CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usop Fokus Kerjaya, Tak Mahu Over Tayang Kekasih

1-2-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3204| Komen: 8

Penyanyi Usop, 24, sebolehnya enggan mengaitkan kekasihnya yang dikenali sebagai Teha dalam soal kerjaya seni meskipun percintaan mereka sudah diketahui umum.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, dia lebih selesa untuk memberi fokus kepada cerita perkembangan seninya tanpa membabitkan hal peribadi.

"Kalau boleh individu yang berkait peribadi, saya tak nak masuk dalam bidang saya, saya takut. Kalau boleh saya nak fokus kepada karier seni saya sahaja.

"Lagipun, dia tak minat sangat berlakon. Kalau sekadar menjadi model, dia okay," katanya berkongsi mengenai kekasihnya yang juga seorang model sambilan.

Foto: IG

Usop turut mengulas kenapa dia tidak mengambil kekasihnya menjadi model video muzik lagu-lagunya.


Menurut Usop, model sedia ada yang ditampilkan lebih sesuai dengan jalan cerita diinginkan.

"Model yang ditampilkan memiliki faktor 'wow' tersendiri untuk menghidupkan jalan cerita video itu. Lagipun model itu sudah tampil dalam beberapa video saya sebelum ini dan kami tetap mahu gunakan dia.

"Lagipun, lagu baharu saya iaitu Lenyap pun adalah kesinambungan daripada dua lagu terdahulu, Aku Yang Bersalah dan Selamanya. Jadi, jalan cerita serta watak dalam lagu itu perlu selari," katanya.

Terbaharu, Usop yang juga pemenang naib juara Big Stage musim ketiga melancarkan lagu baharunya berjudul Lenyap. Dia mengharapkan lagu itu bakal mengulang kejayaan lagu terdahulu dan mendapat sambutan luar biasa. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-2-2021 10:00 AM
Menguap skala infinity
Quote Perawankota 2-2-2021 02:32 AM
Kalau ko bukan usop, dia nk x kt ko?
Quote Jemahjemah 2-2-2021 04:43 AM
Heh. Overr.
Quote samshik 2-2-2021 05:48 AM
Yer dik.. Ko sowang ja si ikan keli yg ada awek cantik mcm ikan mas... Smoga she olls syg ko n bukan syg duit ko sajork.. #donenasihat
Quote Nenasketum 2-2-2021 08:06 AM
Ori ke geng Bam Jad nih?
Quote little_sis 2-2-2021 08:06 AM
Tp gf dia mmg lawa la..
Quote Boomibulat 2-2-2021 09:09 AM
Heloknya awek USop..
Quote Ain_h 3-2-2021 03:48 AM
Fokus kerjaya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038997 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top