CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gaduh Dengan Netizen, Janna Nick Mengaku Salah Dan Minta Maaf

2-2-2021 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8143| Komen: 57

Pelakon dan pengacara, Janna Nick membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya menerusi video berdurasi 2 minit 16 saat selepas bertelingkah dengan netizen di Twitter, Januari lalu.


Dalam video itu, Janna mengakui tindakannya bergaduh dengan netizen itu adalah tindakan bodoh dan tidak sepatutnya dilakukan.


"Saya buat video ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ini dan sakit hati dengan saya dan saya minta maaf sangat.

"Tak tahulah. Rasanya, saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, gaduh dengan netizen. Bodohnya saya. Saya mengaku, saya bodoh. Sayalah 'loser' itu," katanya.



Katanya lagi, dia tidak sepatutnya bertikam lidah dengan netizen yang juga selama ini menyokong karya-karya lakonannya.

"Bila drama saya keluar, Melastik Ke Hatimu, bila anda semua menyokong, jadikan drama itu 'trending' dan suka drama itu, saya rasa sedih sangat.

Saya gaduh dengan orang, saya gaduh dengan peminat, saya gaduh dengan orang yang menyokong saya. Hujung-hujung, anda juga yang menyokong drama saya," katanya.

Foto: IG

Janna juga memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan seperti membeza-bezakan antara golongan artis dan orang biasa.

"Janna satu dan netizen kosong itu memang teruk. Saya minta maaf. Kenyataan pasal saya cakap orang biasa dengan artis, saya betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa.

"Dekat sini saya beritahu, artis itu juga orang biasa. Saya orang biasa dan saya buat salah. Saya harap sangat semua maafkan saya.

"Sesiapa yang kenal saya, tolong maafkan saya. Saya nak mulakan tahun 2021 ini dengan positif," katanya.

Sebelum ini, kecoh di platform media sosial terutamanya Twitter apabila Janna berbahas dengan netizen dan dia turut dianggap seperti tidak boleh menerima kritikan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cumie 2-2-2021 01:16 PM
lerrr
end up jadi gini
ingat dia kekal dengan victory 1 - 0 tu
rajin sangat nak gaduh
Quote missHaidiD 2-2-2021 01:18 PM
Koserrrr la ko janna.  Ni semua sb  mk keluar drama ko dgn dini tu kan.
Quote tomatome 2-2-2021 01:18 PM
Fake sangat nak nangis2 da nama pelakon da biasa menangis dlm drama
Quote JunkMail 2-2-2021 01:22 PM
Takut hilang peminat lertewwww...
Kau cari makan bergantung pada populariti lagi nak gaduh dengan peminat. Dohhh
Quote annadonna 2-2-2021 01:28 PM
Ada laa kena sound sesiapa tu. Iyakan ajelah bukan menjejaskan hidup pun kecuali netizen yg bertunggu tangga cari salah artis tu yelah kot seronok dengar janna menangis. Koserrrrr
Quote minahgempal 2-2-2021 01:32 PM
tu la janna..lain kali jgn nak brutal sgt..last2 kau jgk yg berderai..tpi nk wt mcm mna sjk kau kluar dr hidup cycst kau tu..lakonan kau cacar merba..nth apa2..tk nmpk langsung potensi berlakon..duduk dlm industri dh lma..tpi watak lakonan tk ada yg spark..dh mcm pelakon bru nak naik jek dpt drama..bbnu sgt...good luck lahh..
Quote azie5zoe 2-2-2021 01:33 PM
missHaidiD replied at 2-2-2021 01:18 PM
Koserrrr la ko janna.  Ni semua sb  mk keluar drama ko dgn dini tu kan.

Kannn..Entah-entah pihak produksi yang suruh ni.

Quote Nenasketum 2-2-2021 01:45 PM
Titiskan eye drops ke cyst, eh silap tu mak mertua yang ko tak sudi hehehe, i mean sis??
Quote ChildrenOfBodom 2-2-2021 02:09 PM
betina ni busuk kepam
Quote mawarika 2-2-2021 02:35 PM
Sorry janna..dulu bole la hakak layan lakonan engkau. Tgk kau mcm nerd je. Skg ni cite tv3 kol 9 tu akak skip main just dance ps4 dulu sebelum kol 10 tgk samarinda si nazim jahat tu. Selalu akak layan je 104 kol 10 siap record lg. Ni kau nak belakon dgn isa eh.. pun malas hakak nk tgk walau isa tu helok sbb ada kau janna. No sorry for u..
Quote YomiuriLandMae 2-2-2021 02:45 PM
halah halah..
Quote husna_amal 2-2-2021 02:48 PM
Baguslah cepat sedar dan minta maaf. Dari sesetengah orang angkuh sampai bila2.
Quote TomyamPuteh 2-2-2021 02:51 PM
Rumah tok wan janna selang 2 buah umah je dgn umah pak Mentua aku. Org kaya kg. Rumah besaq gedabak. Tok janna tua2 pon msh blh nmpk kecantikan dia tu. Putih, kecik, comel.
Quote bottombikini 2-2-2021 03:06 PM
emang dasar pelakon
gampang aja air mata berjuraian

kau memang kaki gado
bawah sikit je kelas tu dari anju
dah lah buang masa tengok lakonan kau
Quote coco 2-2-2021 03:57 PM
bottombikini replied at 2-2-2021 03:06 PM
emang dasar pelakon
gampang aja air mata berjuraian

sebab elok sikit je dari anju orang tak boikot giler giler.  ce ko huduh mcm si anju.   

walau tak ada la minat ngan aj,  tapi perlu ke nak sindir2 aj di melodi,  ko tak leh ke move on je.  nmpk aj lbh profesional lagi dari dia.  
Quote gorjeous 2-2-2021 04:04 PM
Alhamdullilah ada yg mintak maaf...
Quote sweetfasha 2-2-2021 04:11 PM
elok sikit perangai tu lain kali

dengan netizen ko nak berlawan, takkan ko menang lah
Quote bottombikini 2-2-2021 04:40 PM
coco replied at 2-2-2021 03:57 PM
sebab elok sikit je dari anju orang tak boikot giler giler.  ce ko huduh mcm si anju.   

walau  ...

wehh..apa kes dia dgn aj?

apsal aku tak tau

Quote siti_shaqila 2-2-2021 04:49 PM
Nk beat cerita yg tgh trending skrg.. TYT... Takut drama dia dgn dini x trending lettew... Tiberrrr mnta maaf bagai....

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.159815 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top