CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hidup Bertuankan Tauke Bangla Dan Rohingya

4-2-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8008| Komen: 78

Suatu ketika dahulu seorang sahabat mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian sebagai persediaan pada masa depan.

Pada ketika itu, dia masih lagi bekerja dengan sebuah syarikat terkemuka di ibu kota dengan pendapatan tetap dan tinggi. Dia memilih untuk menjadi seorang petani cili di atas sebidang tanah milik keluarga yang terletak jauh dari Kuala Lumpur.


Bukan mudah untuk bergelumang dalam bidang yang sangat asing bagi dirinya yang sebelum ini duduk di dalam bangunan yang sejuk dan nyaman serta duduk atas kerusi yang empuk itu.


Foto: Sinar Harian
Penghitungan yang dia buat begitu mudah. Cili merupakan bahan penting dalam masakan di Malaysia. Semua orang makan cili setiap hari dan sudah pasti ia mendapat permintaan tinggi.


Bagaimanapun, selepas lima tahun berlalu dengan menempuh pelbagai onak dah duri, ada masanya dia mendapat pendapatan yang lumayan dan ada masanya juga rezeki tidak menyebelahinya.

Menurut cerita sahabat saya ini, penanam-penanam cili sepertinya berdepan dengan masalah harga yang tidak stabil menyebabkan mereka terpaksa mencari pasaran lain. Satu daripadanya adalah dengan menjual hasil kepada peraih di pasar-pasar borong.

Malangnya, dia mendakwa, peraih sering melakukan penindasan dengan meletakkan harga yang rendah. Lebih mengejutkan, peraih-peraih yang terdiri daripada warga asing itu begitu berani mengambil kesempatan.

"Kami benar-benar tertekan kerana mereka ini mengawal harga, seolah-olah kita sekarang terpaksa bertuankan peraih Bangla (Bangladesh) dan Rohingya," katanya baru-baru ini.

Menurut dia lagi, pada mulanya peraih akan mengambil pada harga yang tinggi iaitu sekitar RM6 sekilogram (kg) tetapi selepas beberapa hari, mereka sepakat untuk meletakkan harga RM4 satu kg.

Jelasnya, keadaan itu berlaku disebabkan kemasukan cili-cili import dari Vietnam, Thailand dan China. Ia menyebabkan harga pasaran cili menjadi rendah dan menyebabkan petani terpaksa mencari sendiri pasaran walaupun ada antara mereka menggunakan khidmat Persatuan Peladang.

Cerita sahabat saya lagi, keadaan tidak akan berlaku seperti itu sekiranya semua penanam cili di seluruh Malaysia bersatu hati.

"Sekarang peraih-peraih warga asing ini berbangga dengan cili import dan tidak pandang langsung dengan cili keluaran tempatan.

"Jika petani semua bersatu hati dan melakukan perkara yang sama, mereka akan terjejas tetapi masalahnya kita juga perlu bagi anak bini kita makan," katanya.

Justeru, dia mencadangkan agar kerajaan memberikan perhatian terhadap petani-petani muda sepertinya. Sepatutnya kerajaan mempunyai data yang lengkap dan komprehensif berhubung pengeluaran cili kerana dia mendakwa sejak beberapa tahun lalu, data yang sama telah digunakan menyebabkan keputusan yang dibuat berhubung tanaman tersebut tidak tepat.
 
Dengan data yang tepat, terdapat kemungkinan negara tidak perlu lagi bergantung dengan import cili dari luar negara.

Apa yang sepatutnya dilakukan adalah cili-cili yang diimport boleh dibekalkan kepada keperluan industri seperti pembuatan sos cili, sementara cili-cili segar keluaran petani tempatan digunakan untuk pasaran tempatan.

Sudah pasti ia dapat memberikan kegembiraan kepada semua pihak kerana industri mendapat bekalan cili yang murah, manakala petani tempatan dapat menjual hasil mereka kepada rakyat.

Sehubungan itu, dia amat berharap agar suara petani kecil sepertinya itu mendapat pembelaan daripada kerajaan. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 4-2-2021 09:29 AM
apabila melayu malas, warga asing akan jadi tuan
Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 09:30 AM
Anak kecil main api
Quote Kurex 4-2-2021 09:34 AM
Parashit hina
Quote Tinot7 4-2-2021 09:36 AM
pasar selayang apacer?
Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 09:38 AM
Bumi dipijak milik orang
Quote jazaa100 4-2-2021 09:41 AM
kan blh jual kat FAMA....
Quote MontanaHannah 4-2-2021 09:42 AM
Rasuah benar-benar menjahanamkan negara .

Itu kesannya.


Tindakan tidak diambil langsung.


Rasuah dijadikan perisai untuk terus menjadi tuan.

Sial, dajjei .Hentikan sekarang !!!

Mereka tu pendatang yg xboleh bekerja, tambah rohingya terang-terang PATI .


Nak tengok saja ke ni???
Quote Abam_Leh 4-2-2021 09:55 AM
ifanonline replied at 4-2-2021 01:29 AM
apabila melayu malas, warga asing akan jadi tuan

setuju bebenor, ummah suci semua rajin


Quote emera 4-2-2021 10:56 AM
Patut pun bangla rohingya semua tu sanggup gadai nyawa nk dtg sini. Diorg tau org msia mcm mana & tau ambik kesempatan.
Quote LadyCarefree 4-2-2021 11:03 AM
MontanaHannah: Rasuah benar-benar menjahanamkan negara .Itu kesannya.Tindakan tidak diambil langsung.Rasuah dijadikan perisai untuk terus menjadi tuan.Sial, dajjei . ...


Setuju ddn kakanah.
Quote LadyCarefree 4-2-2021 11:05 AM
Malaysia lembab pasal pati. Pastu kalau kerajaan ambik tindakan ramai melalak cakap xde pekerja susah.

Pastu ada pulak ramai jenis sokong patut bawa pati masuk, buatkan sekolah. Bantu mereka. Mereka baru masuk Islam. Kerajaan dan ahli politik sabah dengki dgn encik ebit bin ibrahim.
Quote epuepy 4-2-2021 11:12 AM
bole x sedut suma pati , bangla kt malaysia ni and hanto balik negara diorg?

ni dh syok duk sini siap bole tindas org malaysia lagik. melampau
Quote notM 4-2-2021 11:16 AM
ifanonline replied at 4-2-2021 09:29 AM
apabila melayu malas, warga asing akan jadi tuan


Aku compare dengan Negara Maju...Mana Ada Negara Maju pasar basah macam ni lagi....diorg semua dah hypermarket, supermarket.

Hypermarket dan supermarket direct deal dengan ladang secara contract. Yang Buka ladang Pertanian tu semua syarikat2 ladang besar, puluh ribu ekar.

Sektor Pertanian mereka hanya bekalkan 6% pekerjaan sahaja...maksudnya diorg guna mesin.

Kalau Kat Malaysia sektor Pertanian ni sektor untuk orang miskin dan jobless.

Sebab tu Malaysia susah maju.
Quote notM 4-2-2021 11:30 AM
epuepy replied at 4-2-2021 11:12 AM
bole x sedut suma pati , bangla kt malaysia ni and hanto balik negara diorg?

ni dh syok duk sini ...

Struktur ekonomi di Malaysia ni yang perlu transformasi.
Quote notM 4-2-2021 11:32 AM
Kalau meols beli barang basah di Wet Market hanya beli dari orang lokal tempatan...atau beli dari Hypermarket sahaja.

Meols beli di Wet Market/Pasar Tradisional just untuk support local economy.

Kalau beli dari Hypermarket atau Supermarket, untuk support sistem ekonomi ke arah negara maju.

Quote Redmyvi 4-2-2021 11:37 AM
kalau dalam sektor perkilangan pun dh ramai dikalangan foreigner yg keje lebih 5,6 thun pegang jawatan besar.. sbbnya senang disuruh dan dikerah tenaga bila2 masa.. tak cuti sebulan pn tak pa depa on jer jnji ot lebat tiap bulan boleh hntar duit kt kampung..

Quote mamajawie 4-2-2021 11:39 AM
bela la lagi rohingya..puihhhhhhh mana forumer2 pembela ummah parashit ni??
Quote mrs_salvatore 4-2-2021 11:39 AM
notM replied at 4-2-2021 11:16 AM
Aku compare dengan Negara Maju...Mana Ada Negara Maju pasar basah macam ni lagi....diorg semua d ...

sape ajar ko kt negara maju takde pasar basah? melambak je wei farmers market kt usa nun. cuma bezanye kat malaysia ni kita masih pakai pemborong. pemborong pulak warga asing.  

kan ke ada cadangan tu utk sayuran import dari oversea jual kat pemborong, utk yang petani moden ni jual kt kilang2 utk jadikan bahan mentah. tu yg negara maju praktiskan skrang ni
Quote mrs_salvatore 4-2-2021 11:40 AM
aku rasa jabatan pertanian boleh tumpukan pada pemborong pulak. aku rasa bab penanaman dah takde hal. kene kasi lebih insentif pada warga tempatan utk jadi pemborong

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.156402 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top