CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Reda, Terpaksa 'Peram' Lagi Dua Filem

2-2-2021 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3701| Komen: 19

Description: Pengarah filem dan pelakon, Syamsul Yusof, 37, mengakui reda apabila dia terpaksa menyimpan lagi dua filem arahannya iaitu Mat Kilau dan Munafik 3 untuk ditayangkan pawagam.
Pengarah filem dan pelakon, Syamsul Yusof, 37, mengakui reda apabila dia terpaksa menyimpan lagi dua filem arahannya iaitu Mat Kilau dan Munafik 3 untuk ditayangkan pawagam.

Syamsul berkata industri filem pada ketika ini memang terjejas teruk, ditambah sekarang pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksana serta aktiviti penggambaran tidak dibenarkan.


Foto: IG

"Disebabkan krisis Covid-19 yang menular ini, bukan saya sahaja tetapi ramai penerbit filem lain menghadapi masalah sama kerana panggung wayang tutup dan ada yang dah gulung tikar.

"Dahulu, filem saya kalau tayang termasuk di Singapura dan Brunei, ada 150 pawagam. Tapi, sekarang ini saya dapat tahu dah tinggal sekitar 60 pawagam sahaja," katanya kepada Harian Metro


Ujar Syamsul lagi, meski PKP ini tamat dan virus pun makin kurang, namun pihak pawagam masih perlukan masa. Katanya, sekurang-kurangnya tempoh setahun diperlukan oleh pihak pawagam untuk proses baik pulih semula membabitkan panggung yang ditutup.


"Banyak filem dah siap yang  tertangguh tayangan. Macam filem saya dan orang lain juga banyak tergendala.

"Malah, filem saya seperti Mat Kilau, berkisar kebangkitan pahlawan yang dah siap serta Munafik 3 ditangguh tayangan dan kena simpan dahululah," katanya.




Menurut Syamsul lagi, semuanya bergantung pada keadaan semasa dan dia juga kena tengok macam mana situasi penularan pandemik ini akan berakhir.

"Walau kena simpan lagi, reda sahajalah. Malah, saya juga baru-baru ini terpaksa menarik  diri dari berlakon sebuah filem aksi yang sepatutnya dibintanginya bersama pelakon Datuk Aaron Aziz dan Syafiq Kyle.

"Sekitar dua bulan lalu, saya sudah buat persediaan seperti pergi latihan, kelas lakonan, belajar menari dan macam macamlah berkaitan karekter saya. Tapi, selepas melihat semula jadual dan PKP juga, saya akhirnya harus menarik diri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 2-2-2021 03:24 PM
Byk gmbr bulu dada dah skrg ni
Quote Kurex 2-2-2021 06:23 PM
Jangan la peram video cikcap... Nak tgk
Quote Mulotkoyak 2-2-2021 07:20 PM
Im totally banned his movie. The sound and effect so bad and noisy. Teruja tgk filem bapak die je dodulu. Kreatif and ok laaaa... Uols rase nk pegi ke tgk filem bdk yg slalu sentap ni?  Suh tgk dlu kat movie.. Kecam lpas tayangan 2mgu. Tempoh tygn xbole dikecam.
Quote bluebutter 3-2-2021 07:37 AM
Handsome dia.
Quote Tukul.Besi 3-2-2021 09:41 AM
Mulotkoyak replied at 2-2-2021 07:20 PM
Im totally banned his movie. The sound and effect so bad and noisy. Teruja tgk filem bapak die je do ...

Thank god i am not the only one!
Quote SayaSayangMama 3-2-2021 09:47 AM
Jual je la kt netflix
Quote Redmyvi 3-2-2021 09:54 AM
Lain mcm gaya skrg.. ala2 kasanova gitu..
Quote salimrock 3-2-2021 11:10 AM

kalau tgk bayangan maut atau sikit punya gila, bapa dia 75% lebih hensem dr dia,( pendapat aku la )  mujo la bapak dia dulu asal konduktor bas mini, kalo anak orka dah tentu p;layboy hebat era 80 an -90an...



Quote bluebutter 3-2-2021 11:24 AM
salimrock replied at 3-2-2021 11:10 AM
kalau tgk bayangan maut atau sikit punya gila, bapa dia 75% lebih hensem dr dia,( pendapat aku la  ...

Tahu. Ada tgk. Tapi daddy dia kuyuish kan.
Tinggi kuyuish dan putih.

I suker cam sol sol sol. Tegap. Tak berapa gemar dgn lelaki yg kuyuish kuyuish ni.
Sol sol jagalah diri ya. Ewah haha.
Quote SiMontel 3-2-2021 11:47 AM
jual je la kata astro...kan semua org boleh tgk
kerr takut download kot
Quote salimrock 3-2-2021 06:12 PM
bluebutter replied at 3-2-2021 11:24 AM
Tahu. Ada tgk. Tapi daddy dia kuyuish kan.
Tinggi kuyuish dan putih.

lelaki 80's what to aspect sarapan zaman tu pn teh o atau kopi o, teh tarik, milo ais  dinosaur utk golongan bangsawan dan kayangan shj, sebab itu dulu badan kurus2 ,

lauk pn mgkn byk makan ikan, sebab ikan murah in the 80's

skrg ni ayam lagi murah dr ikan, so hampir hari2 lauk ayam..sebab tu lelaki skrg cukup protein ...atau mgkn terlebih protein
Quote newyork 3-2-2021 06:41 PM
Hensem ..anak orka and orka.. sapa pun berkenan  kann..
Quote bluebutter 3-2-2021 10:12 PM
salimrock replied at 3-2-2021 06:12 PM
lelaki 80's what to aspect sarapan zaman tu pn teh o atau kopi o, teh tarik, milo ais  dinosaur ut ...

paham paham ada logiknya.
Quote ashcroft86 3-2-2021 10:14 PM
Mulotkoyak replied at 2-2-2021 07:20 PM
Im totally banned his movie. The sound and effect so bad and noisy. Teruja tgk filem bapak die je do ...

Die nye dubbed tu, omg, bunyi sgt dubbing. Sound fx over. Annoying giler.
Quote anakmak 3-2-2021 10:19 PM
Mulotkoyak replied at 2-2-2021 07:20 PM
Im totally banned his movie. The sound and effect so bad and noisy. Teruja tgk filem bapak die je do ...

I jugak
Terganggu baik filem dia atau adek dia
Adek dia ada buat cerita hantu jugak kan
Bingit sound effects film2 diaorg
Quote GegarVaganja 3-2-2021 10:22 PM
Mulotkoyak replied at 2-2-2021 07:20 PM
Im totally banned his movie. The sound and effect so bad and noisy. Teruja tgk filem bapak die je do ...

Ganja memang xtengok lepas tengok movie apantah dia arah. Sampah betul.
Memang idok la lepas tu nak tgk lagi.
Kutipan 40juta pun, xkan terbuka hati Ganja nak tgk. Xpe la, ramai pagi rakyat malaysia yang support dia kan. Setakat sorang je penonton macam Ganja m, xluak pun duit dalam akaun dia. Tiber kan

Quote Mulotkoyak 4-2-2021 11:49 AM
GegarVaganja replied at 3-2-2021 10:22 PM
Ganja memang xtengok lepas tengok movie apantah dia arah. Sampah betul.
Memang idok la lepas tu n ...

Kannn... Bg laluan filem die tyg dlu.. Br komen buruk2 lpas tempoh tygn.
Quote Mulotkoyak 4-2-2021 11:51 AM
anakmak replied at 3-2-2021 10:19 PM
I jugak
Terganggu baik filem dia atau adek dia
Adek dia ada buat cerita hantu jugak kan

Kannn.. Mat saleh soynd efek sedap didgr and x over sgt yachhhh...
Quote mosti 4-2-2021 04:47 PM
Movie derang macam slide show power point

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.217878 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top