CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keengganan KKM kongsi data buat kami 'bertinju' dalam keadaan mata tertutup - Dr Dzul

31-1-2021 08:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2640| Komen: 17




KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sekali lagi meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berkongsi data mentah COVID-19 kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Beliau berkata, ia bagi memastikan langkah lebih efektif dapat dikenal pasti bagi menangani pandemik itu.

Jelas Pengerusi Selangor Task Force for COVID-19 (STFC) itu lagi, keengganan pihak KKM berkongsi data berkenaan, menyebabkan Kerajaan Negeri seolah-olah ‘bertinju’ dalam keadaan mata tertutup dan tangan terikat.

“Umpamanya kalau kita bertinju, umpama mata kita ditutup, tangan kita diikat. Data sharing ini adalah sangat penting dan ia bukan data sharing bersabitan dengan data peribadi.


“Yang kita katakan, ini adalah data anonymous. Kita tidak kenal pun siapa (pesakit), kerana ia masih dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (PDP), Akta Kesihatan…itu kita tiada pertikaian.

"This is the way moving forward, maaf kalau saya katakan. Ini adalah jalan keluar untuk kita mengatasi rebakan gelombang ketiga ini dengan berkesan. Dan saya harapkan perkara ini dapat diperhatikan dan dipertimbangkan, dan segera dilaksanakan.

“Ini juga yang diminta surat terbuka sejumlah pakar kesihatan kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), dan saya harap perkara ini dapat diperhalusi dan diambil tindakan segera," katanya lagi.

Dalam sidang Parlimen November lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, pihak Kementerian enggan berkongsi data mentah COVID-19 dengan pihak lain termasuk Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Dr Adham mendakwa tafsiran berbeza terhadap maklumat ini boleh menyebabkan kekeliruan dan orang ramai menjadi panik.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly mengakui ada masanya Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik seperti kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ataupun Bersasar.

Namun, jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi lagi, perkara itu perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin bagi memastikan ia lebih efektif dalam menangani pandemik itu.

Ujarnya lagi, Selangor telah mencadangkan beberapa perkara yang bersifat proaktif, berbanding tindakan reaktif seperti yang dilaksanakan sekarang.

“STFC mutakhir ini mengesyorkan satu program proaktif (bukan reaktif) iaini Program POIS atau 'Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) atau 'Mencegah Tercetus Perebakan di Tapak-Tapak Penularan'.

“POIS merupakan kerjasama pintar 3-Penjuru (Tripartite Partnership) secara sukarela (voluntary), antara "Kerajaan Negeri-Majikan-NGO", dimana tumpuan utama diberikan termasuk menjalankan saringan berkala di semua kilang dan tempat kerja (termasuk tapak-tapak binaan),” katanya lagi.



Sumber : AstroAwani
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 31-1-2021 08:29 PM
kenapa nak  react  seolah-olah ko masih menteri ???

bukan ke dulu ko  kata corona  xde apa...rakyat xperlu panic


ohh xboleh beritahu itu ini ,takut rakyat panic



pergi mampuslahhhh buat apa ko merayu disini
Quote aint 31-1-2021 08:47 PM
hallo... ko bkn menteri kesihatan... utk apa KKM nak kongsi data dgn ko??? ko takda kuasa nak wat keputusan atau tindakan pun...

Quote dodolgemok 31-1-2021 08:54 PM
Haa bodoh2 yg salahkan Dr dzul sebab Selangor paling byk kes tu. Nampak tak betapa limitnya kuasa negeri dlm menangani kes ni kalau xdpt kerjasama drpd Federal?? @badaksumbu @harisbee
Quote dodolgemok 31-1-2021 08:54 PM
aint replied at 31-1-2021 08:47 PM
hallo... ko bkn menteri kesihatan... utk apa KKM nak kongsi data dgn ko??? ko takda kuasa nak wat ke ...

Aik, lepastu kau org salahkan dia sbb task force negeri xdpt kurangkan kes di Selangor. Kau org nak apa ni? Melalak?
Quote aint 31-1-2021 09:11 PM
dodolgemok replied at 31-1-2021 08:54 PM
Aik, lepastu kau org salahkan dia sbb task force negeri xdpt kurangkan kes di Selangor. Kau org na ...

suka hati iols la... nk melalak ke nak merempan ke...

takat task force negeri selangor tu... huh.. mmg takkan dpt bendung kes covid19 dlm selangor ni walopun kkm kongsi data...
Quote dodolgemok 31-1-2021 09:16 PM
aint replied at 31-1-2021 09:11 PM
suka hati iols la... nk melalak ke nak merempan ke...

takat task force negeri selangor tu... h ...

Mmg laa, sebab kuasa besar masih terpegang pd peringkat Federal. Task force negeri ni setakat nak bantu dri segi saringan setempat, kawal selia kilang yg jadi kluster, dan terbaru pemberian vaksin percuma kpd anak negeri Selangor. Tu je lah yg mampu dibuat di peringkat negeri. Baik lgi lah tu drpd negeri lain yg kes ringgi tpi tak da task force langsung, malahan lebih teruk, bajet negeri xda masukkan apa2 imbuhan covid.
Quote dizekni 31-1-2021 09:17 PM
Patut la PH failed

bodoh2 belaka ahli politiknya

tak dapat info sebab apa

sebab ko tak dipercayai ka

tak kompeten ka
Quote fealefea 31-1-2021 09:21 PM
Sebenarnya selangor kene tahu dgn tepat data jangkitan covid dgn tepat supaya kita bole cantas punca jangkitan. Jgn la benda ni dipolitikkan. Penting untuk semua. Dah mati nanti tak tanye ko sokong PH ka PN ka.
Quote tungkai 31-1-2021 09:33 PM
So negeri lain Johor, Sabah, Kelantan etc......cemana diorg buat? Takkan Selangor aje yg merempan?
Quote zidane_ziege 31-1-2021 09:34 PM
Gitu lah kerajaan PN  gagal total..dah gagal sabotaj lepas tu salahkan org lain..

Dah la gagal..hati busuk..nak peniaya org pulak..
Setan betul
Quote badaksumbu 31-1-2021 09:36 PM
sbb kkm tak kongsi raw data la kerajaan negeri selangor blh terfikir nak lancarkan kempen 'nak bercuti, jom pusing selangor' ke apa tu?

sembang

Quote tripleid 31-1-2021 10:22 PM
[fbp]https://www.facebook.com/suararakyatpage/posts/1832624263582749[/fbp]
Quote Orix 31-1-2021 11:10 PM
aint: hallo... ko bkn menteri kesihatan... utk apa KKM nak kongsi data dgn ko??? ko takda kuasa nak wat keputusan atau tindakan pun...


Habistu ape kejadah KKM kongsi data dgan semua rakyat Malaysia tiap hari duk umum kt tv ? Rakyat malaysia ada kuasa nk wt keputusan n tindakan kewwwww
Quote kakigebang 1-2-2021 09:33 AM
NI la bahana covid dipolitikkan,semua nak tunjuk hero ..PN nak tnjuk hero one man show, menteri kk nk tunjuk dia jaguh, last2 yg koyak dr sham gak buat keje sorang2..bila pembangkang nk bekerjasama taknak, bodo sommbong, pembngkang pun rajyat jugak yg undi, kerajsan mngaku je la korang  fail nk contain kobid, yg nmpk buat keje dr dham sorang je, menteri mnyorok celah ketiak abah cow dgn paklong msk cow
Quote rogayahtop 1-2-2021 09:37 AM
Metriks apa yg dr nak yg takda dlm data KKM publish tiap2 hari tu? Akak tgk state punya fb pun ada publish data yg lagi detailed dari twitter kkm.
Quote dodolgemok 1-2-2021 11:31 AM
tungkai replied at 31-1-2021 09:33 PM
So negeri lain Johor, Sabah, Kelantan etc......cemana diorg buat? Takkan Selangor aje yg merempan?

Negeri lain mana ada task force sendiri mcm Selangor. Semua ikut Federal jah.
Quote dodolgemok 1-2-2021 11:33 AM
rogayahtop replied at 1-2-2021 09:37 AM
Metriks apa yg dr nak yg takda dlm data KKM publish tiap2 hari tu? Akak tgk state punya fb pun ada p ...

Data tu lain, setakat berapa bil pesakit positif, Negeri mana paling tinggi semua tu data dh diproses. Data raw yg lebih detail yg state perlukan utk Sama2 bendung wabak ni. Bukan setakat ikut Federal jah dgan sop caca marba, polisi kesihatan tunggang langgang sbb nak ikutkan politician. Kalau setakat ikut data kt TV tu xda la state nak meroyan mintak data share drpd kkm.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039159 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top