CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ain Edruce Tak Sangka, Ramai Suka Tengok Suaminya Sebab Kelakar!

1-2-2021 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8646| Komen: 46

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce tidak menduga pembabitan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa di dalam 'content' YouTube dibuat menjadi tarikan dan berjaya menghiburkan pelanggan di salurannya itu.


Baru-baru, Ain, 30, menggunakan khidmat Amirul sebagai jurucakap untuk tutorial mekap dilakukannya dan video dimuat naik di YouTube itu, kini sudah ditonton lebih 244,000 kali serta menjadi perhatian ramai kerana dianggap kelakar.



Ain berkata bukan mudah sebenarnya untuk dia mengajak suami bersama-sama dengannya untuk membuat 'content' YouTube itu. Katanya, Amirul seorang yang serius dan sangat pemalu.

"Sebenarnya, orang tak tahu setiap kali sebelum nak 'shooting' dengan  Amirul, nak pujuk punyalah susah sebab dia jenis pemalu. Tapi, Alhamdulillah dia sanggup juga melayan kerenah saya.


Foto: IG

"Kalau diikutkan, sebenarnya semua 'content' itu dia tak nak buat langsung sebab dia malu, tapi apa pun dia sudi buat sebab nak beri sokongan kepada saya. 

"Saya juga kadang- kadang rasa Amirul dah kena ada dalam 'content' YouTube dibuat kerana seronok apabila sembang berdua dengannya berbanding cakap seorang diri. Tapi, tak tahulah bila dah ada anak nanti mungkin saya tak guna Amirul lagi untuk buat 'content'," katanya kepada Harian Metro.


Mengulas juga reaksi wajah suaminya yang dianggap kelakar, Ain berkata Amirul memang orangnya serius, Tapi bila dia cuba santai depan kamera, itulah yang jadi lucu sebab di tempat kerja pun, dia agak serius.

Ain berkata dia bersyukur kebanyakan pelanggan salurannya di YouTube sangat suka dengan pembabitan suaminya. Katanya, rata-rata komen diterima sangat positif kerana mereka terhibur dengan 'content' kami.

Mengulas juga mengenai tutorial mekap oleh Amirul itu, Ain berkata suaminya memang tak tahu apa-apa berkaitan peralatan solek wanita. Malah, katanya kebanyakan lelaki memang tak tahu berkaitan mekap ini.



"Bila saya guna Amirul sebagai jurucakap memang jadi kelakar sebab dia tak ada pembayang langsung untuk setiap produk yang saya letak di muka seperti bedak asas, maskara pembayang mata dan apa sahajalah, dia tak tahu pun.

"Memang seronok dan geli hatilah tengok, sebab dia main cakap ikut suka. Apapun, sekarang memang saya mengaku sangat selesa dapat buat 'content' bersama-sama suami," katanya.

Ain dan Amirul yang juga seorang ahli perniagaan bernikah pada Ain dan bernikah pada 13 Disember 2019. Kini, Ain hamil anak pertama dan usia kandungannya enam bulan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 1-2-2021 08:40 AM
suami dia nampak xfake


instead of rupa , dia mungkin baik lepas tu kaya

sesuai sangat dgn Ain yg kelolo xketahuan hala


selamat berbahagia !!!!
Quote LembingDayanti 1-2-2021 09:00 AM
aku suka laki ain sebab nampak macam usop sontorian. macam usop mentor pun ado
Quote tom2 1-2-2021 09:04 AM
Baru nak cakap cam usof sontorian. Rupanya ada orang buat kartun ikut rupa sebenar. Ingatkan main lukis je.

Nampak baik la laki ain ni.
Quote deebiz14 1-2-2021 09:22 AM
Mmg klakar ok. TerhIbur ! Mane ketip kukunya, uhu nye, kening bersambungnye ...  

Selamba jer melayan bini, lepas tu ckp pasal payment kat ujung2.
Quote nazzse 1-2-2021 09:24 AM
Baik follow si mirul ni drp laki retis lain.. Kelakar & tak fake melayan bini hyperactive
Quote Belibis 1-2-2021 09:29 AM
Dulu si laki kinah pun ramai puji sporting dengan bini yang separuh masak .ujung2 ke laut jua.
Harap bini2 semua jangan over sangat tunjuk laki sporting dan selamba..naya diri sendiri jugak nanti.
Quote tikusmontok 1-2-2021 09:46 AM
Sekor lg laki menunggang nama bini selain wan uban
Quote tagas 1-2-2021 10:03 AM
biasa la awal2 lagi

tengok esok lusa

kelaut ke tak
Quote nordin84 1-2-2021 10:25 AM
LembingDayanti replied at 1-2-2021 09:00 AM
aku suka laki ain sebab nampak macam usop sontorian. macam usop mentor pun ado

wangi lagi laki ain dr usop tu hahaa.. sbb kaya kot ekek
Quote NazRysha 1-2-2021 10:27 AM
perasan bagus jer dia ni terkinja2 mcm pompuan sewel
Quote pichee 1-2-2021 10:34 AM
I suka couple ni..dh la suka masak..

Nmpk ain mmg sygkn hsbd die..dan hsbd die tu nmpk gila2 sgt tme karok dgn kwn2 die tu..lawak gila..hahha

Bonus plus kaya..aumm
Quote Daftpunk_shine 1-2-2021 11:40 AM
Mula2 tengok laki dia ni (masa tu bf la depa blm kawin lagi) igtkan laki dia buh filter lawak2 or edit2 pic tu. Rupanya mmg muka betul dia. Muka dia mmg lucu la. Tak yah bukak mulut, pun nmpak lawak dah.
Quote apedehal 1-2-2021 11:47 AM
MontanaHannah replied at 1-2-2021 08:40 AM
suami dia nampak xfake



Woah..im shocked..payah nk tgk ka monnah suka retis itu ini
Quote bluecrystal 1-2-2021 11:48 AM
Aku tak boleh lupa ada orang komen kat fb muka laki ain macam tun berong dalam awang khenit..tun berong tu kelako

Kalau dalam gambar memang ada iras sikit..tapi dalam video ok je lakinya..entah2 lagi helok kalau jumpa in real life khen
Quote stania83 1-2-2021 11:53 AM
Untungnya ain, kita tengok pon rasa bahagia..dahla kaya gilbab. Husband dia bzness apa, nampak mcm slow mungkin pasal keje dia berubah jadi genius
Quote MontanaHannah 1-2-2021 03:27 PM
apedehal replied at 1-2-2021 11:47 AM
Woah..im shocked..payah nk tgk ka monnah suka retis itu ini

Kita puji mana yang layak

Aku masih ada hati perut
Quote adeqbun 1-2-2021 03:34 PM
Laki yg sorg tu yg tiru mcm mirul la kot..nak disukai oleh fan isteri..tgk3 x menjadi...klakor mirul ni..tp ain blaja2 la jugak ke dapor..jgn bangga sgt x reti msk..kinah dlu gini la bangga x suke msk
Quote naina 1-2-2021 03:40 PM
Hahaha tak pernah tak kelakar laki dia.
Hilang bji mata itam. Hahah
Ada satu lagi video teka lagu. Yg tu xbrenti aku gelak. Laki dia xannoying tak macam laki mira filzah konon kayangan. Cakap pon english je. Bosannnnn dan poyo.
Quote nanies 1-2-2021 03:59 PM
laki dia kelakar. macam byk bersabar je layan perangai si ain tu

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.034825 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top