CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Mencanak Sebab Pelaporan Lewat - Dr Noor Hisham

31-1-2021 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3260| Komen: 13

Jumlah kes baharu meningkat mendadak yang direkodkan tiga hari berturut-turut disebabkan oleh pelaporan lewat kes ke Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Kredit foto: YouTube HMetro

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila memaklumkan jumlah kes berkenaan turut merangkumi kes-kes yang dikesan positif pada tahun lalu.

"Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa negeri.

"Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini sudah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar seperti klinik dan hospital swasta.

"Terima kasih kepada fasiliti swasta yang melaporkan kes segera menggunakan SIMKA dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian Covid-19 mereka.

"KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan Covid-19 di Malaysia," katanya.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-2-2021 12:24 AM
group telegram whatsapp takkan takde? boleh update manual kt whatsapp telegram.  takkan nak tunggu ahmad maslan buatkan telegram whatsapp group?

buat peringkat daerah, negeri and negara. limitkan timer waktu last update. mcm pos laju last jam 12 tgh hari kalau tak pos esok.

( mode palatao, walhal takut kena cucuk jarum, harap vaksin dalam bentuk capsule)
Quote supernaturalee 1-2-2021 12:29 AM
CiliPadiSedap replied at 1-2-2021 12:24 AM
group telegram whatsapp takkan takde? boleh update manual kt whatsapp telegram.  takkan nak tunggu a ...

Klu capsule lmbt lh kot efek nya
Tup2 dh terberak
Langsung ke jamban capsule tu


Quote cumie 1-2-2021 12:53 AM
hari - hari kes makin banyak..{:yameteh
Quote cumie 1-2-2021 12:55 AM
hari - hari kes makin banyak..
berapa lama lagi nak pkp.. tepu rasanya.
next week ni la nanti kan baru nak update next move..
Quote otai_g 1-2-2021 06:10 AM
Tetiba teringt kes abg yg cmfrm + tu, pastu van kkm x dtg collect. So abg tu pg jalan2 dulu . Nasib la kalo da tersebar kat org lain.
Quote AbukRokok 1-2-2021 07:26 AM
kasi kumpul... pastu lepaskan nombor
mkcik kiah tgk tv petang2 tgk jumlah nombor terus jadi histerika bagaikan lg 1 jam nk kiamat
Quote caprut 1-2-2021 07:42 AM
Mana la penjilat DG.
Quote caprut 1-2-2021 07:49 AM
Bazir duit je. Kawan ko haritu da pencen tp masok kjer balik. Dr siapa tah. Byk lg pakar dlm public health care
Quote adila39 1-2-2021 07:55 AM
kilang kilang massively buat screening so partly thats the reason tinggi total kes so personally i think its better to have big figures so kita lebih aware how serious covid ni and by march onwards hopefully numbers menurun
Quote Tinot7 1-2-2021 08:09 AM
CiliPadiSedap replied at 1-2-2021 12:24 AM
group telegram whatsapp takkan takde? boleh update manual kt whatsapp telegram.  takkan nak tunggu a ...

iols rasa mmg ada time limit.. tapi biasa la, org minta tangguh.. mungkin depa ada masalah nak laporkan atopon sblm ni mmg laporan gomen shj, la ni amik drp sektor swasta.. wallahualam.

beksin oral mcm polio jaman dolu2 tu sbb mod jangkitan cenggitu. mod jangkitan kobid melalui saluran pernafasan. maka beksin cucuk tu utk stimulate badan punya sel darah putih. kalau pada jaman akan dtg, depa buatkan beksin jenis sedut udara, kaka voley amik la masa tu... pembuatan beksin sedut udara ni mungkin akan dikaji sbb nak elak jangkitan melalui saluran pernafasan. stakat ni, beksin cucuk hanya voley stimulate badan utk lawan jangkitan, bkn utk elakkan penyebaran/penularan.
Quote rikiruj 1-2-2021 09:43 AM
pkp nak tamat 4/2 tapi kes makin bertambah... kesian gak gomen & kkm.. buntu..  nak full lockdown rakyat tak boleh cari makan, nak bagi bantuan duit dah abes.  Tak lockdown kes makin naik dan sampai satu tahap bila dah tak boleh manage.. lantak pi lah sapa kena sapa mati.. harap pada vaccine roll-out je lah.. semoga kita diselamatkan daripada bala ini..
Quote pu3_rania 1-2-2021 12:22 PM
Adakah data yang dikeluarkan oleh KKM setiap hari berintegriti dan reliable?
Sorry to say kepercayaan aku dah semakin goyah semenjak keluarnya isu 'Backlog Cases' yang mana seolah data boleh di manipulasi demi untuk menutup kelemahan @ kepentingan pihak2 tertentu !!!
Tidak mustahil angka terkini (bukan data dari backlog cases) yang sebenar adalah melebihi dari yang di warwar kan sekarang
Quote Ain_h 1-2-2021 09:16 PM
Semoga wabak ini habis cepat

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051653 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top