CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badan Dah Sado, Ismail Izzani Jadi Lebih Yakin

1-2-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3245| Komen: 15

Description: Penyanyi Ismail Izzani mengakui perubahan bentuk badan yang ideal memberi lebih keyakinan kepada dirinya.
Penyanyi Ismail Izzani mengakui perubahan bentuk badan yang ideal memberi lebih keyakinan kepada dirinya. 

Ismail berkata, dia berasa gembira apabila berjaya mengamalkan gaya hidup sihat serta melakukan senamam untuk tubuh badannya. 




"Secara jujurnya pertambahan berat badan benar-benar memberikan saya lebih keyakinan dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. 

"Pergi ke gim atau melakukan senaman bukan bermaksud anda mahu menjadi 'sado'. Namun segalanya terpulang kepada diri anda. 

"Pilih matlamat anda dan jadikannya kenyataan. Tidak mengapa kalau ia mengambil masa. Setiap kemajuan memerlukan masa," katanya.

Terdahulu Ismail memuat naik beberapa foto transformasi dirinya yang kini lebih kelihatan bergaya dan sihat berbanding dulu di Instagram Story. 


Kredit foto: via Harian Metro

Ismail juga mengakui gembira apabila berjaya mendapatkan berat badan yang diinginkan. 

"Saya gembira 64 kilogram (kg)," tulisnya. 

Sebelum ini, Ismail dalam satu kenyataan mengakui sedang mengawal pemakanan dan rajin bersenam supaya tidak kelihatan terlalu kurus. 

Ismail memberitahu perubahan yang dilakukan bukan kerana dipaksa sebaliknya atas kesedaran sendiri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LembingDayanti 1-2-2021 09:01 AM
tolong la cabut gig yg terjuih tu dulu.
Quote husna_amal 1-2-2021 09:47 AM
Nampak bisep je yang besar
Quote tagas 1-2-2021 09:55 AM
yg penting adik sihat keras & mencanak
Quote Kurex 1-2-2021 10:00 AM
Jgn mengata repot tau.. nanti korang kena -98. Tak dapat nak shopping dekat tesco guna credit tu
Quote nordin84 1-2-2021 10:45 AM
LembingDayanti replied at 1-2-2021 09:01 AM
tolong la cabut gig yg terjuih tu dulu.

ok je gigi tu.. pemanis org kata.. mcm yana samsudin, stacy ms mula2 msk industri dl.. tp skrg msg2 da hilang gigi tu.. yana trs nmpk pelik
Quote songhara1226 1-2-2021 03:17 PM
Kurex replied at 1-2-2021 10:00 AM
Jgn mengata repot tau.. nanti korang kena -98. Tak dapat nak shopping dekat tesco guna credit tu

Sabarlah kurex, mcm tu lah kehidupan, waktu kita puji2 retis xde pulak dia nk bgi tacang, kalau terkutuk sikit dh kena buang tacang....
Quote taji2906 1-2-2021 04:44 PM
nampak mcm main kat biceps je lebih ni.. tak balance dikk
Quote electricopop 1-2-2021 04:47 PM
Tetap x merembes dik... tiberrrr....
Quote adeqbun 1-2-2021 04:49 PM
Euwwwwww.....tetap mcm dak pt3 xjd amik exam sbb pkp
Quote slyfynx 1-2-2021 05:23 PM
Aku rase ni thread ketiga pasal body ismail ni.
Wartawan cari ni xde koje lain ke.
Aku igt sbb kali pertama and kedua tu aku up le lg gmbr untuk Kurex.
Ni udah malas dah rase sbb asyik mende same je.

Pastu satgi thread RR,
Pastu salah sorang retis tibaiunta
Pastu Niqobis sekeluarga.
Udah macam trend
Quote Ain_h 3-2-2021 03:47 AM
Sebelum ni konfiden jeee
Quote dudaberhias 3-2-2021 03:52 AM
tapi muka still macam tapai basi...
macam mana tu...
takkan  nak tengok badan je...
muka pulak kena tutup... telinga kena kepit pakai pengepit baju...
Quote Rogue98 3-2-2021 07:46 AM
Kalau pendek n x hensem ...
Next....
Quote mieymiey 3-2-2021 08:11 AM
Ko cocok ka tu dek mael?? Tak padan la badan cenggitu dengan muka ko. Muka ko tetap muka adek adek.
Quote Redmyvi 3-2-2021 08:31 AM
Badan sado tapi muka still jambu mcm bdk skola menengah.. kategori cute je tak sampai hot gitu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057256 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top