CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Terburu-Buru Buka Bisnes, Erin Malek Bahagia Duduk Rumah Besarkan Anak

27-1-2021 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9498| Komen: 46

Walaupun pelakon yang mula popular setelah membintangi filem Tentang Bulan ini sudah mengundurkan diri dalam bidang lakonan, namun kelibatnya masih menjadi perhatian. Erin Malek, masih tak berubah, malah lebih cantik daripada sebelum mendirikan rumahtangga.


Menamatkan zaman bujang pada usia yang begitu muda bersama jejaka pilihan hati yang juga anak kepada usahawan automobil, Farriz Fauzy. Nampaknya Erin Malek tidak salah membuat keputusan dan kelihatan jelas terpancar sinar bahagia di raut wajah wanita yang mempunyai nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini.


Foto: IG

Ketika ditanya bagaimana kekal langsing setelah memiliki sepasang cahaya mata, Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz, jawabnya, “Rahsianya mungkin sebab saya sibuk jaga anak,” tutur ibu muda ini bergurau.




Tambah Erin Malek lagi, “Sejujurnya memang sebab saya membesarkan anak-anak. Tapi ketika itu saya hilang berat badan bukan dalam keadaan ‘sihat’. Maksudnya, memang saya kurus tapi nampak lesu.

Kini bila anak dah besar dan mula ke sekolah saya mempunyai masa untuk diri sendiri. Apa yang saya buat adalah beriadah di gym. Bila bersenam secara konsisten apa yang saya perhatikan stamina saya mula stabil dan dah tak penat lagi.

Kalau keluar ke taman permainan bersama anak-anak saya boleh berlari kejar mereka. Ketika saya tidak bersenam dulu kejar anak sekejap pun dan rasa penat. Bila tengok perubahan yang positif saya terus konsisten bersenam dalam seminggu dua atau tiga kali.



Kata kuncinya, bersenam bukan untuk kurus tapi untuk mengekalkan berat badan secara sihat dan yang penting bukan kurus tapi nampak lesu,” tutur Erin Malek yang kini berusia 25 tahun.

Bila dah lama tak berjumpa dengan dengan wanita berkulit putih ini mesti tak nak lepaskan peluang bertanya tentang kecantikan kulitnya. “Saya seorang yang simple tapi saya suka bermekap, hampir setiap hari saya bermekap.

Sebenarnya saya ada juga eyebag dan sebagainya tapi saya tak pakai bedak asas setiap hari. Cukup hanya dengan CC Cream dan pemerah pipi sikit, dah cukup. Kadang-kadang ada orang tanya pagi-pagi lagi dah cantik, saya memang begitu. Walaupun hanya hantar anak ke sekolah saya akan letak pemerah pipi sikit dan buat kening sikit dah siap dah,” tutur Erin Malek.



Ramai rakan-rakan artis sudah memiliki perniagaan sendiri, Erin Malek tak ada perancangan buat bisnes? “Memang saya ada perancangan nak buat bisnes tapi dah dua kali cuba terdapat halangan. Kali pertama bila saya mengalami morning sickness yang teruk.

Kali kedua pula bila saya kehilangan anak,” terang Erin Malek yang sepatutnya melahirkan sepasang kembar pada kandungan pertama tapi takdir Allah, hanya seorang saja yang selamat dilahirkan. Difahamkan, seorang lagi anak mereka meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga badan membengkak.



Erin Malek beruntung mempunyai suami yang sangat menyokong dirinya, Kata Erin Malek, “Suami saya kata, tak perlu terburu-buru untuk buat bisnes. Katanya saya masih muda dan apa yang saya buat sekarang dah fully occupied the whole day. Bila anak-anak dah besar nanti dan jika saya mempunyai kelapangan suami mengizinkan saya buat apa yang saya nak buat (bisnes),” bicara Erin Malek mengakhiri perbualan kami.-CARI

Sumber: NONA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 27-1-2021 01:56 PM
Dia ni ke yg hutang kawen x bayar2 dulu?
Quote EvieWanKenobi 27-1-2021 02:33 PM
apa cer utang lama? dah bayau ke?
Quote nuhanis 27-1-2021 03:40 PM
Lawa betul dia ni sejak jadi bini orang kaya
Glowing yang lain macammm
Untung la kawen org have have
Quote kiyudi 27-1-2021 05:40 PM
dok diam2 je jadi surirumah jaga anak2...laki kaya kan???...xyah nk biz2 sgt lah...

aku ni nk jadi surirumah x tercapai2 lgi.......

halah2....

Quote Kancilkering 27-1-2021 07:28 PM
confuse nama dengan ery malik..al fatihah to arwah ...
Quote lattehazelnut 27-1-2021 07:34 PM
Umur 25 xde la nmpak muda sgt.. kalau xtaw i guess umur dia late 20s or 30 ke ..
Quote newyork 27-1-2021 11:19 PM
Jadi Mem muda2 best nya..
Quote sfrnna 27-1-2021 11:46 PM
helok dia ni duduk diam2 lepas kawin tak merempan macam2.  Sesekali masuk forum takda la rasa nak kecam. Besar dah anak2 dia. Comel
Quote zera 27-1-2021 11:56 PM
Dia ni kalau p gym ja mesti free hair, pakai cap. Selalu nampak di IG kawan2 dia tapi tak da sapa kecam pun hehe.
Quote Perawankota 28-1-2021 01:37 AM
Duit Banyak, x keje pon x pe
Quote MontanaHannah 28-1-2021 01:45 AM
esok esok bercerai mula lah merangkak cari Sheila Rusly
Quote fadzyjemi 28-1-2021 01:55 AM
Jumpa dia f2f masa gathering pushbike anak2. mmg sweet n humble.
Quote jalfa 28-1-2021 02:31 AM
Hutang baju kawen dah abis bayor ke belom
Quote dudaberhias 28-1-2021 02:38 AM
Dia hutang pasal kahwin tak silap, 10k ker atau kurang iols pun dah lupa gosip tu. Dah bayor ler kot ke tidak???
Quote helicornia 28-1-2021 09:45 AM
tk payah la buat bisnes. retis buat bisnes kebanyakan rugi je. ilmu tkde.gah sehari dua je. duit ada tu baik invest je kt mana2. dok situ senyap2
Quote Addrianna 28-1-2021 11:55 AM
Aku suka tengok dia ni.aman2 saja lepas kawin jaga anak laki ia lah kawin anak orka senang lah hidup.mira amer patut ikut cara dia selayaknya kau duduk diam2 ni laki nak tumpang glamer jugak dah tu buat ytube content ntah apa2.kalau macam tu perangai no use kau kawin dengan anak orka
Quote Jemahjemah 28-1-2021 12:11 PM
Elok je dia lepas kawen. Walaupun kawen muda kan. Maybe sbb dia dr broken family. Nampak usaha dia nak jaga and ada family sendiri yg complete
Quote Joysparta 28-1-2021 12:14 PM
Apa x untungnya..dpt suami yg x curang, ank2 comel n sehat..tambah lak berduit..bertambh bhgia gtewww..
Quote melinda_kerr 28-1-2021 12:27 PM
Poket tebal tenang je.... impian semua wanita

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.252971 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top