CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lafaz ‘Aku Melayu’ 7 Kali Dan Pukul Gong, Polis Siasat Ibu Yati

2-2-2021 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5642| Komen: 29

Sejak minggu lalu, tular sebuah video di laman sosial mengenai seorang wanita didakwa memperkenalkan ajaran Islam Melayu yang dilihat bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan terhadap pengguna akaun Facebook, Ibu Yati yang dikaitkan dengan fahaman Islam Melayu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada pemberita pada sidang akhbar di kementeriannya pada Selasa.

"Saya baru saja berbincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkenaan hal ini dan kita akan buat siasatan lanjut," katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan polis terhadap Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias yang dikaitkan dengan isu fahaman Islam Melayu.


Foto: Sinar Harian


Ia menjadi perbualan warga maya baru-baru selepas tersebar rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai Ibu Yati melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara.

Ia didakwa ajaran sesat terbaharu di negara ini.

Wan Noor Hayati bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkan ia tuduhan jahat dan membuat laporan polis.

Setakat ini, lebih 10 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap wanita itu. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ain_h 2-2-2021 05:51 PM
Ajaran sesat
Quote notM 2-2-2021 05:53 PM
Menarik hahaha

Rasa ada tak forummer join ajaran ni?
Quote sharlenetexas 2-2-2021 05:55 PM
@dua_chzy Uols kenal ke?
Quote Aliaskotonggo 2-2-2021 05:58 PM
forummer anti cina elok ikut ni  hidup melayu!!
Quote Buritan 2-2-2021 06:20 PM
Ain_h: Ajaran sesat



Anak murid dia ade kat area rumah aku.. dah kecoh dah punh
Quote notM 2-2-2021 06:35 PM
Buritan replied at 2-2-2021 06:20 PM
Anak murid dia ade kat area rumah aku.. dah kecoh dah punh

Uols bila nak join?
Quote Buritan 2-2-2021 06:37 PM
notM replied at 2-2-2021 06:35 PM
Uols bila nak join?

Koh koh.. aku masih lg yakin dgn nabi muhammad dgn Allah..
Quote MissYouSayang 2-2-2021 06:57 PM
Elok sgt la bebudak dizek ni join ajaran ibu yati ni..
Quote notM 2-2-2021 07:05 PM
MissYouSayang replied at 2-2-2021 06:57 PM
Elok sgt la bebudak dizek ni join ajaran ibu yati ni..

Geng2 tanjak dan Malay costume bagus join jugak
Quote dua_chzy 2-2-2021 07:17 PM
sharlenetexas replied at 2-2-2021 05:55 PM
@dua_chzy Uols kenal ke?

Falun Gong Melayu ke ni?
Quote zennaya 2-2-2021 07:22 PM
dia ni bekas reporter Utusan Melayu dulu kan?
Quote kaishi 2-2-2021 07:27 PM
notM replied at 2-2-2021 07:05 PM
Geng2 tanjak dan Malay costume bagus join jugak

Geng tanjak tu xleh disama ratakan

Sbb ade je geng tanjak yg mendalami islam khusus wal khusus.
Quote chinta89 2-2-2021 08:31 PM
Ape benda la ko nih... {:laugh
Quote sharlenetexas 2-2-2021 08:33 PM
dua_chzy replied at 2-2-2021 07:17 PM
Falun Gong Melayu ke ni?

Tak tau lah sheols sempat grad tak uni kat selatan.
Quote MontanaHannah 2-2-2021 10:55 PM
gila minah dajjei ni
Quote bluebutter 2-2-2021 11:36 PM
Nak tutup setori apa ni..

Dulu ayah pin baju...

Lepas havoc sikit..

Terus citer sebenar vanish...
Quote notM 3-2-2021 12:16 AM
kaishi replied at 2-2-2021 07:27 PM
Geng tanjak tu xleh disama ratakan

Sbb ade je geng tanjak yg mendalami islam khusus wal khusus. ...

Iya la tu.....pakai la serban kenapa Tak nak?
Quote pyropura 3-2-2021 02:53 AM
Dia ni jugak yg.pertama ditangkap sebar fake news pasal Covid tahun 2019 dulu. Meletup jugak satu Melaya lunyai juga Dapig dihencap dgn tuduhan nak lanyak mulayu waktu itu
Quote AyaqMeloSuam 3-2-2021 03:00 AM
Apa benda ni ? Ada ank murid sma naik bodo ka?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.080047 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top