CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana Cuba Nasib Jadi Penyampai Radio

4-2-2021 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2478| Komen: 3

Percubaan pelakon, Riena Diana bergelar penyampai radio Hot FM selama seminggu sejak 1 Februari lalu tidak pernah dibayangkan, selama ini.

Pelakon baharu yang meledak menerusi watak Lailer dalam drama Kampung People di TV3 itu bagaimanapun cuba mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa.

Bergandingan dengan Haziq Hussni dan Deen buat sementara waktu dalam mengendalikan slot pagi membuatkan Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamariena Diana Zulreal mula selesa memikul tugas baharu itu.



"Biarpun hanya sekadar percubaan dan menjadi penyampai radio undangan, saya mula rasa 'enjoy' walaupun kena bangun pagi. Malah, saya tak terasa daripada jam 6 hingga 10 pagi pantas berlalu.

"Saya mahu menjadikan 2021 lebih terbuka dengan tugasan baharu. Saya terus bersetuju apabila Hot FM menghubungi untuk sesi uji bakat. Tugas sebagai penyampai radio tidak memenatkan dan menyeronokkan.

"Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas sangat positif selepas beberapa hari mengendalikan segmen pagi bersama Haziq dan Deen. Jujurnya, saya ingat tiada keyakinan mampu melakukannya, tetapi sebaliknya, saya mampu membiasakan diri," katanya kepada BH Online.


Tanpa berselindung, Riena berkata, dia terkilan jika tidak berjaya dipilih sebagai penyampai radio stesen berkenaan.

"Saya tak mungkin menolak peluang keemasan bergelar penyampai radio sekiranya ada rezeki. Cuma, saya mungkin serba salah kerana masih ada komitmen berlakon jika ditawarkan mengendalikan slot petang.

"Dunia lakonan tetap menjadi keutamaan. Saya tentu seronok jika ada rezeki mengendalikan segmen pagi. Saya kena terus mengasah bakat bercoleteh dan petah bercakap. Apa yang lebih utama, saya mahu menjadi diri sendiri.

"Saya akan terkilan jika tiada rezeki jadi penyampai radio Hot FM. Tetapi, dapat atau sebaliknya, saya berserah. Mungkin juga belum masanya. Dapat peluang selama seminggu ini pun saya sudah cukup bersyukur," katanya yang tiada pengalaman langsung bergelar penyampai radio.

Riena berkata, dia tidak menyangka bergandingan dengan Haziq dan Deen.

Kredit foto: IG


"Saya sudah lama kenal dan lepak dengan Haziq. Jadi, saya tak rasa canggung. Deen pula kali pertama berjumpa, tetapi kami cepat serasi.

"Haziq dan Deen banyak membantu. Hot FM ada tanya pengalaman hari pertama. Saya jawab suka sangat dengan cabaran baharu ini. Tiada rasa nak cepat balik atau menghabiskan slot dengan segera," katanya.

Dalam perkembangan lain, Riena turut memulakan perniagaan menjual laksa dipanggil Laksa Lailer, baru-baru ini.




"Saya sudah lama nak ceburi perniagaan bidang makanan ini. Bapa berniaga nasi ayam di Gombak hingga sekarang.

"Saya pula 'hantu laksa' dan pandai masak makanan berkenaan. Jadi, kenapa tidak cuba menjadikan makanan kegemaran untuk dikomersialkan. Resipi laksa diperturunkan oleh nenek. Pakcik dan makcik saya turut membantu saya dalam urusan perniagaan ini.

"Cuma, saya kena cari tapak kedai. Kalau boleh berdekatan dengan kedai nasi ayam bapa bagi memudahkan urusan pemantauan. Saya berniat menyumbangkan sebahagian hasil jualan laksa untuk badan amal bagi membantu masyarakat yang berdepan kesempitan hidup," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 4-2-2021 04:27 PM
all the best .. u can do it!
Quote biozipstar 4-2-2021 09:07 PM
good luck!
Quote YomiuriLandMae 4-2-2021 11:58 PM
Jadi DJ ni komitmen tinggi woo.. mmg susah nak accept job lain kalo dah terikat dgn konti..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.156412 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top