CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beli Barang Bukan ‘Jalan-Jalan’, Penduduk Pedalaman Sabah Kesal Dikompaun RM1,000

2-2-2021 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9385| Komen: 111

KOTA KINABALU: Hasrat sekumpulan penduduk keluar membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan di pekan Tenom bukan saja tidak kesampaian malah mereka dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).


Dalam kejadian 27 Jan lalu, lapan penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.

Bagaimanapun, beberapa penduduk ditemui menyatakan kesedihan kerana kesalahan itu bukan disengajakan, lebih-lebih lagi jarak kampung mereka yang agak jauh dari pekan Tenom dan sukar berulang-alik semata-mata untuk membeli barang keperluan.


Kredit foto: Free Malaysia Today


Seorang penduduk Irip Pang berkata, tujuan dia mengikuti perjalanan itu untuk membeli barang keperluan cucunya yang masih kecil dan berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Bukan saya turun untuk jalan-jalan, saya mahu membeli (barang keperluan) untuk cucu saya, susu dengan lampin pakai buang, tiada yang menjaga dia (cucu) sebab ibu dia sudah meninggal dunia, suami saya pun sudah terlalu berusia dan tidak mampu keluar.

Seorang lagi penduduk Buriat Alipan berkata, dia terpaksa ke pekan pada hari itu kerana mahu membeli ubat kakinya yang sakit selain bekalan makanan.

“Mereka (polis) beritahu PKP, tetapi macam mana saya tidak turun (ke Pekan Tenom), saya mahu beli ubat kerana kaki saya pun sakit, sampai sekarang sakit sebab itu saya terpaksa pergi ke pekan.

“Kami orang kampung, orang susah, bukan kami sengaja melakukan kesalahan itu, bukan keluar untuk suka-suka,” katanya.


Foto: Free Malaysia Today

Sementara itu, pemandu bas Ruil Taligi berkata dia pada mulanya tidak mahu membenarkan bas berkenaan dinaiki lapan penduduk kampung terbabit kerana sudah melebihi kapasiti asal.

Katanya, bagaimanapun dia kasihan dengan penduduk kerana ada dalam kalangan mereka yang benar-benar perlu ke pekan untuk membeli barang keperluan.


Foto: Free Malaysia Today
“Polis memberitahu saya yang telah lebih muatan (penumpang bas), saya sudah beritahu mereka (penumpang) tetapi mereka mahu ikut juga dan saya kasihan kerana mereka bukan selalu dapat keluar untuk membeli barang keperluan.

“Saya merayu kepada polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya itu, kalau boleh beri amaran dulu atau saman saya seorang saja, bukannya mereka (penumpang) kerana mereka golongan susah yang hanya mahu keluar membeli barang keperluan, bagaimanapun anggota itu tetap mengarahkan kami pergi ke IPD (Tenom),” katanya. -CARI

Sumber: Free Malaysia Today

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Adrif


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 2-2-2021 09:04 AM
sng KERAjaan abahkau cari duit kan.kasi bantuan 1200 pau balik 1000.cacai tetap sujud sembah
Quote xy_daen 2-2-2021 09:06 AM
Babi la orang miskin naik bas pun kena saman...
Quote MissVixen 2-2-2021 09:09 AM
Skemanya polis. Takde budi bicara. Polis tak tahu taraf kehidupan penduduk situ ke? Anak jahid tu yang orang senang boleh pula dapat diskaun.
Quote FOTHER-MUCKER 2-2-2021 09:22 AM
Negara malaysia memerlukan lebih ramai pendatang dari Indonesia filippine Bangladesh pakistan untuk dijadikan warganegara malaysia yang sah.
Quote c===8 2-2-2021 09:25 AM
polis ke robocop?
Quote salimrock 2-2-2021 09:31 AM
JohnyEnglish replied at 2-2-2021 09:04 AM
sng KERAjaan abahkau cari duit kan.kasi bantuan 1200 pau balik 1000.cacai tetap sujud sembah{:1_563: ...

pak mail tiger cakap kes covid tinggi, jadi penyelesaian nya adalah dgn menaikkan kadar kompaun....
Quote jalfa 2-2-2021 09:37 AM
Geram je aku dgr kompaun nak dinaikkan lagi..walo aku mmg x kan merayap tapi aku kesian marhein yg kena.bg bantuan seribu ko tarah balik seribu. Tgkla kesalhan jugak la polis pon...korang mmg x belajar budibicara ke masa kursus...mkn x patot bg kuasa menyaman kat polis la.bukan myokong yg langgar sop,tp agak agak la...mail bangga hari hari umum marhein kena kompaun...apa kata ko kompaun nuar muse yg terang terang langgar sup sayur korang tu
Quote zorrro_03 2-2-2021 09:42 AM
kena siasat pegawai mana yang kejam sgt tu.  entah2 puak2 hancing yang nak burukkan kerajaan..
Quote kelapaparut 2-2-2021 10:52 AM
tibe2 merindui indahnye zmn kerajaan PH .. korang la sokong sgt kjaan tebuk atap ni, abis kne bala satu rakyat malaysia
Quote sayawifenikmie 2-2-2021 10:56 AM

.... tak ada akal sebab tu tak ada budi bicara !!
Quote notM 2-2-2021 11:35 AM
Too much...
Quote AniSani 2-2-2021 11:36 AM
selag boleh pijak...pijaklah

rakyat malaysia ni kan semua mr.bean.mengikuuuuuuuuuuuuuuuut je...
Quote dodolgemok 2-2-2021 11:40 AM
Kenapa laa polis2 ni xboleh nak bertimbang rasa Lgi2 dgan kes sebegini?? Cuba bayangkan jdi kt mak bapak kau org??
Quote dodolgemok 2-2-2021 11:47 AM
zorrro_03 replied at 2-2-2021 09:42 AM
kena siasat pegawai mana yang kejam sgt tu.  entah2 puak2 hancing yang nak burukkan kerajaan..

Kerjaan tebuk atap terbukti dable standard.
Quote kucingitam 2-2-2021 11:51 AM
mana ahli parlimen, wakil rakyat sabah yang beriya berkempen time prn ritu..mana? mana?
Quote outcast 2-2-2021 12:00 PM
Kesian weiii org sabah.. at least bg laa  amaran..
Quote isseliparjepun 2-2-2021 12:02 PM
Kesian. Sebab rata rata di Sabah ni, kalau setakat had pergerakan 10km tu, silap silap kampung sendiri pun belum keluar lagi. Prihatinlah sedikit. Mohon pak polisi ada sikap begini, timbang taralah sebelum senang senang nak kompaun orang. Mungkin ada justifikasi dari pihak yang mengenakan kompaun. Harap harapnya.
Quote AmandaRollins 2-2-2021 12:08 PM
Melampau polis tu ye...tgk la keadaan org dulu baru nk saman...this is too much la..patut la uncle hashim pindah OZ ekkk...
Quote Hizert 2-2-2021 12:11 PM
Bingai punya polis. Hang ingat Bas selalu masuk kampung ka macam kat KL? mestila naik ramai sekali trip. Nk beli barang keperluan pulak tuh.

Kalau aku agak lazer, "Ahli nuraka la kau polis2 semuanya"

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.282415 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top