CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomoh Temberang Tak Mengaku Lakukan Seks Dengan Pesakit

25-1-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2124| Komen: 4

Kota Bharu: Seorang pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap pesakitnya, minggu lalu.

Tertuduh, Wan Ismail Wan Md Zain, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.



Kredit foto: YouTube Harian Metro

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Roshayati Hassan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perhubungan seksual terhadap mangsa wanita berusia 28 tahun tanpa kerelaannya dalam kejadian di sebuah bilik di Kampung Permatang Pusu, di sini, pada 8.50 malam pada 12 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Roshayati memohon jaminan minima dikenakan memandangkan tertuduh perlu menanggung empat orang anak.

Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melapor diri di balai polis setiap awal bulan serta tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah juga menetapkan 23 Februari ini untuk sebutan semula kes.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 25-1-2021 10:26 PM
Beraninya lah kakak umur 28 tahun tu masuk bilik dgn bomoh celaka ni berduaan je. Tak seriau keee. Aku dlm lift kalau nampak lelaki mcm mencurigakan je, haram aku nak naik lift tu. Lantoklah bersangka buruk ke apa. Lebih baik aku selamat
Quote gigahertz 25-1-2021 11:40 PM
takde detail ke news ni ? biasanya berita bomoh ada detail
"dengan memeluk dari belakang dan memegang'
Quote edee_91 25-1-2021 11:41 PM
Carcosa replied at 25-1-2021 10:26 PM
Beraninya lah kakak umur 28 tahun tu masuk bilik dgn bomoh celaka ni berduaan je. Tak seriau keee. A ...

contoh yang mencurigakan tu?


Quote Carcosa 25-1-2021 11:46 PM
edee_91 replied at 25-1-2021 11:41 PM
contoh yang mencurigakan tu?

Mcm muka drug addict ke, pastu bersandar je kat dinding lift tu, muka tak terurus, serabai.
Sorry lah, meols mmg selalu bersangka buruk. Pada meols, biarlah meols terlepas lift tu, drpd tiba2 ada org cekik drpd blkg. Lebih2 lagi meols ada anak girl umur 4 tahun. Nau'zubillah Min Zalik. Yes, meols mmg selalu buruk sangka. Sorry.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.174917 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top