CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waris Tak Izin, Keluarga Angkat Gagal Bawa Pulang Jenazah Amir

1-2-2021 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9855| Komen: 72

Rakyat Malaysia ketika ini diselubungi dengan kesedihan atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, dipercayai menjadi mangsa dera.

Jenazah mangsa, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek atau Amir dikatakan akan dikebumikan di Jasin, Melaka, pada Isnin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarga angkat kanak-kanak itu menerusi laman Instagram tuhfahnazira pada pagi Isnin.

Kredit foto: via mstar

"Assamualaikum semua... insyaAllah hari ini jenazah Amir akan dikebumikan di Jasin, Melaka (belah pihak waris kandung Amir).

"Pagi ni urusan tuntutan jenazah di Hospital Melaka akan dilaksanakan," kata wanita itu yang tidak mengulas lanjut bilakah jenazah akan dikebumikan, namun meminta semua pihak mendoakan urusan pengebumian dipermudahkan.


Memetik laporan Sinar Harian, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Hidayah Chabau di Jasin dan akan disolatkan di Surau As Asyakirin, Simpang Bekoh sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh.

Kredit foto: via mstar

Wanita itu mendakwa, pihaknya pada masa ini masih belum dapat mengetahui lebih lanjut mengenai keputusan bedah siasat mangsa.

"Itu kita serahkan pada pihak polis untuk menjelaskan semuanya," katanya.

Dalam pada itu, Tuhfah Nazira turut berharap agar semua pihak mendoakan ibunya, Norlida Abu Hassan agar diberikan kekuatan apabila jenazah diputuskan dikebumikan di Melaka.

"Doakan umi kuat dengan keputusan di Melaka. Kami sekeluarga tiada hak dan kuasa apa-apa, kami sekeluarga berharap pada kuasa Allah saja.

"Apa yang kami boleh buat melainkan dengan pujuk rayu kepada pihak sana," katanya yang memaklumkan bahawa pihaknya telah berusaha untuk mendapatkan keizinan daripada waris agar jenazah dikebumikan Selangor.

"Kami mungkin kalah dengan mereka tentang itu, tetapi kami menang di hati Amir dan semua. Allahuakhbar," tambahnya.


Kredit foto: via mstar

Terdahulu, dilaporkan bapa angkat mangsa iaitu Md Tarmidi Yaaccob berkata, dia dan keluarganya tidak putus-putus berdoa dan masih terus berharap dapat mengebumikan jenazah anak angkat yang mesra dipanggil Amir, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Menurutnya, dia dan keluarga juga telah berjumpa dengan nenek dan bapa saudara kanak-kanak itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, pada Sabtu dan isterinya merayu untuk membenarkan membawa pulang jenazah Amir.

"Tapi mereka hanya memberitahu keputusan akan dibuat oleh ibu kandung sendiri yang masih direman polis.

"Pagi tadi kami sampai bilik mayat, Zu (ibu kandung) pun dibawa polis untuk membuat pengecaman mayat anak dan dia hanya menggelengkan kepala. Saya harap Allah lembutkan hatinya," katanya memetik Sinar Harian.

Untuk rekod, Md Tarmidi dan keluarganya yang menetap di Rawang memelihara Amir selama enam tahun sebelum menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada ibu kandungnya yang menetap di Melaka, pada Oktober lalu, selepas wanita berkenaan mahu mengambil semula anak lelakinya itu.

Dalam pada itu menurut Mad Tarmidi, dia dan keluarga reda jika keputusan untuk membawa balik jenazah tidak berpihak kepada mereka.


Kredit foto: via mstar

Berdasarkan hasil bedah siasat, polis mendedahkan terdapat luka kecil baharu sebesar tiga sentimeter di bahagian belakang kepala kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai didera selain lebam dan kesan kecederaan pada anggota badan mangsa.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa selama kira-kira 11 jam.

Terdahulu, dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-2-2021 11:59 AM
takziah kpd keluarga
Quote Artemesiaa 1-2-2021 12:10 PM
Moga kes ni jadi pengajaran buat semua
Quote pittjie 1-2-2021 12:16 PM
tak pe la. yang penting jenazah dapat diuruskan dengan segera & sempurna. dan harap .. pada sesiap yang berhasrat nak bersedekah buat arwah .. sedekah je la doa2 dan alfatehah. dan buatlah infaq kat mana2 masjid atas nama arwah. jangan nak bagi sedekah tu kat family yang mengaku waris tapi masa hayat anak ni ada i wonder if they kesahkan pun kebajikan dia.
Quote jerukkedondong 1-2-2021 12:18 PM
Tidak mengapa....walau di mn pun arwah dikebumikan moga di akhirat nanti arwah akan berlari2 menuju hamba2 yg byk menjaga dan memberi kebaikan pada nya ketika hayatnya di dunia ini..
Semoga Allah memandang mu wahai anakanda Amir dgn penuh kasih sayang
Quote lavendernovella 1-2-2021 12:31 PM
Takper lah , redhakan pelan2..  , walaupun payah ...
InsyaAllah , nanti Amir akan tunggu mak angkat dia kat sana.
Quote Decaffeinated 1-2-2021 01:03 PM
Mak angkat bertaraf baby sitter memang tiada hak. Tak kisahlah ko sayang melangit pun itu tetap anak orang ada waris dia.
Quote ina_na 1-2-2021 01:09 PM
Kaw2 kn kecam kat fb waris2 arwah amir ni.. Pdn muka pun ye gak.. Ms baby x nk.. Dah jd mcm ni sibuk pulak berebut jenazah.. Siap bersyarat bagai.. Ni meninggal kecik.. Katakan la kalo arwah sempat hidup jd berjaya.. X tau la mcm mn drama waris2 ni semua..
Quote pittjie 1-2-2021 01:19 PM
ina_na replied at 1-2-2021 01:09 PM
Kaw2 kn kecam kat fb waris2 arwah amir ni.. Pdn muka pun ye gak.. Ms baby x nk.. Dah jd mcm ni sibuk ...

siap bagi syarat ke? apa syarat waris?

Quote KIM.K 1-2-2021 01:25 PM
Bila mak Amir tak izin, maknanya dendam dah lama

Kalau sama2 sayang, lembut hati Zuraidah nak bagi best final respect
Quote edee_91 1-2-2021 01:43 PM
aku teringat ada forumer pernah cakap melaka ramai keturunan gila.
Quote ina_na 1-2-2021 01:59 PM
pittjie replied at 1-2-2021 01:19 PM
siap bagi syarat ke? apa syarat waris?

Bg 2 org je dr keluarga angkat yg uruskan jenazah arwah
Quote ina_na 1-2-2021 02:01 PM
KIM.K replied at 1-2-2021 01:25 PM
Bila mak Amir tak izin, maknanya dendam dah lama

Kalau sama2 sayang, lembut hati Zuraidah nak bag ...

Mak kandung ni x sedo diri.. Konon hidup merempat susah sgt.. Org dah jaga bagus anak awak patut sedo la diri.. Dia jg 3 bulan lebih skt mati dikerjakan.. Anak dia duk gan family angkat 6thn elok je budak nye. Siap hafal surah Al Mulk..
Quote depresio 1-2-2021 02:02 PM
edee_91 replied at 1-2-2021 01:43 PM
aku teringat ada forumer pernah cakap melaka ramai keturunan gila.

Ada dulu sorg forumer tu nama apa ntah
Gila semcm bila komen..  pon dia ngaku dia org melaka gak
Quote depresio 1-2-2021 02:07 PM
Baca berita ni hurm
Ntahla
Kerajaan patut lebih tegas la bab ni
Dah berapa byk kes dah pasal kanak2 didera ni
Patutnya bila ank dah mati gini hak mak bapak boleh terlucut la..

Geram la aku baca duk iatighfar ja tak mau maki  
Quote pittjie 1-2-2021 02:28 PM
ina_na replied at 1-2-2021 01:59 PM
Bg 2 org je dr keluarga angkat yg uruskan jenazah arwah

eeii babinyaa. nampak sangat buruk perangai family zuraidah ni. kut ko rasa terharu family angkat tu nak jaga dan nak uruskan amir tu kan. kalau kita ikut berbesar hati apa. ni apa sbb dia nak bagi syarat macam tu pun tak tau la.

Quote ina_na 1-2-2021 02:36 PM
pittjie replied at 1-2-2021 02:28 PM
eeii babinyaa. nampak sangat buruk perangai family zuraidah ni. kut ko rasa terharu family angkat  ...

Tu yg maki di netizen tu.. Syok ooo kat fb netizen memaki kaw2.. Kat ig x tau la dia org sambung maki kat family kandung tu.. Sbb Ig kakak angkat ramai yg turut merasa sedih dan simpati..
Quote Orix 1-2-2021 02:38 PM
pd iols, bila org dh meninggal, jasad hanyalah jasad.... yg penting roh... tak mengapa kalau waris Amir x bg... hak diorg, x boleh nk buat apa... tapi bila tanggungjawab utk besarkan Amir xde pulak waris Amir ni kisah.... semoga mak kandung Amir ni kena balasan setimpal
Quote Decaffeinated 1-2-2021 02:40 PM
ina_na replied at 1-2-2021 01:09 PM
Kaw2 kn kecam kat fb waris2 arwah amir ni.. Pdn muka pun ye gak.. Ms baby x nk.. Dah jd mcm ni sibuk ...
Tapi mereka hanya memberitahu keputusan akan dibuat oleh ibu kandung sendiri yang masih direman polis.
mungkin warga FB jenis cuma baca tajuk macam dalam benang ni. Waris juga yang dipersalahkan.


Quote ina_na 1-2-2021 02:42 PM
Decaffeinated replied at 1-2-2021 02:40 PM
mungkin warga FB jenis cuma baca tajuk macam dalam benang ni. Waris juga yang dipersalahkan.

X pe.. Janji semua dpt melahar sepuas ati.. Tp btl gak.. Mn p waris tu selama ari ni.. 6thn x penah tgk.. Tb2 ehhh.. Hitam sgt ati kan..

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.120740 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top