CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Kurang Ajar, Tak Bersyukur!" - Dewi Perssik Mengamuk Difitnah PA

4-2-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2674| Komen: 7

Penyanyi Dewi Perssik meluahkan rasa kecewa dan bengang dengan fitnah yang dilemparkan oleh salah seorang pembantu peribadinya, baru-baru ini, lapor Detik Hot.

Menerusi laman Instagram, Dewi berkata pembohongan yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan dia hilang sabar dan tidak mampu mengawal emosi.



Kredit foto: IG Dewi

"Jangan fitnah saya... kurang bersyukur kamu ni, baru kerja tiga bulan, diberi gaji 5 juta Rupiah (RM1400) ketika jadi pembantu peribadi yang kerjayanya hanya pagi sahaja setelah itu pulang, ya apa tanggangjawab kamu sebagai pembantu?

"Ingat! Kamu datang minta kerja kerana katanya tak dibayar gaji oleh bekas majikan di Bali, sering dibuli, saya jadi kasihan sama kamu, lalu saya ambil kamu jadi pembantu dan naikkan gaji.

"Walaupun kamu sering lupa barang-barang shooting saya tak pernah marah sama kamu, banyak saksi ya. Perhiasan saya kamu hilangkan dan kata tidak tahu sedangkan kamu yang pegang... ada saya marah?” katanya.


Meskipun tidak menyatakan dengan lebih jelas bentuk fitnah yang dilemparkan, Dewi berkata dia benar-benar kecewa dengan pembantu peribadinya itu.

"Dah diberi duit masih tinggalkan tanggungjawab sesuka hati lalu kenapa fitnah saya, kalau betul kata tak fitnah saya, kenapa sahabat kamu itu bercerita mengenai saya.




"Kalau ternyata tiada bukti, siap kalian... kurang ajar, dah beri hati minta jantung, manusia tidak bersyukur,” ujarnya.


Sumber: mStar

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shuerin 4-2-2021 12:23 PM
slalu baca dh bagi betis nk peha...

Quote Artemesiaa 4-2-2021 12:51 PM
Rasain lor bagi hati mintak jantung katanya
Quote nanies 4-2-2021 01:46 PM
perumpamaan lain - dah bg penyepak nak penumbuk
Quote helicornia 4-2-2021 02:23 PM
mmg gini la perangai indon.yg dtg keje kt malaysia sama la gini perangai
Quote royaldanish 4-2-2021 02:34 PM
perangai.... dh kena ditolong menjadi jadi perangai
Quote Noraniza_Iblis 4-2-2021 04:02 PM
5 juta tu.. dkt sne dh ckup byk dh tu...
tak bersyukur btul leluhur ni..
kt sne.. nk dpt keje gaji 3 juta ke atas tu...
kemain la susah...
Quote Ain_h 7-2-2021 01:06 AM
Naik lemak?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.097411 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top