CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setiap Kali Baca Terjemahan Al-Quran, Neelofa Mengaku Imannya Bertambah

1-2-2021 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15403| Komen: 117

Description: Pengacara popular, Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn Bhd melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana dikenali sebagai TheNoor, baru-baru ini.
Pengacara popular, Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn Bhd melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana dikenali sebagai TheNoor, baru-baru ini.

Menariknya, aplikasi yang dilengkapi pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Indonesia.

Memilih untuk meneroka bidang pembangunan digital sebagai cabang bisnes baharu, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn Bhd, berkata TheNoor adalah aplikasi semua dalam satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup Muslim di seluruh dunia.


Foto: IG

"Kita tidak boleh nafikan kerancakan pembangunan platform digital sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi, dengan kehadiran pelbagai peranti pintar berserta sambungan internet di hujung jari. Segala keperluan maklumat dapat diakses dengan cepat.


"Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik teknologi maklumat (IT), pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik bagi masyarakat Muslim ini juga dapat menjadi 'pembantu' maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan pantas.

"Sebagai contoh, bahagian tafsir al-Quran didatangkan dengan lima bahasa termasuk tiga bahasa utama di Malaysia. Kami juga merancang menambah bahasa lain seperti bahasa Turki, Perancis, Sepanyol, Urdu dan Hindi pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, selepas lebih enam bulan dirancang, kami dengan bangganya melancarkan aplikasi TheNoor yang boleh dinikmati oleh semua masyarakat Islam di seluruh dunia," katanya.

Ditanya mengenai pengalaman ketika merakam keseluruhan terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu, Neelofa berkata ia satu pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.



"Jika dihitung proses rakaman untuk menyiapkan semua terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu mengambil masa sekitar 20 hari. Satu hari, saya peruntukkan dua juzuk paling maksimum untuk merakam terjemahannya.

"Saya masih ingat setiap kali proses rakaman, hati saya pasti tersentuh apabila membaca berulang kali kalimah Allah. Satu perasaan yang sukar untuk saya jelaskan. Malah, ada masa hati saya terjentik dan mudah tersentuh.

"Saya boleh katakan, ia pengalaman yang cukup bermakna dan luar biasa. Setiap kali saya baca terjemahan al-Quran, dapat dirasakan ada penambahbaikan dalam iman dan apabila selesai rakaman hati saya pasti berasa tenang serta lega," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Noor Luminous Sdn Bhd, Ahmad Tajuddin Idris berkata, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menepati syariah.

"Kami merancang memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna untuk mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi TheNoor mengikut undang-undang syariah.

"Selain itu, kami juga bakal melancarkan kad keistimewaan terhad yang membolehkan pengguna membeli produk takaful menerusi kerjasama dengan rakan kongsi insurans seperti Zurich Takaful dan Etiqa Takaful.

"Sejajar dengan perkembangan jualan dalam talian (online) dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami juga akan memperkenalkan dompet digital (e-wallet) yang hadir dengan fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay, yang kini menanti kelulusan daripada Bank Negara Malaysia," katanya.

Selain Neelofa dan Tajuddin, Noor Luminous Sdn Bhd turut diterajui oleh Ketua Pegawai Teknologi, Mohd Izzairi Yamin. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 1-2-2021 08:13 AM
Memang wajib setiap 2-3 hari kena ada benang nikobis ni. Redha je lah
Quote MatDeghem 1-2-2021 08:13 AM
Muka dah bungkus...bakal kawin dgn ostad....mangkin meletopp lah hajjah
Quote bungarose 1-2-2021 08:14 AM
Ya rabbi..iman bley ukur sendiri ker
Sudah2 ler menunggang agama
Kalau nak menjual apps produk baru pun, jangan ler sampai tahap mencanang iman sendiri dah up level
Kening ko pun masih ko bentuk2...mata pun masih ko hias..ko pun masih upload gambar2 sendiri untuk tonton umum termasuk lelaki yg bukan mahram
Quote bungarose 1-2-2021 08:21 AM
Orang lain menuntut ilmu alQuran bertahun2 dengan ustaz ulama..berguru bertahun2 nak fahamkan maksud alQuran pun tak tunggang agama mencanang iman dah bertambah untuk tarik pembeli
Quote asma87 1-2-2021 08:40 AM
So nanti iman menurun pom kena bukak benang gak la ye...
Quote Masukkeluar 1-2-2021 08:40 AM
Edited by Masukkeluar at 1-2-2021 08:45 AM

bijak dak niqabis..serampang dua mata
lepas ni mcm mcm boleh jual sbb segala database netizen dah ada.lol
05E78C6C-98D7-48BE-B223-67C482699A24.png
Quote h0lysh1t 1-2-2021 08:40 AM
wahhh hebat betul boleh ukur iman sendiri
Quote dubuk 1-2-2021 08:44 AM
tungganggggg apa hari ni
Quote emera 1-2-2021 08:44 AM
Dah level2 sohai dah ni
Quote akies 1-2-2021 08:48 AM
apa2 je la lofa..
Cuma nak tau jadi tak kawin ni.
Dh masuk feb
Quote MontanaHannah 1-2-2021 08:49 AM
Dajjei betul dia ni

dengan pakai purdah ketat terconoit  hujung hidung nampak

dengan perasan dengan segala perasan

dia karang caption dlm bhs inggeris tu mesti  tanya Ameera adik dia tu dulu

muahahhahahhaha

entahlah...

dengan kuku berwarna ,mengundang juga fitnah tu

dia ni xnampak mcm nak tutup-litup tp dia lebih kepada nak show off dan nak lebih serba-serbi dari org lain.

Itu pandangan aku ke ko lah katek.

ko xnampak mcm solehah ko tampak mcm show off xketahuan hala.

Sekian.
Quote badai 1-2-2021 09:07 AM
Suara dia kah nanti baca terjemahan...
Quote yusryimran 1-2-2021 09:17 AM
asma87 replied at 1-2-2021 08:40 AM
So nanti iman menurun pom kena bukak benang gak la ye...

kan iols baru nak kata benda yg sama
Quote Belibis 1-2-2021 09:26 AM
bungarose: Ya rabbi..iman bley ukur sendiri ker Sudah2 ler menunggang agamaKalau nak menjual apps produk baru pun, jangan ler sampai tahap mencanang iman s ...

Kena pm dia laaa,mana tau dah jual penimbang iman digital.
Quote rogayahtop 1-2-2021 09:27 AM
Kelas kau ecommerce app menonggang siap boleh beli banana milk sambil baca tafsir quran.  
Quote MentariSenja 1-2-2021 09:34 AM
Bab baca terjemahan sekali tu aku setuju lah. Bila kita faham apa yg kita baca, kita lebih faham agama kita. Jadi tak lah senang dipengaruhi dengan fitnah2 diluar sana. Now al Quran utk budak2 / beginner pun dah ada terjemahan dan penerangan sekali. Tapi idoklah aku gigih nak pakai apps ni semua.......aku old skul
Quote stania83 1-2-2021 09:38 AM
Lofa pergila jumpa psychiatrist kalau buat apa pon masih tak tenang dan rasa tak mencukupi.
Quote bakingsoda 1-2-2021 09:39 AM
dlm app noor tu siap ada imaan measuring tool jugak kah
Quote GegarVaganja 1-2-2021 09:44 AM
bakingsoda replied at 1-2-2021 09:39 AM
dlm app noor tu siap ada imaan measuring tool jugak kah

Wow. Kalau ada kena download ni, nak delete apps Mizz Nina. Tak boleh nak ukur iman apps Mizz Nina tu. Jauh ketinggalan.

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.067129 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top