Penyanyi popular menerusi lagu Duhai Hati, Ina Naim trauma apabila kenderaan dinaikinya bersama anak-anak dirempuh penunggang motosikal pada Isnin ketika keluar bersarapan. Perkara itu dikongsikan suaminya, Suhaimi Saad menerusi Facebook.
Berkongsi perkembangan lanjut kesan dari rempuhan itu, Suhaimi berkata, isterinya kini trauma walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan. "Alhamdulillah, mereka dirempuh motosikal yang laju, langgar pintu sebelah kiri waktu mereka keluar nak membeli sarapan semalam (Isnin). "Motosikal itu laju sangat, kalau salah teknik mungkin ada yang matilah. "Tapi Allah selamatkan, semua okey. Cuma, mungkin terkejut sikit, trauma sikit sebab rempuhan itu kuat," jelasnya. Sementara itu, penunggang motosikal terbabit juga dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan. Loading FB Post... Sumber: Gempak |
dubuk replied at 4-2-2021 01:24 AM
dia minta doa ina dirempuh kenderaan lain pagi ni..?
mieymiey replied at 4-2-2021 09:31 AM
Penyanyi popular
Mamat ni tak reti nak menyusun ayat dengan koma noktah takda, ada hati ...
"Motosikal itu laju sangat, kalau salah teknik mungkin ada yang matilah.
dubuk replied at 4-2-2021 09:24 AM
dia minta doa ina dirempuh kenderaan lain pagi ni..?
ADVERTISEMENT