CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tidak faham bahasa ke?" Anwar nafi dakwaan surat kepada Agong berunsur hasutan

3-2-2021 12:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1771| Komen: 6

Description: KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian, surat yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ad ...



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian, surat yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah berbentuk rayuan dan permohonan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang memberitahu surat tersebut mempunyai unsur hasutan serta mengancam ketenteraman negara.

“Apa yang kita sebut merayu memohon ihsan dan kebijaksanaan. Tidak faham bahasa ke? Memohon atau merayu itu bermaksud meminta ihsan, kebijaksanaan Tuanku.

"Bagi mempertimbangkan, apakah itu bunyi desakan? Apakah rakyat biasa, jangan fikirkan saya sebagai ketua pembangkang, contohnya sebagai rakyat, tukang cuci, barisan hadapan, pekerja biasa, tidak boleh merayu kepada baginda?


“Untuk meminta supaya mempengaruhi keadaan, memperbaiki keadaan? Hal-hal yang kita tidak setuju, apakah tanggungjawab rakyat, mesti sokong semua tindakan kerajaan?

"Yang kita bantah itu adalah keputusan Perdana Menteri dan jemaah menteri,” tegasnya dalam kenyataan sewaktu bersiaran langsung menerusi Bicara Anwar Ibrahim di akaun Facebooknya pada Selasa.

Terdahulu, polis telah membuka siasatan terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu susulan 13 laporan diterima berhubung rayuan untuk menggugurkan pengisytiharan darurat.

Hamzah dilaporkan berkata, ia termasuk beberapa individu lain yang senada menentang darurat dan mendesak Yang di-Pertuan Agong membatalkannya.

Pada 24 Januari lalu, Anwat telah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen mengajak mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam usaha merayu membatalkan pelaksanaan darurat di negara ini dan Parlimen boleh segera bersidang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun berkata, surat berkenaan perlu disesuaikan berdasarkan pertimbangan semua ahli Parlimen dan parti masing-masing.


Sumber : Astro Awani

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 3-2-2021 02:42 AM
Musa Aman.Umno saman Tyt wakil Agong boleh pulak yer? Tu akademik katanya
Quote pyropura 3-2-2021 02:45 AM
Apa jadi peguam yg saman Agong ni dulu?



https://i.ytimg.com/vi/9bcnQlnnWec/maxresdefault.jpg
Quote jalfa 3-2-2021 02:49 AM
Kan bang non..tak reti bahasa....dia wakil rakyat jugak walo pembangkang.nak merayu je...mintak belas ehsan agong..bukannya ajak berguling tgh jalan.. kalo ajak berguling pon sapa yg nak
Quote Ain_h 3-2-2021 07:30 PM
Fahamm bahasa !!!!
Quote erinarir 4-2-2021 12:20 AM
Aduh semak lah politicians semua ni. Boleh move on tak
Quote xemo 4-2-2021 01:08 AM
orang tak nak ko jadi PM, tak faham bahasa lagi ke? lol

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.191038 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top