CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Dalam Tong Air, Badan Cedera Dan Lebam -Budak 7 Tahun Mati Didera Ibu Kandung Dan Bapa Tiri

30-1-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14419| Komen: 119

Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, dengan kesan cedera dan lebam di anggota badan, petang hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai didera ibu dan bapa tirinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kira-kira 4 petang, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air di rumahnya.

Bagaimanapun, katanya, siasatan di tempat kejadian, polis mendapati ada kesan lebam serta kecederaan di anggota badan kanak-kanak itu.


Foto: Harian Metro


"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Ayer Keroh esok. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MentariSenja 30-1-2021 08:57 AM
Kesian nya. Entah berapa ramai lagi budak didera diluar sana. Syurga tempat mu dik. Al Fatihah.
Quote dua_chzy 30-1-2021 10:45 AM
Tu la bodoh. Kongkek tunggang terbalik saja ngkau tahu. Bila benih kuar, malas jaga, end up sampai mati budak tu ngkau dera bila tak dengar cakap ngkau kan? Harap akak2 abang2 polis dera mereka dalam tahanan. Persetankan human rights.
Quote Nana_Man 30-1-2021 10:48 AM
Nmpk kt fb.. arwah ni namanya Amir. Baru tahun lepas mak dia amik budak ni balik dari ruma keluarga angkat.
Quote Nana_Man 30-1-2021 10:49 AM
Dari FB.... CA2E1899-0ADF-4ADA-A31D-F5F584F0C7DE.png A7095836-61E8-4EB4-B0D8-3401D133D484.png 4285F1ED-54D1-4AD4-999B-35CF01BD06B1.png 216985D9-C638-47C6-A6B2-4829B5772800.png 0570F69E-CB42-4406-B4C9-1180CCEF4C65.png
Quote Nana_Man 30-1-2021 10:51 AM
Kalau korang tgk video kt fb tu, family angkat sayang sgt kt budak ni. Semua nangis masa nk lepaskn budak ni. Hati iblis betul yg buat mcm gini.
Quote chandrahusin 30-1-2021 10:57 AM
Mati dgn ibu kandung
Pdhal keluarga angkat jaga elok
Celaka betul
Quote Yunbin 30-1-2021 11:10 AM
Tak faham dgn manusia cam ni.. dah elok family angkat jaga budak tu ko sibuk nak amek..lepas tu pergi dera..ke mak dia insecure budak tu lagi sayang family angkat?
Quote husie91 30-1-2021 11:18 AM
Sedihnyaa baca cerita2 mcm ni..
Quote bluebutter 30-1-2021 11:20 AM
Yg hilang tu ke?
Quote bluebutter 30-1-2021 11:23 AM
Rumah besar lawa pun nk dera budak. If miskin tu lain lah.
Quote VespaSilbe 30-1-2021 11:23 AM
Allahu... Mesti sedih keluarga angkat bila dapat tau
Mak dari neraka betul lah pompuan ni
Baik aritu takyah ambik
Family tu dah jaga elok ja sebelum nih

Aku pulak yang nanges
Moga syurga tempatmu Amir
Quote nanies 30-1-2021 11:27 AM
kesian kan, baik family angkat dia yg bela dia... bg kat mak kandung, habis kena dera budak ni. dia kena amik dr bulan 10, byg kan almost 4 bulan dia sakit kena seksa.
Quote MissyMolly 30-1-2021 11:29 AM
Nana_Man replied at 30-1-2021 10:51 AM
Kalau korang tgk video kt fb tu, family angkat sayang sgt kt budak ni. Semua nangis masa nk lepaskn  ...

Betul siap pesan bila besarrrrr.. sempat besar 3 bln jer drp famili angkatttt... mgkin depa adik beradik dah besar2 so arwah ni tumpuan semua nk manja2.. dah dia yg plg kecik..  parents ni nk kata dia lemas main air ker? Odo gila.. kesan luka cedera dera tu ko nk tutup mana? xpenah tgk drama csi nih.. post mortem boleh predict la punca kematian.. ngek!
Quote salmon-suki 30-1-2021 11:33 AM
Nana_Man: Dari FB.... 551037  551036  551035  551034  551033


Wehhhhh..kesiannyaaaa..ni mesti spesis bapak tiri ngn mak kandung bodoh..msti betina tu pregnant out of wedlock..pstu dia bg kt org lain jaga..tp ai heran,knp dia nak ambik balik arwah?sbb dah xleh pregnant lain?
Quote bakingsoda 30-1-2021 11:43 AM
ya Allah ni mesti mak kandung berdarah kacukan setannn. sedih weh tengok video kat fb masa family angkat nak lepas patutnya kena buat undang2 lah family angkat yg jaga anak angkat bertahun dgn baik diberi hak sepenuhnya utk tidak pulang pada ibu kandung. budak tu sendiri dah anggap mak angkat mcm mak sendiri, ibu kandung tu mcm orang asing je. mesti rasa sangat teruk kena pisah dgn family angkat pastu duk dgn ibu sendiri kena dera sampai mati.
ni video tak reti tepek https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3309589535798535&id=100002425641255
Quote airmineral 30-1-2021 11:53 AM
confirm ek kena dera?
kesiannyaaaa meti sedey gile family angkat dia
Quote Kurex 30-1-2021 11:55 AM
Mesti mak dia asal berlaki
Quote Kurex 30-1-2021 11:58 AM
Ke bapak tiri mangsa ni penagih?
Quote Orix 30-1-2021 12:02 PM
bakingsoda replied at 30-1-2021 11:43 AM
ya Allah ni mesti mak kandung berdarah kacukan setannn. sedih weh tengok video kat fb masa family an ...

Dalam isele kan lobai selalu tekan kan syurga bawah tapak kaki ibu...... hukum aurat dengan keluarga angkat bukan susuan......... sejahat mana pun ibu dia tetap ibu kamu bla3.... mananya nk lulus undang2 sebegitu... pernah dgar lobai duk bahas psal ibu bapa derhaka insteaf of anak derhaka ? Dats y rmai mak bapak budak ni igt dia berhak n berkuasa atas anaknya didera smpi mati

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.143949 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top