CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gambar Berpegangan Tangan, Azlee Khairi Tayang Kekasih Baharu

3-2-2021 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10428| Komen: 38

Gambar pelakon Azlee Khairi berpimpin tangan dengan seorang gadis yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG) mencetuskan tanda tanya.

Ramai menganggap sosok tubuh gadis dalam foto yang menyaksikan pemandangan matahari terbenam itu adalah pelakon, Puteri Aishah yang bergandingan dengannya menerusi drama Rahimah Tanpa Rahim, ketika ini.


Duda kacak itu bagaimanapun tanpa berselindung menjelaskan, gadis dalam foto yang dimuat naik itu adalah teman wanita yang baru dikenalinya.


"Kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Jujurnya, hubungan ini juga baru sahaja mekar.

"Secara kebetulan, foto bersaksikan matahari terbenam itu cantik, jadi saya teruja mahu berkongsi dalam media sosial. Dia bukan daripada golongan seni dan memilih untuk tidak terlalu mendedahkan dirinya. Biarlah ia jadi misteri dan rahsia dahulu.

"Saya menghormati cara menjaga privasi," katanya kepada BH Online.

Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 itu menjelaskan, hubungannya dengan ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik dikenali sebagai Aniss sudah berakhir.



"Saya anggap tiada jodoh antara kami. Hubungan terjalin lebih setahun tidak mampu diselamatkan lagi.

"Saya harap dengan pengakuan ini saya sudah tiada kena mengena dengannya. Saya mohon jangan mengaitkan saya dengan produk diusahakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azlee yang pernah menyepi daripada radar seni dan kembali aktif pada November, tahun 2019 itu teruja apabila dua drama lakonannya sedang disiarkan di TV.

Selain drama Rahimah Tanpa Rahim yang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3, satu lagi drama berjudul Hari Hari Jatuh Cinta terbitan Zeel Production siaran Awesome TV.


Foto: IG

Drama Hari Hari Jatuh Cinta buat kali pertama menggandingkan Azlee dengan Intan Ladyana. Turut berlakon, Oktovia Manrose, Gambit Saifullah, Mas Anizan dan ramai lagi.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan selepas kembali aktif berlakon. Dalam situasi pandemik COVID-19, kita digalakkan duduk di rumah, jadi saya berharap dua drama ini boleh dijadikan asbab untuk penonton berada depan kaca televisyen (TV).

"Saya juga berterima kasih kepada produser dan pengarah yang masih memberi kepercayaan kepada saya sebagai teraju utama," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nadiabella 3-2-2021 11:37 AM
Tak tau pulak dah menduda
Quote Kurex 3-2-2021 11:50 AM
Bosannya......
Quote hatikudus 3-2-2021 11:57 AM
Ooo dah menduda rupanya...patutlah badan pun dah bentuk bapak2 org
Quote Ritacomels 3-2-2021 12:11 PM
Dia ni muka tua sebelum waktu, padahal br 30 thn
Quote lanse 3-2-2021 12:44 PM
Kirannya yang sebelum ni putus lah yer
Quote red_velvet 3-2-2021 01:12 PM
Oo kire tak jadik lah dgn founder minyak wangi timbang kilo tu ea... apepun tak minat dia ni sekarang.. terserlah aura daddy2 boyak, leher kembung walupun gigih berjoging kulu kilir..tak sesuai dah jadi hero.. kena jadi bapak2 je macam shahz jazle
Quote rosannazmia 3-2-2021 01:19 PM
Thanks TT letak gambo, hakak confuse ngn pelakon2 drama melayu skrg ni.. Smua muka mcm remy ishak je lebih kureng
Quote CikRosee_ 3-2-2021 01:37 PM
Laa dgn awek lain pula..patut la ig post ig story anis tu mcm menyindir seseorg..dah putus rupanya..azlee ni tukar awek mcm tukar baju..yihhh {:dot
Quote epal21 3-2-2021 01:44 PM
Baca tajuk, ingatkan azlee senario yg selalu jadi terencat tu.
Quote Asdira 3-2-2021 01:48 PM
Ehhhdia tak jadi ek dgn zara zya?
mcm pernah dgr gosip diorg lps berlakon bersama thn lps..
Quote irvene 3-2-2021 01:50 PM
so dh main belum?
Quote Orix 3-2-2021 01:52 PM
laaa kesahnya dia da kawen pn iols xtau, pulak tibahh dah menduda....
Quote coco 3-2-2021 02:34 PM
elok la ... kawin cepat2 sikit.  nampak dia ni dah macam zul ripin,  kategori warga mas,  jadi hero pun nampak macam hero bujang terlajak melampau2 tahun
Quote marchikobonzo 3-2-2021 03:07 PM
Dia ni part belakon ok, tapi bab kolar baju terbukak luas nampak bulu tu ewww sangat
Quote one_aiman 3-2-2021 03:09 PM
alaa kenapa bukan ngan zarazya
Quote electricopop 3-2-2021 03:25 PM
Daddy daddy sangat!
Quote minguk 3-2-2021 03:28 PM
emmm kacak ke dia ni?
Quote violetungu 3-2-2021 03:39 PM
xboleh aku lelaki berbulu geliiii..
Quote gelas_pelastik 3-2-2021 03:53 PM
sejenis badan macam esbok, nampak macam 4 segi je
sorry, bukan nak body shaming

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062219 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top