CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gaji RM5,500, Lelaki Ini Mahu Berhenti Kerja Kerana Tak Gembira

31-1-2021 08:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8736| Komen: 69




Tidak dapat dinafikan pandemik Covid-19 memberi kesan besar terhadap ekonomi sehinggakan ramai yang terjejas pendapatan serta syarikat banyak yang gulung tikar.

Namun, di saat-saat sukar ini ada pula yang mahu berhenti kerja pula hanya kerana bosan dengan pekerjaan tersebut dan tidak gembira di tempat kerja.

Menerusi satu perkongsian di Facebook RicebowlMY, seorang lelaki berusia 27 tahun dan menerima gaji sebanyak RM5,500 sebulan kini dalam dilema.

Dia yang bekerja sebagai pembantu IT dalam bahagian perkhidmatan pelanggan sejak empat tahun lalu berkata sudah bosan dengan rutin pekerjaan serta tiada peningkatan kerja meskipun menerima gaji yang agak lumayan.


Ujarnya, dia tamat pengajian pada usia 23 tahun dan memiliki diploma perisian kejuruteraan.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan gaji yang diterimanya agak tinggi lebih-lebih lagi baru berusia 27 tahun.

Dalam pada itu, ada yang menasihatkan ini bukannya masa untuk berhenti kerja apatah lagi ramai yang terdesak memerlukan pekerjaan.




SUMBER: World of Buzz
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 31-1-2021 08:39 PM
Sejenis manusia tak bersyukur
Quote Orix 31-1-2021 08:53 PM
Itzy: Sejenis manusia tak bersyukur


Oh please. Sbb dia bersyukur la dia berhenti kerja bg peluang pd org lain utk dpt kerja tu pulak. Kalau dia x bersyukur dh lama dia bunuh diri jah. Hidup semata bersandarkan pada duit mmg kasihan. Life punya value is more than money punya value.
Quote lattehazelnut 31-1-2021 09:06 PM
Kerja perkhidmatan pelanggan, customer service mmg stress.. mmg high turnover kerja mcm tu..
Dia stuck 4 thun pun kire tabah gak.. klau x biasa setahun pun xsampai..
Quote aderaderker 31-1-2021 09:24 PM
Ko nak stress masa kerja dgn gaji lumayan or stress tadak keja nak makan pun susah..
Lu pikir lu pikir...

Quote ladybugz 31-1-2021 09:30 PM
jgnla perlekehkan ape yg die rase. maybe die dah burn out. maybe he is on thr brink of losing his mind. lain org lain tahap boleh terima tekanan. org mcm ni kene srround himself with non toxic people. semoga dpt kawan yg baik yg bolrh naikkan semangat.
Quote Lagubestbest 31-1-2021 09:36 PM
Edited by Lagubestbest at 31-1-2021 09:38 PM

Quote AshKetchum 31-1-2021 09:41 PM
eh babi. ko tu grad diploma jah tapi gaji ko lebih level degree dah ko sekolah tak?
Quote AshKetchum 31-1-2021 09:43 PM
fresh grad degree pon susah nak dapat keja yang ko takat diploma jah ada keja tetap gaji sedap dah kenapa nak menggelabah tetek bagai nak berhenti keja hah babi?
Quote AshKetchum 31-1-2021 09:45 PM
so ko nak keja kat kandang babi ke baru rasa gembira gituh?
Quote Ahgerbitch 31-1-2021 09:51 PM
I is envy...since dia dh tk happy, then quit je la..kang nnt ada yg terjun tingkap...burn out sgt tu  kesian
Quote kaedahnya 31-1-2021 10:00 PM
berhentila dik. dah agak agak boring bila dapat kerja best tapi gaji kecik nanti mintak la balik kerja lama. ke dia nak buat kompeni sendiri? kalau saya ni cerdik pandai cemerlang best, saya pun kerja sendiri kumpul harta. tapi apakan daya, saya insan mediocre saja.
Quote AbukRokok 31-1-2021 10:07 PM
bila anda bergaji 1200 baru anda reti perasaan tak gembira yang sebenar
Quote Perawankota 31-1-2021 10:18 PM
Last gaji aku keje byk tu lah, termasuk allowance. Tapi aku pilih utk berhenti, sbb mmg dah tahan nak keje, mcm2 nk kena achieve.. Lepas resign, barulah rasa ilang stress..
Quote Skuau 31-1-2021 10:25 PM
aderaderker replied at 31-1-2021 09:24 PM
Ko nak stress masa kerja dgn gaji lumayan or stress tadak keja nak makan pun susah..
Lu pikir lu p ...

'Keseimbangan'.
Quote lalabeez 31-1-2021 10:34 PM
Elok la quit. Mental health lebih important. Aku pon lagi 2 hari nk tinggalkan kerja aku yg buat aku mcm nak mati. Sikit lagi kene jumpe doktor gila. Gaji Mmg banyak. Kalau aku stay boleh earn 10k at the age of 32 ni. Tp aku akan abaikan suami dan anak2 aku sbb kerja mcm hamba abdi. Tak sabo aku nk hadap lagi 2 hari. Yayyyyyyyyyyy
Quote bondeh 31-1-2021 11:51 PM
Ada je sejenis camnih. I benti kerja yg 1st walau gaji lebih dari kerja yg 2nd.  Interviewer tanya kenapa quit, I jawab sebab tak happy, boss suka provoke, toxic environment.. now kerja sekarang my colleague jealous dgn I sebab I tak stress, jawapan I senang, I'm happy with my job. Gituhhh... Tibehhhh
Quote Meiizu 1-2-2021 12:09 AM
bondeh replied at 31-1-2021 11:51 PM
Ada je sejenis camnih. I benti kerja yg 1st walau gaji lebih dari kerja yg 2nd.  Interviewer tanya k ...

Hamikkkk ko honest sgt..kalau ikut prinsip HR katanya jgn kutuk previous co.
Apapun tahniah.
Semoga u hepi ever after wajahaha gitu
Quote epuepy 1-2-2021 12:14 AM
lalabeez replied at 31-1-2021 10:34 PM
Elok la quit. Mental health lebih important. Aku pon lagi 2 hari nk tinggalkan kerja aku yg buat aku ...

Argh. Sama la! Sebelum aku terjun bangunan sbb stress dgn keje, baik resign.

Mental health lagik important.
Quote 3480 1-2-2021 12:22 AM
Jgn la peleceh prasaan org.. lain org lain tekanan.. Aku ni pon tgh stress ya amat dgn org2 kt tmpt kja aku.. ada msa mcm mental.. toxic environment sggh.. dgn bos yg menghukum dgn alasan x logic, dengaq seblah pihak saja terus hukum, member2 sekerja yg kuat jeles, tikam blkg, kaki bodek.. Aku dh penat buat habih baik job Aku ni ikut keupayaan aku.. semua x kena.. Aku suka kja ni tp Aku benci org2 sekeliling aku.. Gagah bertahan sbb duit ja.. nk bayau utang

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.105403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top