CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Berjaya Dalam Bisnes, Zoey Rahman Tetap Tak Lupa Lakonan

4-2-2021 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4217| Komen: 17

Description: Usaha tangga kejayaan. Itulah yang boleh dikata mengenai pencapaian dikecapi pelakon Zoey Rahman dalam bidang perniagaan diceburinya sejak empat tahun lalu.
Usaha tangga kejayaan. Itulah yang boleh dikata mengenai pencapaian dikecapi pelakon Zoey Rahman dalam bidang perniagaan diceburinya sejak empat tahun lalu.

Meski empayar perniagaan produk kosmetik, Mika Series dibina makin kukuh, Zoey tetap tidak melupakan kerjaya seninya. Katanya, dia akan terus aktif berlakon dan mengacara.

"Saya gembira perniagaan dan kerjaya seni bergerak seiring. Malah, saya bersyukur masih mendapat tawaran berlakon kerana dari dahulu sampai sekarang memang tidak memilih watak.

"Watak pelakon pembantu dan sambilan pun saya terima hingga kini kerana suka berlakon. Bagi saya, walau lakonan bukan lagi keutamaan tapi sentiasa mahu terus melakukannya.

"Alhamdulillah, rezeki pun masih ada dan saya ambil sahaja. Setakat ini, boleh dikata produk lakonan saya masih diterima dan tak sangka juga drama Black yang disiarkan di Viu mendapat sambutan," katanya.



Zoey yang kebelakangan ini sering menjadi perhatian ramai dengan apa sahaja kisahnya berkata dia tidak pernah terfikir mahu mengejar popular. Katanya, apa yang berlaku itu tidak pernah dirancang.

"Saya tahu pada era sekarang, orang sanggup buat apa sahaja untuk kisah mereka tular. Tapi, saya pula tak sangka perkara- perkara yang berlaku spontan itu sangat menarik perhatian.

"Walaupun ada yang kecam dan kata macam-macam, saya okay dan tak terasa hati langsung. Pada saya, biarkanlah mereka kerana setiap diperkatakan itu menjadi pembakar samangat," ujarnya.

Menurut Zoey lagi, dia sedikitpun tiada perasaan marah kepada orang yang mengatanya terutama pada kalangan netizen. Ujarnya, penting untuk bertindak matang dalam mengawal emosi diri.

Ditanya juga mengenai dia yang masih bujang, Zoey berkata semua orang mengimpikan kebahagiaan dan memiliki keluarga sendiri. Bagaimanapun, dia akur jodohnya belum sampai.

Foto: IG

"Sekarang, hidup membujang pun saya gembira kerana belum puas membahagiakan ibu bapa. Jadi, biarlah saya berbakti kepada mereka dahulu dan jika ada jodoh pasti tidak ke mana.

"Apapun, saya berharap semoga ada jodoh juga. Tapi, sekarang saya selesa memberi fokus pada perniagaan yang semakin mendapat sambutan. Tak sangka, produk Mika Series diterima sangat baik," katanya.

Zoey yang hingga kini masih dilabel 'berwajah jambu' berkata dia selesa positif. Katanya, apa yang pasti kejayaan dinikmati dalam bisnes kini adalah rezeki Allah yang amat disyukurinya. Begitu juga, kerjaya seni yang masih relevan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 4-2-2021 02:03 PM
Die kapel dgn sape skg...
Quote minguk 4-2-2021 02:09 PM
siapa pernah pakai kosmetik dia? reviu lah sikit.
Quote kookiechip 4-2-2021 02:11 PM
Dia ni ada rupa. Muka pun nampak macam lambat tua. Tapi kenapa di alter muka sampai nampak keras kejung gitu
Quote cicicumel 4-2-2021 02:13 PM
eww bibir atas awat terjongket camtu..
muka mcm retis korea pelakon Melting Me Softly..
Quote BicaraHatiku 4-2-2021 02:14 PM
Ni ke yg nampak Billboard sujud syukor tu?
Quote Kurex 4-2-2021 02:16 PM
Cerita sama yg diulang2
Quote slyfynx 4-2-2021 02:25 PM
Ok
Nexttttttt

Nnt nk suh anak2 murid aku jadi retis, jual produk timbang kilo.
Confirm kaya dan dipuja2.
X yah belajar elok2 pun
Quote KIM.K 4-2-2021 02:44 PM
Ok la nampak wangi
Hakikatnya org buat bisnes semua serabai
Quote helicornia 4-2-2021 03:08 PM
gambo pakai jaket coklat tu udah rupa lee min ho
Quote lampor 4-2-2021 03:20 PM
Baru nmpak dia buat live kt shopee smalam, buat tutorial make up oppa look.... Laku gak. Tapi dia ni mmg rajin la dan.x sombong. Dulu bukan dia kawan baik dengan elfira ke?
Quote Jemahjemah 4-2-2021 11:53 PM
Masih berlakon ke? Xtau pulak. Ke sbb aku xtgk drama melayu {:smile
Quote midori_katana 5-2-2021 11:12 AM
Akak dulu suka teman anak tgk gerak geri gasing...kalau artikel tu tak mention gambar itu zoey pastilah akak tak sangka itu dia.. berubah habis 100 % lain berbanding dulu
Quote Ain_h 7-2-2021 01:10 AM
Baguslah.. Teringat gerak geri gasing
Quote imanjannah 7-2-2021 02:39 PM
bis apa budak ni
Quote farhanmo89 16-2-2021 12:18 AM
Baguslah anak muda sekarang mula berbisnes untuk jana pendapatan. Korang kalau kagum tengok retis berjaya berniaga macam dia ni pun masih boleh buat jugak.

Cuma kelebihan pada dia ada nama jadi senang sikit orang nak nampak apa yang dia buat, follower pun ramai jadi nak kick off bisnes tu dah mudah.

Macam kita ni yang tak ada nama tapi baru nak start memang tak ada cara lain la jawapannya kena buat digital marketing...

Kalau korang nak tau pasal digital marketing.. blog ni ada buat penjelasan detail.. apa itu digital marketing
Quote sokmogitu 16-2-2021 12:22 AM
apa lakonan dia yang memberikan kesan pun sebelum ni? watak dia tempelan je pun
Quote LadyCarefree 16-2-2021 10:26 AM
slyfynx replied at 4-2-2021 01:25 PM
Ok
Nexttttttt


Khenzssssss. iols mmng pelik dgn manusia yg beli produk2 gini

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.076616 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top