CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Selit RM15,000 Dalam Beg Untuk Order Makanan, Dah Sebulan Keluar Hospital Baru Isteri Perasan

26-1-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8726| Komen: 75

Suami mana yang tak sayang bini kan?

Begitulah kisah seorang isteri yang begitu bertuah sebaik membuka beg tangannya yang disimpan di dalam stor pakaian di rumah.


"Hari ni saja ambil nak pakai, buka-buka penuh ubat hospital hari tu, kira sampahlah.

"Macam malas nak kemas, nak simpan balik. Masa nak simpan tu, buka zip... tu dia, duit!" tulis seorang isteri di laman Facebook miliknya.


Foto: mStar Online

Bercakap kepada mStar, wanita berusia 38 tahun itu berkata, beg tangan tersebut kali terakhir digunakan ketika dia dimasukkan ke hospital di Kota Damansara, Selangor pada Disember tahun lalu bagi menjalani pembedahan batu karang hempedu.


Hanya mahu dikenali sebagai Kak Gee, dia memberitahu bahawa sepanjang terlantar di wad selama kira-kira seminggu itu, pengambilan makanannya dijaga oleh pihak hospital.

"Bila dah sakit dan menjalani pembedahan, sudah tentu ada pantang bila nak makan di hospital. Tapi itulah hari-hari makan yang sihat pun jadi tak berapa selera juga.

"Mujur ada suami yang menghabiskan banyak masa menemani saya di hospital, ada juga selera makan sebab ada orang ambil berat bila kita sakit," katanya ketika dihubungi.


Foto: mStar Online

Kak Gee berkata, suaminya yang merupakan ahli perniagaan itu hanya akan meninggalkan hospital sekiranya mempunyai urusan penting dan hal berkaitan anak-anak di rumah.

Memandangkan makanan yang disediakan oleh pihak hospital terhad untuk pesakit sahaja, ibu kepada lima anak itu menjelaskan bahawa suaminya akan menggunakan khidmat penghantaran makanan sepanjang keberadaannya di wad.

"Bila suami buat order untuk penghantaran makanan ke hospital, saya pun join sekali. Sekali-sekala nak juga rasa makanan ikut selera sendiri.

"Ada satu masa, suami ingatkan yang dia ada tinggalkan duit dalam beg tangan saya kalau saya nak buat order bila-bila teringin.

"Tapi bila dia tiada di wad, saya pula gunakan peluang untuk berehat dan tidur. Jadi, saya pun ingat-ingat lupa pasal duit yang dia bagi tu," ujarnya yang menetap di Shah Alam.


Foto: mStar Online

Menurut usahawan itu, beg tangan tersebut disimpan di stor pakaian sebaik dia dibenarkan discaj dari hospital sehinggalah dia memeriksa stor, baru-baru ini.

"Mula-mula saya tertanya bila pula saya letak duit banyak dalam beg ni. Rupa-rupanya teringat suami ada kata dia tinggalkan duit untuk GrabFood ke Foodpanda masa kat hospital.

"Bila saya periksa, saya terkejut sebab rupa-rupanya duit berkepuk berjumlah RM15,000 suami tinggalkan untuk saya.

"Dan duit tu langsung saya tak usik sebab bila suami ada di wad, dia pesan makanan guna duit dia," katanya.

Kak Gee berkata, dia pernah bertanyakan suami mengenai duit sebanyak itu yang disimpan dalam beg tangannya semasa berada di hospital.

Foto: mStar Online

"Bila saya tanya suami, dia tanya saya balik duit apa tu? Biarlah kata suami. Dia betul-betul tak ingat yang dia ada bagi RM15,000 untuk saya order makanan.

"Sebagai isteri, sudah tentu saya amat bersyukur bila dapat suami yang tak berkira macam ni. Mudah-mudahan murah rezeki suami dan bisnes dia maju.

"Saya isteri bertuah bukan semata-mata kerana duit berkepuk tu, tapi sebab suami mengambil berat tentang diri saya, menjaga saya sepanjang berada di hospital," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 26-1-2021 01:17 PM
So??
Humblebrag sambil2
Quote husie91 26-1-2021 01:20 PM
Haha geleng kepala baca post ni haha
Quote gummiebear 26-1-2021 01:31 PM
Nangis iols baca

15k untuk buat order makan? Untuk satu sepital ke?
Allahu
Quote Tinot7 26-1-2021 01:35 PM
Kenapa suami dia bekalkan sampai 15k? Dia ni biasa mkn baper byk?
Quote shernazz 26-1-2021 01:39 PM
Kang dia kata dia mampu kang...
Mampu tambahkan madu di dalam keluarga kang
Quote aderaderker 26-1-2021 01:44 PM
Kalau laki kena sondol jangan marah ye kak.

Banyak babi kat luar sana sekarang ni..
Quote mamajawie 26-1-2021 02:00 PM
so?????apekah motif benang ni diwujudkan??supaya cikki2 penyondol ada peluang nk sondol laki kak gee ke?
Quote jamilahpropa 26-1-2021 02:03 PM
Untung la ha, laki ikhlas syg n sanggup jaga masa sakit.. Bila dapat yg mcm tu hargai la ye, tapi kena selalu beringat.. Langit x selalu cerah, stay humble
Quote salmon-suki 26-1-2021 02:17 PM
jamilahpropa: Untung la ha, laki ikhlas syg n sanggup jaga masa sakit.. Bila dapat yg mcm tu hargai la ye, tapi kena selalu beringat.. Langit x selalu cerah, stay h ...


Humble laa tu sis..humbleBRAG{:smile{:smile{:smile
Quote Boomibulat 26-1-2021 02:38 PM
kalau bisnes cuci duit mmg Bnyk cash..
Quote esbok 26-1-2021 02:42 PM
ada orang sorok duit dalam tu sekejap.
ingat nanti nak ambik balik.
tau2 patient dah discharged


meraunglah si polan
Quote riyadhK 26-1-2021 02:52 PM
Suami cuci duit ke?
Quote nisako 26-1-2021 02:55 PM
wow 15ribu mkn apenyeeeeeeeee
Quote lemak_masin 26-1-2021 02:57 PM
riyadhK replied at 26-1-2021 02:52 PM
Suami cuci duit ke?

Aku pun terpikir bende yang sama.. hahahah.. takkan laaa 15k seaaja selit utk makan.. bedaah sgt
Quote annehuda 26-1-2021 03:00 PM
laki die keje cuci duit ke?  kalau tokan dadah memang biasa je pegang cash berkepuk-kepuk ni
Quote saviour_09 26-1-2021 03:06 PM
humble nyaaaaaaaa

brag nyaaaaaa


husnudzon gimana lagi sih???
Quote eyansss 26-1-2021 03:10 PM
tak kira la laki kaya tara mana sekalipun, tapi rm15k just for food?????  bangang sangat ke laki dia tu..  kalau letak rm1-2k pun dah kira banyak la untuk duduk spital private yang semuanya dah tersedia...  

kak gee, laki kena sondol nanti jangan meroyan eh...  sebab ko sendiri tunjuk betapa berduit dan penyayangnya laki ko tu...
Quote mamajawie 26-1-2021 03:16 PM
gambar nasi the chicken rice shop jahhh xkan la smpai nk bgi rm15k bagai??

bini ko mentekedarah emas ke?
Quote chandrahusin 26-1-2021 03:21 PM
yg lagi takut sebenarnya
klu perompak ke scammer ke
trace Kak Gee
kot melopong 1 sen tak tinggal

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037466 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top