CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Ramal 'Ribut' Solar CME Terbesar Akan Landa Bumi

31-1-2021 08:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4450| Komen: 20

Description: SEKUMPULAN pengkaji meramalkan fenomena Pelepasan Massa Koronal (CME) terbesar bakal melanda bumi.



SEKUMPULAN pengkaji meramalkan fenomena Pelepasan Massa Koronal (CME) terbesar bakal melanda bumi.

Analisis yang dijalankan kumpulan pakar itu dan diterbitkan dalam Space Weather journal, menjangkakan, 'ribut' solar terbesar berkenaan 10 kali lebih kuat daripada yang diramalkan sebelum ini.

Pada 2014, Saintis dari NASA JPL, Bruce Tsurutani dan Saintis dari Institut Geomatik, Gurbax Lakhina mendedahkan mengenai CME yang mampu menghasilkan ribut magnet yang lebih kuat berbanding 'ribut' Carrington.

Carrington sebelum ini disifatkan sebagai ribut geomagnetik terbesar pernah direkodkan, di mana kekuatannya dapat dirasai di kebanyakan lokasi.

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan kejutan 'ribut' solar antara planet akan mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke bumi.


Ia sekali gus memberi masa kepada pasukan kecemasan untuk bersedia menghadapi fenomena itu.

Malah, CME susulan juga dijangka berlaku selepas CME pertama sampai ke bumi.



Sumber : Astro Awani
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 31-1-2021 08:55 PM
adakah ni hari kebangkitan? sbb tak silap hari kebangkitan semua teknologi akan musnah dulu termasuk iphone dino
Quote isseliparjepun 31-1-2021 09:11 PM
Causing temporary blackouts in navigation and communication signals. Sumber google. Macam movie2 holiwud, satu dunia tak dapat contact.
Quote isseliparjepun 31-1-2021 09:11 PM
Causing temporary blackouts in navigation and communication signals. Sumber google. Macam movie2 holiwud, satu dunia tak dapat contact.
Quote zacks 31-1-2021 09:12 PM
Bakal berlaku bencana mcm filem hollywood The Knowing kah?

Quote sharlenetexas 31-1-2021 09:22 PM
The day the earth stands still
Quote AbukRokok 31-1-2021 09:48 PM
ehhh dah nak habis dah ke Solar Minimum?
Quote eragon 31-1-2021 09:48 PM
sharlenetexas replied at 31-1-2021 09:22 PM
The day the earth stands still

movie keanu reeves ker. stood still
Quote grouper 31-1-2021 09:53 PM
Kena cepat2 beli aluminum foil byk2 nak balut kepala ngan alat elektronik..klau x nnt rosak plak
Quote glump 31-1-2021 10:03 PM
Bila jangkaan tu?
Quote izwan_izi 31-1-2021 10:17 PM
grouper replied at 31-1-2021 09:53 PM
Kena cepat2 beli aluminum foil byk2 nak balut kepala ngan alat elektronik..klau x nnt rosak plak

Ehh..Aluminium tu bukan ke bersifat konduktif..

baik pakai plumbum..X-ray pun tak lepas nk  tembus..
Quote Adrif 1-2-2021 02:26 AM
geomagnetik storm ni.. maknanya camana? dia mengganggu radiasi, gelombang semua jenis ka?
dia bukan macam electromagnetic pulse kan?

tak berapa faham la.
Quote kelapaparut 1-2-2021 08:19 AM
maksudnye semue barangan elektronik di dunia jd xberguna ke, tmasuk xde letrik, telepon segale ke..
Quote kakikuDibibirmu 1-2-2021 08:21 AM
Still loving you
Quote FOTHER-MUCKER 1-2-2021 08:31 AM
Bbc documentary solar storm
[youtube]iJ7u558Kxog[/youtube]
Quote dizekni 1-2-2021 08:39 AM
Saintis hanya mampu meramal

Allah tetap yang Maha Berkuasa

dan Maha Mengetahui
Quote dubuk 1-2-2021 09:02 AM
sesiapa nak lari masuk hutan ada port baik punya jangan lupa tag aku...
Quote CikB 1-2-2021 10:59 AM
takut nya rasa
Quote Artemesiaa 1-2-2021 11:22 AM
Selalunya lebih banyak aktiviti aurora kelihatan terutama ditempat yang jarang ia kelihatan selain bencana alam.
Quote zuuu 1-2-2021 02:13 PM
The beginning of the ending???hanya tuhan yg tahu...kalo impak ribut solar ni effect kat teknologi yg ada skrg selari ngn salah satu konspirasi teori yg dibincangkan,hilangnya teknolgi,back to basic,bencana alam,kemarau 3 tahun diikuti ngan ketibaan dajjal,imam mahdi ngan nabi isa...tanda2 besar kiamat

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.053661 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top