CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Keluar Bertugas, Siapa Yang Balik Makan Tengah Malam? -Isteri Polis Diganggu Lembaga Hitam

3-2-2021 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3340| Komen: 14

Seorang wanita berdepan detik menakutkan apabila rumahnya di Gelang Patah, Johor sering menerima gangguan mistik.

Menurut Rina Azhar, 31, dia yang juga isteri kepada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula diganggu sejak tahun 2013 dan ia berlarutan hingga sekarang.



Kredit foto: mStar Online
Mesra disapa Rina, ibu kepada lima cahaya mata itu sempat memperincikan kejadian pertama yang berlaku sewaktu dihubungi mStar.

"Saya menetap di berek polis. Kejadian pertama pada tahun 2013. Masa tu suami saya keluar bekerja, dia ada sekatan jalan raya dan sepatutnya balik pagi.

"Saya pula di dalam bilik bersama anak-anak. Tiba-tiba dengar ada orang balik, nampak bayang-bayang di bawah pintu.


"Kemudian dengar bunyi peti dibuka, ambil pinggan. Macam nak makan... Mula-mula takut, kemudian saya fikir, mesti suami saya yang balik nak makan.

"Saya minta anak sulung keluar tengok, tapi tak ada sesiapa. Mesej suami, dia kata dia masih bekerja," imbas wanita itu.

Tambahnya, suami yang kerisauan sempat pulang menjenguk dia dan anak-anak pada malam itu sebelum keluar semula untuk bertugas.
Kata Rina, ia tidak terhenti di situ apabila hari-hari berikutnya dalam kehidupan mereka sekeluarga turut dihantui dengan gangguan-gangguan lain.

Gambar Hiasan

Selain penampakan lembaga berjubah hitam setinggi kabinet dapur, dia turut diganggu dengan bau-bau harum, busuk dan hanyir dalam kediamannya.

"Selepas kejadian pertama, lepas tu makin kerap. Pernah nampak lembaga pakai jubah hitam, tapi muka tak nampak sebab gelap. Ia berlaku pada waktu Maghrib.

"Dulu pernah panggil jiran-jiran datang baca Yassin. Tapi tak ada perubahan. Saya pun masih menetap di rumah sama sampai sekarang.

"Pernah juga dengar bunyi melompat, bunyi macam suara suami panggil saya. Kalau dengar tu, tipulah kalau tak takut.

"Tapi saya tak hiraukan sangat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Rina juga kerap berkongsi kisah seram yang berlaku menerusi TikTok.



Malah, ada netizen yang turut memberi cadangan agar dia mencari kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah itu.

"Sebelum ni pun saya pernah kongsi. Ada sambutan, orang minta saya ceritakan lagi.

"Ada netizen yang minta saya jumpa ustaz sebab saya terlalu kerap diganggu. Anak-anak pun pernah kena ganggu.

"Ramai netizen yang prihatin," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai keluarganya, Rina berkata suaminya kini berusia 33 tahun.

Memiliki lima cahaya mata, anak sulung kini berusia 14 tahun manakala si bongsu berusia tiga tahun.

Menurut suri rumah itu, dia juga mencari pendapatan sampingan dengan berniaga kosmetik secara dalam talian. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 3-2-2021 10:18 AM
hasanah dari Johor ka?
Quote Supersirap 3-2-2021 10:37 AM
Boleh minta pertolongan daripada pakar-pakar perubatan islam
Quote Rara77 3-2-2021 10:51 AM
gigih buat content
hasanah kodanah
kalau aku dh lari cabut
netijen skrg sanggup buat apa shj demi conten dan uwang
Quote Itzy 3-2-2021 11:16 AM
Rara77: gigih buat contenthasanah kodanahkalau aku dh lari cabutnetijen skrg sanggup buat apa shj demi conten dan uwang


Kenapa nak cabut lari, Allah Maha Besar lagi berkuasa, kita hanya patut takut pada Allah. Aku pernah nampak hantu/jin time nak tidur. Aku buat2 tak nampak seolah dia tak wujud dan terus buka ruqyah di fon sambil ikut baca. Alhamdulillah, dah takde gangguan.
Quote nanies 3-2-2021 01:10 PM
wow. umur 31, anak 5. awal kawen, awal peknen
Quote Asdira 3-2-2021 01:38 PM
nanies: wow. umur 31, anak 5. awal kawen, awal peknen


Dia dpt anak umur 17 ke? Sbb anak sulung 14 thn..
ehhh tetiba main math pulak {:smile
Quote saviour_09 3-2-2021 01:39 PM
dah coba renjis garam sis?
Quote mdhelmi 3-2-2021 02:04 PM
Sebelum panggil ustz cuba buat ni dulu:

patung2 hiasan buang
gambar2 benda hidup turunkan
tambah wangian di tempat2 yg disyaki benda tu suka pegi
cari benda2 pelik kat persekitaran rumah
ingat balik dan tanya semua org dlm rumah tu ada x terbawa balik pape benda yg jumpa kat mana2
tanya suami ada tak dia simpan pape benda keramat dlm rumah tu
tanya suami ada beramal pape ilmu yg melibatkan benda halus
keturunan isteri/suami ada 'membela' ke tak

Quote setori_mori 3-2-2021 11:49 PM
Dulu ambik content dari ig, sekarang dekat tik tok pulak ke?{:yameteh
Quote linsh 10-2-2021 02:36 AM
Menyeramkan tapi sempat buat content Pula ya
Quote jazaa100 10-2-2021 08:41 AM
nk menjual le tu.....bg ramai follower...

ta kreatif......cuba lg
Quote MissVixen 10-2-2021 10:53 AM
Jin dan syaitan pun dah jadi isu semasa
Quote supernaturalee 10-2-2021 07:49 PM
nanies replied at 3-2-2021 01:10 PM
wow. umur 31, anak 5. awal kawen, awal peknen

Ank sulung 14 thn
17 thn dpt baby 1st
Laki die umur 19


Quote supernaturalee 10-2-2021 07:51 PM
linsh replied at 10-2-2021 02:36 AM
Menyeramkan tapi sempat buat content Pula ya

And she keeps going to tell the story bila mn ramai yg tny

Cik es sgt

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060001 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top