CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Bola Hitam’ Besar Dengan Tulisan ‘Yokohama 50KPa Dilapor Ditemui Tepi Pantai, Cetus Tanda Tanya

27-1-2021 10:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3686| Komen: 19

Description: Penduduk Kabupaten Bintan, Kepri, Indonesia dikejutkan dengan penemuan satu bola hitam misteri besar berukuran 3 meter yang dijumpai di pantai Desa Teluk Bakau pada Selasa lalu, lapor Indo Zone.



Penduduk Kabupaten Bintan, Kepri, Indonesia dikejutkan dengan penemuan satu bola hitam misteri besar berukuran 3 meter yang dijumpai di pantai Desa Teluk Bakau pada Selasa lalu, lapor Indo Zone.

Bola hitam tersebut difahamkan dilitupi dengan rantai besi dan beberapa biji tayar. Turut terdapat beberapa tulisan pada bola hitam tersebut antaranya ialah ‘Yokohama 50KPa’.

Ketua Polis daerah Gunung Kijang, AKP Monang p Silalahi berkata, objek itu telah dijumpai oleh penduduk tempatan dan pihaknya masih lagi menyiasat berkenaan objek misteri tersebut.

“Kami sedang bertindak dan menyiasat dengan lebih lanjut berkenaan dengan penemuan bola hitam itu,” kata Monang.

Jika dilihat pada objek tersebut, ianya seakan pneumatic fender yang banyak digunakan dalam industri perkapalan.


Sementara itu, pada hari sebelumnya, penduduk Teluk Sebong, Bintan, dilaporkan telah menemui objek yang mirip seakan sayap kapal terbang di kawasan pantai pesisir Lagoi.

Objek seperti sayap berwarna kelabu itu dilaporkan berukuran 3.6 meter panjang dan 1.35 meter lebar. Penduduk setempat yang menemukan objek itu difahamkan menemuinya semasa dia sedang membersihkan kawasan pantai.

Objek itu kini dilaporkan telah diserahkan kepada pihak tentera udara Indonesia untuk siasatan lanjut.



Sumber: Indo Zone/SK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 27-1-2021 10:44 PM
Kapal tebang terempas hari tu kot
Quote Punat_button 27-1-2021 10:48 PM
Itu peninggalan Laksamana Bintan lah cuba cari kapal beliau



Quote Churchill 27-1-2021 10:52 PM
zarah graviton kah itu? @FOTHER-MUCKER

Quote kivio 27-1-2021 11:51 PM
Quote sekngucing 27-1-2021 11:53 PM
Pontoon.....
Quote MontanaHannah 27-1-2021 11:53 PM
Dia cari PATI indon yg suka  masuk Malaysia secara haram, sungguh haramjaddah ko indon semua.
Quote ultra78 27-1-2021 11:55 PM
Penduduk patut klaim bola itu.
Quote Mrperfect2 28-1-2021 04:00 AM
ni la boleh sepak yg digunakan di planet marikh
Quote TOPwind 28-1-2021 05:31 AM
boleh dijual ribu jugalah harganya
Quote kakakpositifker 28-1-2021 09:44 AM
Adoiiiii. Kat Alibaba banyak jual ni. Dock and fenders. {:nose
Quote dizekni 28-1-2021 09:46 AM
Itulah pentingnya edukesyen

samada penduduk situ yang memang tak tahu

atau wartawan tu sendiri yang sebenarnya bodoh

atau ada tujuan lain nak tunjukkan konon penduduk indonesia
bodoh

Quote Artemesiaa 28-1-2021 09:47 AM
Bila tak kenal apa bendanya tu mulalah fikir macam2
Quote nanies 28-1-2021 10:23 AM

hahhaah benarnya hakak pun tatau benda tu apa. mekasih atas informasinya
Quote jalfa 28-1-2021 10:54 AM
Bengong..takkan depa x reti google benda apa tu
Quote hyie 28-1-2021 12:01 PM
kakakpositifker replied at 28-1-2021 09:44 AM
Adoiiiii. Kat Alibaba banyak jual ni. Dock and fenders. {:nose

oo tujuan dia untuk taknak bagi kapal tu bergesel dengan dinding jeti tu ye?
Quote kakakpositifker 28-1-2021 01:13 PM
hyie replied at 28-1-2021 12:01 PM
oo tujuan dia untuk taknak bagi kapal tu bergesel dengan dinding jeti tu ye?

Aah sis. Hehe
Quote CiliPadiSedap 28-1-2021 02:50 PM
fikir kondom jurassic park. besar betul
Quote Decaffeinated 28-1-2021 03:01 PM
Bintan ni sebelah Batam, wilayah Kepulauan Riau aka Kepri.

Ada industri perkapalan tempias Singapore kot.

Aku rasa orang tempatan pun tak heran wartawan ja yang entah baru keluar gua jakarta.
Quote Belibis 28-1-2021 08:45 PM
hyie replied at 28-1-2021 12:01 PM
oo tujuan dia untuk taknak bagi kapal tu bergesel dengan dinding jeti tu ye?

Biasa saya nampak orang gantung tayar lama ajer untuk serap hentakan kapal dengan jeti.orang kg.com katakannnn.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.054290 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top