CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Ralit Berkaraoke Tak Sedar 2 Anak Lemas Belakang Rumah

4-2-2021 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3020| Komen: 11

Dua beradik berusia empat dan dua tahun mati lemas di dalam tangki kumbahan ketika ibu ralit berkaraoke di dalam rumah.

TribunNews seperti dipetik Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu, pada Selasa lalu.


Pada hari kejadian, tangki di belakang rumah mangsa dikatakan sedang dibersihkan ibu mereka, Suhar, 35, dan ketika kejadian Alfizil Aini dan adiknya, Zikra Hidayatullah, bermain di kawasan berkenaan.



"Suhar berehat sebentar dan menghabiskan masa itu dengan berkaraoke, dengan nada suara yang tinggi.

"Tidak lama selepas itu, baru Suhar tersedar kedua-dua anaknya tidak berada di dalam rumah.

"Selepas keluar mencari, wanita berkenaan menemui mangsa di dalam kolam berkenaan," katanya.

Jeritannya apabila melihat anaknya tidak bergerak di dalam tangki berkenaan didengari jirannya, Sumarlan, 38, yang melompat ke dalam tangki untuk menyelamatkan mangsa.


Usaha mereka bergegas membawa mangsa mendapatkan rawatan awal gagal dan petugas perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 4-2-2021 08:28 AM
takziah kpd keluarga.
Quote LadyCarefree 4-2-2021 11:00 AM
Ada anak kecil memang xboleh lalai walau sekejap.
Tapi those kids are going straight to heaven.
Maknya menjawablah dgn tuhan sbab lalai sampai 2 anak mati.
Quote Artemesiaa 4-2-2021 11:44 AM
Tempat kumbahan pun tak bertutup mana tak mengundang bahaya
Quote any42 4-2-2021 03:10 PM
dah tau ade ank kecik pls la alert dgn surrounding, barang/ tmpt yg bleh mmbhayakn bdk2. Dua2 pulak tu jatuh. Sedihnya.
Quote epuepy 4-2-2021 03:11 PM
aku imajin time dia tgok anak dia dh lemas tu mesti muka terkejut mcm dlm sinetron indon.  lepas tu kamera zoom in kat muka.

indon style.

anyway, salam takziah. lepas ni dh bole cmpak set karok tu dlm lubang najis
Quote Supersirap 4-2-2021 10:39 PM
Alahai sedihnya mendengar berita ini, semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua
Quote apalancut 4-2-2021 11:08 PM
mak tak karoke dah lepas ni nakkk...
Quote notM 4-2-2021 11:16 PM
Contoh dakwah gagal oleh Pemerintah Aceh.
Quote -electrifying- 4-2-2021 11:45 PM
tkkan xde common sense, pdhl ko tgh bersihkan benda tu, kena la alert, lg plak ade anak2 kecil, eh boleh plak sedap ko berkaroke.
Quote dudaberhias 5-2-2021 06:27 AM
Kesian, sedih...
Kecuaian, kelalaian dan mungkin faktor kemiskinan sekali...

Anak2 ke syurga... Maknya la yang menderita...
Quote Ain_h 7-2-2021 01:03 AM
Ini pengjaran supaya kena kunci rumah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063749 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top