CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Hamil 7 Bulan, Eizlan Yusof Rahsiakan Jantina Bayi

26-1-2021 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 598| Komen: 3

Tanggal 12 Disember tahun lalu, genaplah setahun usia perkahwinan Datuk Seri Eizlan Yusof, 50, dan isterinya Datin Seri Natasha Rosa, 30.

Mereka kini melalui detik-detik bahagia kerana menantikan kehadiran 'orang baharu' iaitu cahaya mata pertama tidak lama lagi.


"Usia kandungan Tasha sekarang dah nak masuk tujuh bulan. Insya-Allah dia dijadualkan bersalin pada minggu ketiga April nanti.

"Memandangkan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya banyak menghabiskan masa di rumah bersamanya kerana Tasha pun kerap bercuti.

"Kami dah tahu jantina bayi, tapi buat masa ini belum bercadang nak kongsi dengan peminat sehinggalah tiba waktu yang sesuai," kata Eizlan.



Menurutnya dengan keadaan sekarang di mana banyak kedai kelengkapan bayi ditutup, mereka hanya melakukan persediaan secara ala kadar.

"Masuk Mac nanti, barulah kami akan fokus sepenuhnya untuk persediaan keperluan bayi. Namun, dalam situasi sekarang, kami ambil pendekatan berbelanja secara berhemah dan beli apa yang perlu sahaja," katanya.

Eizlan berkata, kebiasaannya pada April atau Mei, dia akan melakukan aktiviti selam skuba di pulau-pulau di sebelah negeri pantai timur.

"Tasha juga pencinta selam skuba dan kami berada dalam kelab yang sama iaitu Nusantara Divers Club. Dia akan terbabit dengan aktiviti ini sekiranya ada kelapangan.


Foto: IG

"Kali ini kami kenalah berehat seketika. Namun sekiranya Tasha tak mengandung pun, kita belum pasti sama ada aktiviti ini dibenarkan dalam situasi PKP sekarang.

"Apapun saya sasarkan akan ke Bali, Indonesia pada Julai nanti untuk buat aktiviti ini. Sepatutnya tahun lalu kami dah ke sana tapi terhalang kerana PKP dan Covid-19," katanya.



Eizlan memberitahu perlu meneruskan impian ini kerana bayaran tiket penerbangan dan hotel sudah pun dibayarnya.

"Ia sebenarnya adalah perancangan bulan madu kami, tapi tertunda kerana masalah global ini. Insya-Allah, ketika itu (Julai) kesihatan Tasha dah stabil dan boleh ikut serta bersama-sama bayi kami.

"Namun, apapun ia akan bergantung kepada perkembangan situasi semasa juga," katanya.

Eizlan yang mempunyai lesen selam skuba sejak 2013 turut memanfaatkan kebolehannya dengan terbabit dalam kempen selamatkan alam sekitar bersama Nusantara Divers Club.

"Ia dikenali sebagai Kempen Kebersihan Lautan Dan Pantai Kita. Saya betul-betul aktif bermula pada 2017 dan antara lokasi yang kami pernah buat ialah Pulau Perhentian.



"Tak dinafikan saya amat kecewa kerana semasa menyelam, ada juga terjumpa benda-benda yang tak sepatutnya di dasar lautan. Kadangkala di permukaan air pun, dah jumpa sampah.

"Kalau tengok video kempen ini, kita dapati banyak benda-benda yang tak sepatutnya berlaku seperti penyu tersangkut di pukat dan penyu makan plastik. Bagi saya, situasi sebegini amat menyedihkan," katanya.

Sehubungan itu, Eizlan meminta supaya masyarakat di negara ini lebih berdisiplin serta tidak lagi terus mencemarkan alam sekitar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nanies 26-1-2021 11:52 AM
hehehehehehe layan la anak tecik pasni
Quote jamilahpropa 26-1-2021 10:06 AM
Errr fasa jaga anak kecik seriously cukup lah sekali.. adoii banyak lagi nak achieved in life..
Kena bagi laki bela anak, ha baru dia reti.
Takkan dah level layan cucu dok repeat fasa jaga anak lagi huhu
Quote Carcosa 26-1-2021 09:53 AM
Tanak comment psl TokLan.
Tapi Pelangi Beach Resort tu mmg best  Location best, staff best, bilik dia pun best. Byk activity boleh buat utk kids

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.066998 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top