CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cara Ibu Ini Sediakan Makanan Untuk Anak Buat Ramai Tak Lalu!

26-1-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5565| Komen: 33

Description: Setiap orang mempunyai cara sendiri dalam menyediakan keperluan untuk keluarga terutamanya apabila berkerja di dapur.
Setiap orang mempunyai cara sendiri dalam menyediakan keperluan untuk keluarga terutamanya apabila berkerja di dapur.

Biasanya, semua ibu inginkan cara mudah agar mereka dapat menyediakan makanan dengan cepat untuk ahli keluarga yang ramai agar tidak kepenatan.



Kredit foto: Twitter

Namun, cara seorang wanita menyediakan makan malam untuk anak-anaknya membuatkan ramai terkejut dan tidak selesa.

Dalam sebuah video yang tular di Twitter, wanita berkenaan dilihat menuangkan satu tin pasta bersos ke dalam kerak pai.

Dia kemudian menyapukan mentega pada empat keping roti secara cincai dan tidak rapi sebelum menaburkan serbuk bawang putih dan menggunakan tangannya sendiri untuk melenyekkan dan menumbuk roti berkenaan walaupun terdapat penggulung adunan di atas meja.



Katanya, resipi itu adalah sebuah resipi keluarga yang paling mudah.

Dia kemudian menaburkan keju dan menuangkan susu ke dalam pasta tadi sebelum menambah satu lagi tin pasta dan lebih banyak keju serta serbuk bawang putih sebelum meletakkan roti tadi di atasnya.

Cara wanita itu sediakan makanan jelas membuatkan ramai marah dan meninggalkan pelbagai kritikan.


Sumber: HCL


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 26-1-2021 10:33 AM
Aku kalau sapu mentega/jem tak rata pun boleh buat aku stress jap.
Quote kechikchomel 26-1-2021 10:38 AM
macam mana dia boleh jadi 'ibu'?

Quote midori_katana 26-1-2021 10:48 AM
Kalau kita .. tgk dia pun dah fail... hahah.. rambut tak ikat dan kuku panjang..paling tak boleh terima bila dia lenyek roti tu pakai lengan... hihihihi
Quote Nnasda53 26-1-2021 11:09 AM
Nasibla anak anak dia dapat ibu yg sebegitu menyediakan santapan tanpa rasa bersalah lenyek2 roti dengan lengan.
Quote salmon-suki 26-1-2021 11:27 AM
Uwekkkkkkkk..kalau ai tgk penjual kuku berkerak pun ai xmakan,even kalau pegi kedai tgk penjual tu xjaga kebersihan,ai terus kensel beli..ni kan pulak mcm ni..kalau kt rumah plak,kalau ada y kuku kotor,ai xbg kacau terus..biar ai bt semua.. geli wehhhhhhh
Quote fifie_olin 26-1-2021 11:31 AM
dorg ni kan makhlok pengotor
katanya sethn sekali br mandi
Quote nanies 26-1-2021 11:32 AM
pengotor la haiiii
Quote Ain_h 26-1-2021 12:00 PM
Wow guna tangan, ni baru air tgn ibu
Quote Artemesiaa 26-1-2021 12:48 PM
Kalau tak ada kayu pengelek pun gunakanlah botol ke hapa yang guna lengan tu dah kenapa
Quote namr 26-1-2021 12:53 PM
Kesian anak dia
Quote husie91 26-1-2021 12:59 PM
Ingtkn ummah leluhur je pengotor ni ummah acah2 paling moden n maju pon sama je.. sejenis mak2 yg nk nampak glamer n cun melecun sentiasa tp hakikat sebenar bila bab msk amik mudah je.. ni bukan mudah dah cincai adalah.. mcm mls fikir janji aku msk nak makan, makan lah tknak sudah..
Quote husie91 26-1-2021 01:00 PM
midori_katana: Kalau kita .. tgk dia pun dah fail... hahah.. rambut tak ikat dan kuku panjang..paling tak boleh terima bila dia lenyek roti tu pakai lengan... hihihi ...


I rasa kalau pakai palm n jari okay sikit kot ni jnis nak jaga kuku.. buat pedi medi sempat plak bab masak tk sempat eh
Quote violetungu 26-1-2021 02:18 PM
Dia geli nak pegang roti tu tp aku plak yg geli tgk tumbuk2 dgn tgn camtu..xsenonoh.
Quote hasniey 26-1-2021 02:22 PM
Perfect!awesome!perfect!
Itu ajelah di ulang2.tp xperfect pong
Quote esbok 26-1-2021 02:29 PM
lenyek dia pakai lengan tu, membuatkan aku teringat roti lengan dari india

dah kenapa kau nak kelam kabut lenyek pakai lengan??? dah mcm kau bukak restoran kene hidang 20 orang serentak
Quote airmineral 26-1-2021 03:01 PM
apesal ko xpeyekkan pakai tapak kaki je
Quote CikYaYaYa 26-1-2021 03:09 PM
"Thanks god im asian"
Apa kena mngena caption dia to dgn video to..? Pengotor laaa... dia lenyek roti to dgn lengan gitu jee
Quote Nuyak 26-1-2021 03:22 PM
saja la tu nak buat content...mak asian tak mcm ni la...huhuhu
Quote jamilahpropa 26-1-2021 04:02 PM
Ahahahha air tangan ibu katanyerr.. kalau ye pun x yah ler record ha..adoii pelik2 je

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052890 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top