la
Quote Buritan 5-2-2021 04:28 PM
shernazz replied at 5-2-2021 03:41 PM
Tak sedap ke letak nadia rashidi?

Bg aku terima ajelaaa.. bogel ajeloooooo..
Quote missyL 5-2-2021 04:33 PM
Typical je muka cm nie..
Huhu.
Klo nk kate exotic. Lg exotic muka umi nazera nk pg luar.
Hahahaa
Quote sharlenetexas 5-2-2021 04:41 PM
Sembang kari australia celup.

Quote MontanaHannah 5-2-2021 04:43 PM
Beritahu aku setulus hatimu


Perempuan mana xcantik kalau sudha bogel

buah dada dengan poen tu permata syurga dunia lahhhhh

cuma murah dengan mahal sahaja yg membezakan kita antara wanita-wanita

yg cantik ,murahan pun bersepah

yg hodoh tp aset menawan pun berlunggok

nak yg mana


Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.137249 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top