CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib tuntut permohonan maaf, pampasan RM10 juta daripada Tommy Thomas

3-2-2021 01:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7341| Komen: 87



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan tuntutan kepada Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa memfitnahnya dalam buku berjudul "My Story Justice in The Wilderness".

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata anak guamnya menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM10 juta daripada bekas Peguam Negara itu.

"Sekiranya kami tidak menerima maklum balas yang memuaskan daripada pihak anda pada Jumaat ini, arahan jelas kami adalah untuk memulakan prosiding undang-undang awal minggu depan," katanya.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today, dalam surat tuntutan kepada Thomas, Najib mengatakan bahawa pada 31 Januari, Tommy telah menerbitkan sebuah buku dan tuduhan fitnah itu ada dalam bab 42 dengan judul "Altantuya" yang dari halaman 400 hingga 405.


Ia juga mengatakan bahawa kenyataan Thomas mengenai Najib dalam buku itu jelas didorong oleh mala fide dan usaha mementingkan diri sendiri untuk mencari publisiti murah yang didorong oleh "ego, sensasionalisme dan keuntungan".

Kenyataan itu menambah bahawa penulisan Thomas jelas memfitnah Najib dan menyebabkan dirinya menderita dan berasa malu.

Surat itu turut menuntut permohonan maaf daripada Thomas untuk disiarkan di akhbar pilihan Najib, dengan ikrar janji oleh Thomas untuk tidak mengulangi tuduhan dan komen dalam buku itu, serta ganti rugi RM10 juta sebagai balasan kerana mencemarkan reputasi Najib.

Pada 31 Januari, Thomas mengeluarkan buku memoir 573 muka surat yang antara lain memaparkan kisah kejayaan dan kegagalan sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dari perspektifnya.


Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 3-2-2021 01:47 AM
bosan pulak lepas dia dah tak jadi pm terus tenggelam watak kak mah.dulu hari2 cerita kak mah... i miss kak mah
Quote jalfa 3-2-2021 02:18 AM
Ada jugak ke crite tuya dlm memoir ni...x de ke caritizen yg dah beli n baca....ayam ph? Share la
Quote mbhcsf 3-2-2021 07:47 AM
wow...hmm.. ni saman menyaman pulak ye, so Tommy ni ape ye dalam kerajaan PH ?
i mean bila kita tengok perkembangan politik semasa, pendedahan pihak  yg mendakwa dan pihak yg kena dakwa , wow semua keluar, antaranya dakwaan Azmin yg pengampuna Anwar tu tak sah seba tak cukup syarat lah, then buku Tommy thomas nyatakan itu inilah.

WOW, malaysian politics ..warna warni betul.
ni kalau buat drama ni - kalah korean...drama politik malaysia lebih wow.



Quote axl_bach 3-2-2021 08:56 AM
Harap semua yg tercuit dlm buku Tomitomas tu saman dia, biar the truth prevail
Quote Orix 3-2-2021 10:50 AM
menyebabkan dirinya menderita dan berasa malu.



ooo tahu malu ghopanya
Quote Orix 3-2-2021 10:51 AM
pampasan 10juta jah ??? cukai yg berbilionzzz tu dh bayo ke belum ?
Quote rashiman 3-2-2021 11:42 AM
eloklah disaman jika betul ada unsur2 fitnah....
jika tak saman....nanti semakin berleluasa fitnah, yg membaca akan terpengaruh dengan tulisannya...
Jika tulisannya bukan fitnah, tak perlu minta maaf, pertahankan di mahkamah.

Quote dodolgemok 3-2-2021 12:36 PM
Saman je lah jib, kau kan sentiasa betul. Tpi jangan pilih hari selasa, tu saman tertunggak kau sejak dulu lgi
Quote rashiman 3-2-2021 01:09 PM
dodolgemok replied at 3-2-2021 12:36 PM
Saman je lah jib, kau kan sentiasa betul. Tpi jangan pilih hari selasa, tu saman tertunggak kau seja ...

sabar......tunggu maklumbalas dari Tommy jumaat nie.....
nak pilih minta maaf atau nak pilih disaman....
Quote rashiman 3-2-2021 03:03 PM
axl_bach replied at 3-2-2021 08:56 AM
Harap semua yg tercuit dlm buku Tomitomas tu saman dia, biar the truth prevail

ramai yg tercuit..
Quote dizekni 3-2-2021 03:31 PM
Malu Apa Bossku

harap india todi nama omputih ni
tinggal spender je nanti


ingat boleh selamat ke menzalimi orang

termasuk arwah Adib
Quote dizekni 3-2-2021 03:34 PM
dodolgemok replied at 3-2-2021 12:36 PM
Saman je lah jib, kau kan sentiasa betul. Tpi jangan pilih hari selasa, tu saman tertunggak kau seja ...

hari Selasa ni pun fitnah je sebenarnya
konon DSN pernah sebut nak saman hari selasa

sama macam tuduhan konon Najib pernah cakap dia
tak kenal Jho Low

pihak yang offer duit ribu2 kalo sesiapa boleh tunjuk bukti sampai
hari ni tak dapat apa2 respon

sampai ke sudah RBA menikus

Quote dizekni 3-2-2021 03:35 PM
Orix replied at 3-2-2021 10:51 AM
pampasan 10juta jah ??? cukai yg berbilionzzz tu dh bayo ke belum ?

Cukai atas apa?

2.6 billion ka

tu duit curi ka

kalo curi kenapa kena bayar tax

ko sekolah tak
Quote rashiman 3-2-2021 03:57 PM
dizekni replied at 3-2-2021 03:35 PM
Cukai atas apa?

2.6 billion ka



itulah...kadang2 pening jugak dibuatnya....

dakwa 2.6billion kata duit songlap...
dalam masa yg sama, dikenakan cukai 2.6 billion tu...


Quote MontanaHannah 3-2-2021 05:37 PM
rashiman replied at 3-2-2021 11:42 AM
eloklah disaman jika betul ada unsur2 fitnah....
jika tak saman....nanti semakin berleluasa fitnah, ...

              setuju
Quote ninja9 3-2-2021 05:44 PM
gila ... dah ada dua saman

si tommy ni tak terfikir ke pasal kena saman keluarkan isu kontroversi..
Quote G-Pitts 3-2-2021 07:44 PM
dodolgemok replied at 3-2-2021 12:36 PM
Saman je lah jib, kau kan sentiasa betul. Tpi jangan pilih hari selasa, tu saman tertunggak kau seja ...

Cerita saman hari selasa ni sama fitnahnya macam cerita rosmah menabung dari kecil, gambar najib makan bersama altantuya & najib suruh rakyat makan kangkung. Semua rekaan puak PH untuk menaikkan kebencian kepada najib.
Quote MissYouSayang 3-2-2021 07:54 PM
rashiman replied at 3-2-2021 03:03 PM
ramai yg tercuit..

Tun det ok jerrr, najib plak yg koyakkk..padahal imej tun yg tercalar teruk la ni..
Quote rashiman 3-2-2021 08:44 PM
MissYouSayang replied at 3-2-2021 07:54 PM
Tun det ok jerrr, najib plak yg koyakkk..padahal imej tun yg tercalar teruk la ni..



Betullah..nampak ok...


Memoir Thomas: Ini cerita karut, kata Dr Mahathir





Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062220 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top