CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukar jurulatih terbaik dunia pun tak guna - Chong Wei

5-2-2021 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4643| Komen: 21

Description: KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan prestasi Lee Zii Jia tidak akan meningkat sekalipun menukar jurulatih terbaik di dunia sekiranya dirinya sendiri tidak mahu berub ...



KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan prestasi Lee Zii Jia tidak akan meningkat sekalipun menukar jurulatih terbaik di dunia sekiranya dirinya sendiri tidak mahu berubah.

Menurutnya, semuanya kini terpulang kepada kehendak pemain berusia 22 tahun itu sendiri untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya dan bukan bergantung sepenuhnya kepada jurulatih.

"Pada pandangan saya, jika sediakan jurulatih terbaik di dunia sekalipun kepada Zii Jia tetapi kalau dia sendiri tak mahu, tidak ada gunanya juga. Yang penting adalah diri sendiri (untuk meningkatkan prestasi).

"Seperti saya dulu, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) menyediakan mana-mana jurulatih untuk saya dan saya terima saja. Saya tidak pernah kata tidak atau apa-apa. Mana-mana jurulatih yang disediakan BAM, saya ikut.


"Bagi saya, yang lebih penting adalah diri sendiri. Bukan jurulatih atau apa-apa. Kalau jurulatih bagi 10 set latihan dan kamu buat hanya lima set, jurulatih pun tak boleh buat apa-apa. Jadi bagi saya, apa yang lebih penting adalah diri sendiri," kata Chong Wei.

Chong Wei mengulas demikian ketika ditanya sama ada penggantinya itu perlu kembali dilatih di bawah kendalian Datuk Misbun Sidek selepas prestasi jaguh perseorangan negara itu hambar pada tiga kejohanan di Thailand, bulan lalu.

Kempen Zii Jia di Bangkok dianggap mengecewakan apabila dia yang mara sehingga suku akhir Yonex Terbuka Thailand tersingkir di pusingan pertama pada Toyota Terbuka Thailand dan gagal melepasi peringkat kumpulan dalam Jelajah Dunia Akhir BWF.

Mengulas lanjut mengenai prestasi Zii Jia di Thailand, Chong Wei begitupun berkata, pemain itu seharusnya diberikan peluang untuk memperbaiki prestasi dan jurulatih Hendrawan perlu membuat penilaian bagi mencari masalah dihadapi.

"Berikan dia sedikit masa dan saya rasa di tiga kejohanan itu, Zii Jia tidak mempamerkan aksi terbaik. Saya rasa jurulatih, Hendrawan akan buat penilaian mengenai apakah masalah dihadapi di kejohanan itu.

"Apa situasi dihadapi di Thailand... itu saya tidak tahu. Situasi COVID-19, SOP (Prosedur Operasi Standard) yang sangat ketat, itu saya tak tahu. Apapun, bagi saya, semua menghadapi masalah sama dan apa yang saya nampak (prestasi Zii Jia) bukan yang terbaik.

"Jadi jurulatih Hendrawan kena melihat semula apa masalah dihadapi. Itu yang lebih penting dan lihat apakah masalahnya," kata Chong Wei.


Sumber : BeritaHarian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 5-2-2021 03:04 PM
Knp ni?ai lama dah x ikut sukan negara.. hihihi.. badminton lg laa.. bosan dah skrg..xde pelapis DLCW..msti masalah attitude nih smpai dlcw pn ckp gtu..
Quote KIM.K 5-2-2021 03:14 PM
Hendrawan kot. Ko nak kata tak serasi dgn coach ke
Quote nazzse 5-2-2021 03:15 PM
CW ni salute lah bab disiplin dia. Dia pernah cakap dia berjaya sbb Misbun & Misbun cakap CW berjaya sbb attitude & disiplin dia sendiri yg nak berjaya. Padahal misbun tu bukan main garang lagi as coach, sapa yg tahan je mampu bertahan  
Quote grouper 5-2-2021 03:28 PM
salmon-suki replied at 5-2-2021 03:04 PM
Knp ni?ai lama dah x ikut sukan negara.. hihihi.. badminton lg laa.. bosan dah skrg..xde pelapis DLC ...

Klau ikut potensi zii jia ni mmg layak jadi pengganti latuk Chong wei... Maksud potensi ni dari segi skill badminton dia la mmg klau diasah lagi blh capai level lcw. Peminat sukan badminton mmg sedar benda ni sbb tu letak harapan tinggi kat dia dlm game kat Thailand baru2 ni. Skang dia mmg dh level dunia cuma x konsisten tu je. Paling utama dia punya mental mmg lemah klau under pressure sbb tu org x puas hati dia kalah kat Thailand x melawan pun..at least kalau kalah biar la fight sikit..
Quote Artemesiaa 5-2-2021 03:59 PM
Semuanya atas kemahuan diri sendiri kalau betul2 nak berjaya kuat semangat dengan mana2 coach pun tetap boleh berjaya
Quote nanies 5-2-2021 04:34 PM
Artemesiaa replied at 5-2-2021 03:59 PM
Semuanya atas kemahuan diri sendiri kalau betul2 nak berjaya kuat semangat dengan mana2 coach pun te ...

betol. semua ikut atas diri sendiri. kalo ko nk berjaya, takde coach pun boleh je berjaya kan
Quote izwan_izi 5-2-2021 04:59 PM
Sanggup ke Ziii Jia tu nk duduk bawah kendalian Dato Misbun..?

Lagipun budak2 generasi mcm Zii Jia ni kebanyakkan lembik / fragile / manja / moral cepat down...
Quote beloomberk 5-2-2021 05:14 PM
Lawan sameer varma dari india tu pling mengecewakan..first game dia kejar,then menang..second game dh lead 18-8,smp 7kali game point,kalah jgak..force errors n mistakes bnyak sgt..masuk rubber game hauk trus..mental x kuat,willing utk menang tu xde..
Gaya permainan sama je 3rd game,ptut ubah skit.
Quote salmon-suki 5-2-2021 07:06 PM
grouper replied at 5-2-2021 03:28 PM
Klau ikut potensi zii jia ni mmg layak jadi pengganti latuk Chong wei... Maksud potensi ni dari se ...

Ooo..mental lemah jelaa..bukan masalah attitude ke ape..orait..susah jgk tu..unless diri sndiri y overcome bnde tu,org lain xleh tlg..
Quote biozipstar 5-2-2021 07:17 PM
susah nak jumpa strong wills macam datok..
Quote MontanaHannah 5-2-2021 07:55 PM
Pernah  menjalani latihan yang keras dalam bidang aku  ni

Keras , mcm xde hati perut ...ramai yg kagum bila masih berada disitu sampai habis latihan.

Rupanya bila kita berkehendak kita xbaca dah semua yang perit jerih tu sebab mmg kita yg nak.

wowwwww


Itulah yg membezakan kita di antara yg lain-lain.

Hebat kita xsama.

sebab pilihan kita pun xsama.

Quote axl_bach 6-2-2021 12:41 AM
grouper replied at 5-2-2021 03:28 PM
Klau ikut potensi zii jia ni mmg layak jadi pengganti latuk Chong wei... Maksud potensi ni dari se ...


Paling sakit ati tgk dia kalah 3 set dgn Sinisuka Ginting tu.....aduiii
Quote axl_bach 6-2-2021 12:43 AM
biozipstar replied at 5-2-2021 07:17 PM
susah nak jumpa strong wills macam datok..

Latok strong will tp mental tetap crack kalau lawan Lin Dan....

Paling sayang kalah final olimpik dgn Cheng Long, igt dah menang semi lawan Lin Dan ada harapan di final, tetap kalah....
Quote axl_bach 6-2-2021 12:46 AM
Tgk ranking latest Zi Jia dok nombor 8, not bad....tp ranking ni mcm x tepat lg sbb king x masuk top10 sbb lama cedera....

X sabar nk tgk Axelsen yg tgh onform lawan Kento Momota
Quote Johi 6-2-2021 11:42 AM
Senang cite tak ada kemahuan UTK menang,sama MCM bergu lelaki dua kali masuk final di Thailand keduanya kalah dgn taiwan
Quote ekselen 6-2-2021 12:07 PM
Betul la datuk ckp tu...selain dpd beliau dan skuad piala thomas 1992...tak dpt lg nk jumpa yg setanding dan dekat2 ngan level diorg... Mostly pemain badminton malaysia skrg ni lemah mental. Ada tu fizikal pun xmantap mcm pemain2 mcm korea, jepun, denmark...even nk selevel ngan neg jiran cam indo or chinese taipei pun ssh...yg pegi bertanding skrg ni mostly mcm pegi takat penuhkn kuota atau sekadar melancong...kalo ada yg naik pun xkonsisten... Sbb tu pas datuk punya legacy...dah xnampak sinar harapan dr sukan badminton...yg pandai main pun jadik juara remaja la juara asia la pasti merudum/sendu...xmcm pemain2 china.. Jepun n Denmark pun dh jauh tinggalkan kita...aku pun dh mls nk tgk badminton...xde sifat atau semangat membara nak menang..kalo nk jadi juara tu mmg lupakan je lah..takat suku akhir/separuh akhir pastu bye2...kalo dulu2 suka la tgk datuk ngan kkk & tbh main sbb ada keseronokan tgk diorg melawan...now xde dah...
Quote kakikuDibibirmu 6-2-2021 01:23 PM
Kena gunakan khidmat Hua Wei
Quote angelofish 6-2-2021 02:15 PM
macam mana pemain  badminton di pilih? kenapa banyak cina je.
Quote Ain_h 7-2-2021 01:21 AM
At the end semuanya Bergantung dengan diri sendiri

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.612442 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top