CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Bunuh Remaja Dengan Sepana Lepas Kubur Digali Semula

26-1-2021 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1985| Komen: 5

Description: Berang apabila mengetahui kekasihnya diganggu, lelaki nekad membunuh seorang penjaga kafe.
Berang apabila mengetahui kekasihnya diganggu, lelaki nekad membunuh seorang penjaga kafe.

TribunNews melaporkan, perbuatan suspek terbongkar apabila keluarga menggali semula kubur dan melakukan bedah siasat jenazah mangsa.


Hasil bedah siasat mendapati Mako Abrianto Kartika Yudha, 20, membunuh Ananda Putra Wiyanto, 18, dengan sepana.


Gambar hiasan

Ketua Polis Mojokerto, AKBP Dony Alexander menjelaskan kes itu terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mangsa yang curiga dengan kematian anak mereka.

Pihaknya kemudian menggali semula kubur Ananda dan hasil bedah siasat mendapati remaja itu meninggal dunia akibat dipukul dengan benda tumpul di kepala.

Tambahnya, berikutan itu, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai rakan suspek.

"Siasatan terhadap rakan suspek masih dijalankan kerana dia dipercayai terbabit sama memukul mangsa," katanya.


Kata Dony, kejadian dipercayai berlaku selepas kekasih suspek mengadu diganggu mangsa di rumah majikannya.

Dia yang naik hantu bersama rakannya menghampiri mangsa yang berada di rumah pemilik kafe berkenaan sebelum memukulnya dengan sepana pada bahagian kepala sebanyak tiga kali. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-1-2021 01:46 PM
Cantik sgt ke pompuan tu?
Quote Ain_h 26-1-2021 03:15 PM
Lain Macam
Quote Tinot7 26-1-2021 06:11 PM
Takziah kpd keluarga
Quote dudaberhias 26-1-2021 06:13 PM
baca nama tribun news tu dah tau dah di mana...
Quote Artemesiaa 26-1-2021 06:15 PM
Hukuman yang ada tak terlalu berat membuat ramai tak takut untuk melakukannya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.041221 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top