Neelofa dah lali dikecam apabila ada yang mempersoalkan dirinya yang semakin berani mendedahkan bahagian dahi dengan memakai tudung bawal. "Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini, saya rasa hendak berniqab, saya akan pakai.
"Kalau esoknya, saya rasa hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen. "Mungkin kerana sudah semakin matang dan lama dalam industri, saya lebih tenang berdepan apa saja tohmahan," katanya kepada Berita Harian. Neelofa juga tak peduli jika dia dan keluarga dilabel sebagai Kardashian Kelantan, malah tak ambil pusing dengan pihak yang menuduhnya mengambil keputusan terburu-buru berniqab hanya kerana bercinta dengan PU Riz.
"Kecaman sudah sinonim dengan diri saya. Selama 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai tohmahan namun, tidak memberi kesan kepada saya. "Orang hendak labelkan saya 'Kardashian' atau apa sahaja... Ia tidak memberi kesan kepada kami. "Alhamdulillah, keluarga saya juga tidak fokus terhadap kecaman dan kata-kata orang. "Sebagai 'public figure', saya banyak menasihati dan memberi pendapat kepada keluarga bagaimana berdepan tohmahan.
|
bungarose replied at 3-2-2021 01:14 PM
Bukan jahlop menangis hiba nak tinggalkan dunya ker waktu umum serata alam dia berniqab. Siap shooti ...
NurAlia14 replied at 3-2-2021 11:48 AM
Kesian family members..tgk video baru athisha mcm terkesan je
ADVERTISEMENT