CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Wanita Dibunuh Leonarda Cianciulli Untuk Dijadikan Sabun, Kek

4-2-2021 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2799| Komen: 15

Siapa sangka di sebalik perwatakan lemah lembut dan sangat ramah, wanita dikenali sebagai Leonarda Cianciulli ini merupakan pembunuh bersiri. 

Di samping itu, dia terlalu mempercayai perkara karut seperti amalan pembunuhan manusia sehingga membawa padah kepadanya dirinya sendiri.


Kisah Leonarda ini membuatkan manusia berfikir mengenai bahan digunakan olehnya ketika melarutkan mayat kesemua mangsa. 


Kredit foto: Activism / Wikimedia Commons / Public Domain

Leonarda menggunakan soda kaustik, bahan untuk memecahkan kayu setelah selesai melakukan setiap pembunuhan. Dia juga akan mengambil lemak dan daging mangsa untuk dijadikan sabun.

Bagi membuat kek pula, darah mangsa yang sudah diasingkan akan dibekukan sebelum dikeringkan menggunakan oven. Selepas dikeringkan, Leonarda akan mencampurkannya dengan tepung. Dari situ, dia akan menggunakan tepung tersebut untuk membuat kek dan memberikan kepada jiran-jirannya.




Bercerita mengenai kehidupan peribadi, Leonarda pernah cuba membunuh diri sebanyak dua kali sebelum meningkat dewasa. 

Dia juga sempat berkahwin dengan seorang kerani, namun perkahwinan tersebut dihalang ibu bapanya kerana mereka mempunyai calon yang lebih sesuai untuk Leonarda. Oleh kerana terlalu degil, ibu Leonarda menyumpah yang hidup anaknya itu tidak akan aman sampai bila-bila. 

Beberapa tahun selepas mendirikan rumah tangga, Leonarda dipenjarakan atas kesalahan penipuan dan rumahnya musnah ekoran gempa bumi yang terjadi pada masa tersebut. 

Lebih menyedihkan, dia pernah mengandung sebanyak 17 kali dan mengalami keguguran sebanyak 13 kali. Keguguran tersebut dikaitkan dengan sumpahan ibunya termasuk penyakit misteri yang dialami ketika kecil.

Oleh kerana sering ditimpa kecelakaan, Leonarda membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang penilik nasib, seorang wanita Romanian yang mendorongnya untuk melakukan jenayah. 

Penilik nasib tersebut mendakwa dia nampak tangan kanan Leonarda akan membawanya ke penjara semula, manakala tangan kirinya akan membawanya ke rumah sakit mental kerana melakukan jenayah. Tertekan dengan sumpahan ibunya dan kata-kata penilik nasib tersebut, Leonarda menjadi lebih percaya pada benda-benda tahyul.


Kisah pembunuhan pertama



Pada akhir tahun 1939, anak lelakinya, Giuseppe memberitahu yang dia hendak menyertai pasukan tentera Itali. Oleh kerana takut kehilangan anaknya, Leonarda mengikut cakap penilik nasib tersebut untuk membunuh manusia bagi menyelamatkan nyawa anaknya sekiranya berlaku sesuatu.

Leonarda memilih Faustina Setti, seorang yang berusia dan diberi gelaran ‘anak dara tua’ oleh penduduk setempat. 

Leonarda membuat perjanjian dengan Faustina bahawa dia akan menemui jodoh tidak lama lagi. Ini kerana, ada seorang lelaki di Poland telah lama menunggunya untuk dijadikan isteri. 

Leonarda kemudian meyakinkan Faustina untuk tidak memberitahu sesiapa tentang perkahwinan yang dirancang itu dan dia menyuruh wanita malang tersebut untuk menulis poskad kepada saudara-maranya mengatakan yang dia sudah tiba di Poland.

Malangnya, yang menanti Faustina bukanlah bakal suami yang diimpikan itu, sebaliknya kapak Leonarda. 

Selepas membunuh, Leonarda memotong mayat Faustina kepada sembilan bahagian sebelum mencairkan mayat tersebut di dalam periuk. 

Leonarda meletakkan kesemua cebisan mayat ke dalam periuk sebelum menambahkan tujuh kilo soda kaustik untuk membuat sabun. 




Manakala untuk darah pula, dia menunggu darah tersebut sehingga beku dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan tepung, gula, coklat, susu dan telur serta sedikit marjerin untuk membuat kek sebelum dihidangkan kepada semua tetamu dan jiran-jiran yang hadir ke rumahnya.


Dijanjikan pekerjaan



Francesca Soavi merupakan mangsa kedua Leonarda yang dijanjikan pekerjaan di sekolah perempuan di Piacenza, Itali. 

Leonarda memberikan arahan sama kepada Francesca untuk menulis poskad yang boleh diberikan pada ahli keluarganya sejurus dia sampai ke sekolah tersebut. 

Kemudian, Leonarda bunuh wanita ini dengan cara yang sama iaitu mengerat badan mangsa dan menghasilkan sabun dan kek.

Setelah selesai membunuh Francesca Soavi, Leonarda meneruskan misi membunuh mangsa ketiganya iaitu seorang penyanyi opera yang sudah kehilangan pekerjaan, Virginia Cacioppo. 

Leonarda mengambil peluang yang ada untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada wanita tersebut di sebuah ‘teater misteri’. Teruja dengan tawaran yang diberikan, Virginia menerima tawaran tersebut, sekali gus menjadikannya mangsa ketiga.


Kantoi dan kena penjara
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua merupakan peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib Leonarda selepas melakukan tiga pembunuhan. 

Walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk menghapuskan kesemua bukti mengenai pembunuhan yang dilakukan, Leonarda terlepas pandang satu perkara.

Tidak seperti dua mangsa sebelum ini, mangsa ketiganya iaitu Virginia mempunyai seorang kakak ipar yang sangat suka mengambil tahu mengenai hal orang lain. 

Oleh itu, dia tidak percaya mengenai surat yang diberikan oleh Virginia sewaktu hendak meninggalkan mereka sekeluarga. Malah, dia ternampak adik iparnya itu memasuki rumah Leonarda pada malam sebelum dia ‘hilang’.

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, kakak ipar Virginia melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. 

Pada awalnya, Leonarda tidak mengaku terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan. Namun, apabila pihak polis mula menunding jari kepada anaknya, dia terus mengaku dan mengatakan anaknya tidak terlibat dengan perbuatan jenayahnya ini. 

Perbicaraan kes Leonarda ini hanya mengambil masa beberapa hari saja. Mahkamah mendapati Leonarda bersalah dan dia telah dikenakan hukuman penjara selama 33 tahun.

Berbalik kepada kisah penilik nasib yang ditemui Leonarda, semua hukuman yang diramalkan oleh penilik itu adalah benar sama sekali. Ini kerana, Leonarda telah dipenjarakan selama 30 tahun dan perlu duduk di dalam rumah sakit mental selama tiga tahun bagi tempoh pemantauan. 

Pada 1970 iaitu semasa tahun terakhir ketika berada di rumah sakit mental, Leonarda dilaporkan sudah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada usia 79 tahun. 



Mayat wanita ini dipulangkan kepada keluarganya untuk upacara pengebumian manakala, senjata pembunuhan termasuk periuk dan sabun yang dihasilkannya telah didermakan kepada Muzium Kriminologi di Rome, Itali untuk dipamerkan.


Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 4-2-2021 10:11 AM
Reputz CARI tingtong ka?
Quote any42 4-2-2021 10:41 AM
masak org bt sabun pastu sabun tu bau canne ek.
teringat cter Perfume: The Story of Murderer yg bnuh pmpuan nk amik bau badan utk bt perfume
Quote mdhelmi 4-2-2021 11:30 AM
artikel ni membawa aku ke  PAGE SERIAL KILLER  ni
Quote Redmyvi 4-2-2021 11:31 AM
any42 replied at 4-2-2021 10:41 AM
masak org bt sabun pastu sabun tu bau canne ek.
teringat cter Perfume: The Story of Murderer yg bnu ...

Tulakan cerita tu mcm sama dgn kes nie.. mungkin write novel cerita tu inspire dri kes ni kot..
Quote Artemesiaa 4-2-2021 11:35 AM
Salah thread walau pun kejam kesnya.
Quote sapeka 4-2-2021 12:30 PM
any42 replied at 4-2-2021 10:41 AM
masak org bt sabun pastu sabun tu bau canne ek.
teringat cter Perfume: The Story of Murderer yg bnu ...

Filem perfume tu filem yang paling best aku tgk
Terbaik
Tengok berulang2 pon x jemu
Quote ninja boy 4-2-2021 12:48 PM
Betul2 film demon barber Sweeney Todd perfume
Quote cicicumel 4-2-2021 02:07 PM
any42 replied at 4-2-2021 10:41 AM
masak org bt sabun pastu sabun tu bau canne ek.
teringat cter Perfume: The Story of Murderer yg bnu ...

Best sgt movie tu kan..i tgk 2x..
x silap ada versi bersiri kat Netflix..cuba tgk 1 episod..mcm x menarik...terus x tgk2..


Quote ChildrenOfBodom 4-2-2021 02:10 PM
what year is now? 1940?
Quote any42 4-2-2021 02:51 PM
Redmyvi replied at 4-2-2021 11:31 AM
Tulakan cerita tu mcm sama dgn kes nie.. mungkin write novel cerita tu inspire dri kes ni kot..

mungkin. Cuma yg tu pembunuh tu llaki. Best cter tu kn
Quote any42 4-2-2021 02:54 PM
sapeka replied at 4-2-2021 12:30 PM
Filem perfume tu filem yang paling best aku tgk
Terbaik
Tengok berulang2 pon x jemu

Btul. Lain dr yg lain. Nk tgk jgk lg skli sbb mcm dh lupa ending mcm mna. Awl2 tu starting mcm dia nk kna hukum gntung kn
Quote any42 4-2-2021 02:56 PM
cicicumel replied at 4-2-2021 02:07 PM
Best sgt movie tu kan..i tgk 2x..
x silap ada versi bersiri kat Netflix..cuba tgk 1 episod..mcm x ...

Oh ade yg bsiri ke. Nk cri tgk lah. Tp xbest ea?
Quote minguk 4-2-2021 03:12 PM
he'eh kejam lah leonarda da ginccu ni.
Quote Redmyvi 4-2-2021 04:21 PM
any42 replied at 4-2-2021 02:51 PM
mungkin. Cuma yg tu pembunuh tu llaki. Best cter tu kn

Best cite tu.. thrill sgt.. tapi part last tu alahai tak lalu nak tgk..
Quote Ain_h 7-2-2021 01:03 AM
Psycho nya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.147705 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top