CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rider Tersadai Di Kubur Cina, Siapa Pelanggan Misteri Tempah 2 Set Makan Malam?

2-2-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4517| Komen: 22

Description: Setiap pekerjaan pastinya ada cabaran yang tersendiri.
Setiap pekerjaan pastinya ada cabaran yang tersendiri.

Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai rider penghantar makanan.


Selain berhadapan kesesakan lalu lintas dan ragam pelanggan, ada dalam kalangan mereka turut menerima gangguan misteri.

Menurut Muhammad Khuzaimie Lemat, 23, dia pada minggu lalu menerima tempahan makanan yang cukup aneh.




Menjalankan tugas seperti biasa, dia yang menaiki motosikal mengikut peta ke lokasi pelanggan itu akhirnya tersadai hampir sejam di sebuah kawasan perkuburan Cina di Sungai Putat, Melaka.

"Kejadian tu berlaku dalam pukul 6.30 petang, dekat Maghrib. Proses seperti biasa, saya nak pergi drop makanan ikut peta ke lokasi pelanggan.

"Bila pergi saya sampai di sebuah kawasan kubur, peta tu berhenti betul-betul di kubur. Lokasi pelanggan bagi memang di situ.


"Saya cuba hubungi dan mesej, namun tiada jawapan. Dekat 10 kali saya hubungi. Kemudian saya maklumkan kepada pihak customer service untuk selesaikan isu itu," ujarnya kepada mStar.



Mesra disapa Khuzaimie, dia yang hampir setahun bergelar rider mendedahkan pelanggan misteri itu menempah empat item, makanan dan minuman.

Dengan kos kurang RM30, pelanggan itu menempah sebungkus nasi goreng ayam, sebungkus nasi goreng USA dan dua jenis minuman.

Tambah Khuzaimie, ia bagaimanapun bukanlah kejadian seram pertama yang pernah dialaminya.


Kredit foto: mStar Online

"Kalau nak cakap hal seram, saya dah banyak kali. Cuma ini kali pertama sampai ke kubur. Kali ni paling teruk.

"Sebelum ini saya pernah bekerja sampai lewat malam, peta bawa ke tempat bukan-bukan, pernah sampai ke hutan.

"Sepatutnya ada laluan lain, tapi peta bawa ikut laluan lain," ujarnya.

Selain unsur mistik, Khuzaimie tidak menolak kemungkinan ada individu yang cuba melakukan prank ke atas rider sepertinya.

"Ada kemungkinan orang nak buat prank, permainkan rider. Bila jadi macam tu, mungkin orang nak samun dan sebagainya.


Kredit foto: mStar Online

"Mungkin mistik, mungkin sekadar prank," ujarnya yang menetap di Pulau Gadong.

Dalam pada itu, Khuzaimie turut berkongsi kisah kejadian itu menerusi video di aplikasi TikTok.

Video tular itu sehingga kini menerima 1.3 juta tontonan dalam masa seminggu.


Kredit foto: Kredit foto: mStar Online

Menurut Khuzaimie, dia yang tidak sangka akan meraih perhatian ramai turut terharu apabila netizen mendoakan keselamatannya.

Ujarnya, video itu sedikit sebanyak membuka mata masyarakat bahawa pekerjaan rider cukup mencabar. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 2-2-2021 01:47 PM
Jahatnya siapa yg buat prank tu
Tak keje sungguh membazir
Sianla rider2 kita..
Quote Artemesiaa 2-2-2021 01:54 PM
Macam nak prank je sebab ramai je mereka jadi mangsa macam tu
Quote Miss_Chubby 2-2-2021 02:17 PM
Siapalah bongok prank abg foodpanda ni..
pkp pun ado lg org bongokk..
Quote Miss_Chubby 2-2-2021 02:17 PM
Siapalah bongok prank abg foodpanda ni..
pkp pun ado lg org bongokk..{:laugh
Quote nanies 2-2-2021 02:49 PM
foodpanda tak boleh detect ke sape empunya akaun yg order ni?
Quote kucingitam 2-2-2021 02:55 PM
ke mmg yang order tu melepak dgn kawan2 kat situ isap rokok ke main judi ke..tapi dah kena peghambat balik sblm sempat makanan sampai..
Quote doubleA 2-2-2021 03:24 PM
Then apa tindakan food panda? Detail customer kan ada dgn dorang
Quote insulin 2-2-2021 03:54 PM
Hihi. Boleh tahan prank ni. So apa jadi dengan makanan dan minuman tu?
Quote ckenj 2-2-2021 04:01 PM
klu betul prank nmpak sgt tak keje time pkp ni. pelik2 org skrg.
Quote Ain_h 2-2-2021 05:52 PM
Kiranya kalau di prank, kita boleh habiskan ke mknn tuh
Quote mawardia 2-2-2021 06:28 PM
Bazir minyak motor dia.

Kalau betul manusia prank dia, sedarlah bahawa membazir tu amalan syaitan.

Tapi kalau hantu prank dia, kita tau la hantu tu gentayangan yg tak cium bau sorgaa. Memang sedari dia hidup dulu sakit hati dgn bdk Panda mungkin.

Atau sebelum dia mati dia teringin nak makan nasi goreng USA tapi tak sempat sebab rider panda lambat sampai, lalu membalas dendam jua setelah melangkah ke alam kubur.

Faham2 lah bangsa kiasu ni. Mana boleh sikit lebih kurang.
Quote eizarz 2-2-2021 06:28 PM
ko makan je la makanan tu...kenyang makan free..
Quote giyomi 2-2-2021 08:06 PM
ok ok...di kesempatan ni akak nak mintak jasa baik semua rider di luar sana, tolong lah bawak moto tu dgn berhati2. ramai yg bawak moto mcm pelesit, rezeki bole dicari dik, tp nyawa tiada gantinya. so harap semua adik2 abang2, kakak2 rider di luar sana, may it be FP,GF or watever delivery rider which includes despatch, pls take care. Tq
Quote opie5662 2-2-2021 08:07 PM
Aku x suke brader ni... Poyo.. Mcm die je yg betul... Bile orgkomen kat ig die pasal perangai FP.. Di maki je balik.... Die je yg betul.... Ntah2 saje je buat cerita kene prank... Sbb nampak mcm batak viral n follower juaaa...
Quote chinta89 2-2-2021 08:33 PM
doubleA: Then apa tindakan food panda? Detail customer kan ada dgn dorang



Ha'a kan.      
Quote gigahertz 2-2-2021 09:34 PM
insulin: Hihi. Boleh tahan prank ni. So apa jadi dengan makanan dan minuman tu?

Yang penting kos bayaran siapa tanggung
Quote uda 2-2-2021 10:05 PM
giyomi replied at 2-2-2021 08:06 PM
ok ok...di kesempatan ni akak nak mintak jasa baik semua rider di luar sana, tolong lah bawak moto t ...

Betul tu.
Ada yang bawa laju2 and memotong dari kiri. Terperanjat I
Quote LadyCarefree 2-2-2021 11:23 PM
nanies: foodpanda tak boleh detect ke sape empunya akaun yg order ni?


Patutnya boleh tp kena libatkan polis
Quote LadyCarefree 2-2-2021 11:24 PM
opie5662 replied at 2-2-2021 07:07 PM
Aku x suke brader ni... Poyo.. Mcm die je yg betul... Bile orgkomen kat ig die pasal perangai FP.. D ...

Oh ye? Mmmm alahai. Camtu ada kemungkinan hasanah je la

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062117 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top