CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jadi, Hanya Tinggal Empat Sahaja Lagi Yang Saya Masih Berhutang", Ogy Langsai Hutang 30 Kru

28-1-2021 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9051| Komen: 39





Hampir setahun berlalu, namun isu bayaran yang masih tertunggak membabitkan penerbit teater Korupsi Dewan Semandung, Fauziah Ahmad Daud dengan pelakon dan kru masih belum berpenghujung. Soal hutang belum diselesaikan masih terus menjadi bahan ungkit mengungkit.

Terbaharu, penulis skrip teater, Aloy Paradoks pula meluahkan kekecewaannya dalam media sosial apabila hingga kini, baki bayaran atas hasil titik peluhnya belum dilangsaikan.

Mac tahun lalu, isu hutang pernah mencetuskan kekecohan apabila pengarah teater, Khir Rahman dan beberapa pelakon meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan syarikat produksi milik Fauziah atau Ogy, Ventures & Network melunaskan bayaran penuh hingga ada antara mereka membuat laporan polis.


Tidak pernah terfikir lari daripada membayar hutang, Ogy berkata, terbaca luahan Aloy termasuk komen ditulis netizen yang rata-rata menghentam tanpa mengetahui cerita sebenar.

"Saya memang tak muat naik apa-apa mengenai isu bayaran tertunggak sejak isu ini kecoh. Jika buat bayaran, saya lebih suka membuat secara senyap-senyap. Tak perlu nak hebahkan dalam media sosial, lagi pun, itu bukan cara saya.

"Sejujurnya, saya tak pernah rasa takut, tergugat atau jatuh reputasi hanya kerana luahan dan komen ditulis netizen. Ini kerana saya sudah mengotakan janjikan, sebelum ini. Saya tak pernah lepas tangan.

"Bagi saya, hutang wajib dibayar dan saya berusaha menjelaskannya walaupun belum habis sepenuhnya," katanya kepada BH Online.

Ogy berkata, dia mengambil pendekatan untuk memaafkan sahaja mereka, biarpun ada yang cuba menjatuhkan reputasinya.

"Tak perlu nak memperbesarkan kerana tidak membawa sebarang manfaat. Mungkin Aloy selesa dengan cara sebegitu iaitu dengan menyerang saya dalam media sosial. Terpulanglah pada mereka nak buat apapun. Saya tetap dengan cara saya, malas bersoal jawab dalam media sosial.

"Saya akui berhutang dengan 34 orang. Daripada jumlah itu, bayaran untuk 30 orang sudah dilangsaikan sepenuhnya. Jadi, hanya tinggal empat sahaja lagi yang saya masih berhutang. Itu pun jumlahnya tidaklah banyak. Macam Aloy, saya sudah menjelaskan bayaran sebanyak 80 peratus. Ada baki 20 peratus sahaja lagi.

"Seperti ditegaskan sebelum ini, saya bukanlah seorang yang suka nak hebahkan soal bayaran dalam media sosial. Cuma, saya ada menyalurkan maklumat mengenai pembayaran kepada peguam untuk direkodkan," katanya.

Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 1987 itu berkata, dia sanggup menggunakan wang hasil lakonan dan pendapatan diperoleh daripada bisnes untuk membayar hutang yang tertunggak.

"Saya berusaha keras dan mencari pembekal untuk memasarkan produk makanan. Apabila dapat duit hasil lakonan, selepas ketepikan untuk menampung perbelanjaan harian, selain anak yang masih bersekolah. Bakinya saya gunakan untuk membayar hutang," katanya.



Sumber : BeritaHarian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 28-1-2021 12:16 AM
Brp banyak benang daaaaaa
Quote missHaidiD 28-1-2021 12:29 AM
Sukati ko la ogy.  Next
Quote Perawankota 28-1-2021 12:57 AM
20% tu berapa Banyak pulak? Mesti ribu2 LG kan
Quote little_sis 28-1-2021 04:48 AM
Ok la tu dah nak abis utangnya.. wpun lambat, janji bayar..
Quote jojie 28-1-2021 04:58 AM
Semoga dipermudahkan untuk bayar hutang.
Quote dudaberhias 28-1-2021 06:02 AM
Sebab perangai ogy punya pasal la jadi macamni, orang tak puas hati sana sini. Dah dia pun katanya suka menjerit2 dekat orang. Tengok la live mengacara pun dah tahu. Soo full of herself. Duk ulang2 la anugerah bintang popular dia tu sampai mampos. Sekarang ni apa anugerah tu boleh buat dekat dia? Sebagai pelaris untuk pes dia pun belum tentu. Tapi ya dia ni memang sombong betul bercakap, angkuh pun angkuh. Adik dia lagi ok.
Quote chandrahusin 28-1-2021 06:14 AM
Ramai rupanya
Ogy berhutang
Moga dipermudahkan urusan
Ogy bayar hutang
Quote annadonna 28-1-2021 06:45 AM
Kesian jugak. Dia tak tipu org. Dia yg kena main sebenarnya org janji nak bagi duit. Tapi dia senyap je tak mention nama org yg janji dia. Dia pun tau dia silap takde black white. Nak jadi penerbit takde ilmu susah jugak kak. Tapi respeklah dia bayar dgn duit dia sendiri. At least dia bayar.
Quote fadz84 28-1-2021 06:55 AM
Mesti serik dh yg kna tu keje ngn dia
Quote nsmy 28-1-2021 07:39 AM
Alhamdulillah kak ogy..semoga Allah permudahkan
Quote Normabaru 28-1-2021 07:47 AM
dudaberhias: Sebab perangai ogy punya pasal la jadi macamni, orang tak puas hati sana sini. Dah dia pun katanya suka menjerit2 dekat orang. Tengok la live mengacar ...


Setuju.. She is jahNPD zaman 90an.. Now look at her.. No hubby.. Hutang keliling pinggang(bukan sebab org lain, tp sendiri xreti urus financial) lg 10tahun confirm minta pprt free potong queue kat JKM

Bagusla org viralkan supaya dia x'rasa diri tu megah'lg...projek pon kutipan sendu.. Silalah bersara. Takziah
Quote exclusive_vvip 28-1-2021 07:50 AM
tu la...dah kata dah, dia ni dok bayar org ni sikit,org tu sikit..nak settle sekali harung mmg mustahil la..tapi sekurang2nya dia usaha utk bayar lah kan...aloy tu je yg still dok memekak..i bagi suggestion soh dia bagi diskaun je kat ogy kalu rasa nak cepat settle, ada yg butthurt pulak..salah 1 yg buat ogy ni xleh settle payment aritu sbb dia x dpt loan bank..sebelum buat teater ritu dia confident dpt loan bank..I x minat ogy ni,tapi respek jugak la tgk dia usaha buat bisnes nak byr  hutang2 org..sebelum2 tu pun rasanya x penah dgr dia ada kes liat nak byr hutang kan..tapi ada hikmah jugak jadi kes ni, at least dia ada 1 business utk diri dia..
Quote Donatello86 28-1-2021 07:57 AM
Smg dipermudahkan segala urusan kak ogy untuk membayar hutang.. aamiin
Quote misc 28-1-2021 08:50 AM
Tak simpati langsung kat dia ni. Next.
Quote Nnasda53 28-1-2021 09:29 AM
Bagus ada usaha membayar hutang..semoga di permudahkan urusan ogy untuk melangsaikan hutang.
Walaupun tak gemar sgt dia ni.
Quote kakakpositifker 28-1-2021 09:48 AM
Yeee bagus lah bayar. Cumaaaaa bila orang tanya jawab lahhhh. Jangan berdiammmmmm. Mana tak marah member. Member pun ada mulut nak suap. Semoga dipermudahkan urusan kak g
Quote Rob07 28-1-2021 11:47 AM
dah berhutang kena lah bayor. kesian yg kat 4 org tu musim2 covid nih  ramai yg tengah  sesak semuanya nak pakai duit
Quote kukukatablog 28-1-2021 11:55 AM
mcm kwan tempat keje aku,
waktu PKP aritu dia nak pinjam 400 dari aku,
aku cakap aku ada 100 jer, dia kata 100 pon boleh lah,
bila sampai tempat keje lepas PKP tiba2 ramai bercerita dia pinjam seribu sorang dari kawan2,
sampai ada 10K waktu pkp tu,
sampai kawan aku tu stress sbb 10k dia melayang...

bg aku, klo 10k tu pon dia lengahkan bayar apatah lagi aku yang 100 hengget jer,
sampai nak dekat hujang tahun lepas baru dia explain dia kna scam 30k, dan panjang lah citer dia...
dan dia bayar skit2, aku orang terakhir dia bayar,
klo dia citer dari awal kan sekurang2 kita pon faham situasi dia,
dia mcm wat tau jer tu yang kita jadi panas tu....
Quote rogayahtop 28-1-2021 12:21 PM
Whatever. Gaji org belerja kena bayar. Tak.kiralah salah sendiri ke apa pasal diorang keje dgn ogy bukan dgn org lain. Bertaun dah pun. Gile apa backup diri sendiri bayar setaun kemudian.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.050089 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top