CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ni Flat Ke Kandang?" -Macam Lubuk Sampah, Rider Terpaksa Redah Demi Hantar Makanan

25-1-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5666| Komen: 33

Bagaikan lubuk sampah.

Begitulah gambarannya mengenai video tular memaparkan keadaan kotor sebuah flat yang dipercayai terletak di Pulau Pinang.


Video itu dikongsi menerusi aplikasi TikTok sebelum ia tular dan menjadi perdebatan netizen di laman Twitter.



Difahamkan, video itu dirakam oleh seorang rider sewaktu dia membuat penghantaran makanan ke flat berkenaan.

"Sebagai penghantar makanan, aku pun tak tahu macam mana nak naik flat ni. Bila suruh pelanggan turun dia berkeras suruh naik.


"Disebabkan malas bertekak aku pun naik tangga sebab lif rosak," tulis rider berkenaan dalam video tular itu.

Dalam video itu, jelas kelihatan timbunan sampah di lantai dan kawasan tangga.

Selain aplikasi TikTok, video yang turut ditularkan di Twitter sejak Khamis itu meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang melihat persekitaran flat berkenaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Selain itu, netizen juga memohon rider berkenaan agar terus tabah dalam menjalankan tugasnya.


Kredit foto: Azhar Mahfof

"Fuh seriuslah dekat Malaysia? Masing-masing tak ada hidung ke?

"Bayangkan balik kerja penat-penat kena hadap benda ni. Rosak otak dibuatnya.

"Ini flat ke kandang? Bila lah orang flat ni nak buat gotong-royong? Kotor sangat dah tu.

"Tak masalahnya betul ke dia hantar (makanan) tu dekat manusia?" soal seorang lagi netizen secara sinis.

Dakwa beberapa netizen di ruangan komen, penduduk flat itu dipercayai majoritinya warga asing.

Dalam pada itu, ada yang turut berjenaka kononnya isu berkenaan pastinya akan menjadi lebih hangat sekiranya ia berlaku di Kelantan.

"Nasib baik Penang. Kalau Kelantan, bising satu alam semesta.

Namun, ramai juga yang tampil dengan komen positif bahawa sifat pengotor tidak patut dikaitkan dengan mana-mana negeri, sebaliknya merupakan perangai individu itu sendiri.

Apa-apapun ingatlah, kebersihan itu sebahagian daripada iman. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adikfatin 25-1-2021 12:08 PM
Pengotoq betul penduduk situ {:hero
Quote KIM.K 25-1-2021 12:18 PM
Pernah stay pprt balakong masa start kerja
Tak sanggup pandang kiri kanan or bawah
Jalan terus
Quote sarah82 25-1-2021 12:21 PM
Mcm flat tepi highway ja
Quote epuepy 25-1-2021 12:21 PM
Giteww la realiti  kehidupan kt flat. Penah pegi flat membe and tido sana  sebelum ni. Rumah kt bawah paling kesian. Malam2 laki bini gadoh, pastu org atas campak sampah dri atas.

Busuk dan kotor.
Quote salmon-suki 25-1-2021 12:34 PM
Hakikatnya begitulaa penduduk flat..dlu pernah ai duduk kt flat,mmg rasa nk muntah je..tp sbb tpkse,desperate cari  rumah kne pndh cawangan dgn short notice,duduk laa..nak jalan pun ai geli weh..stress jah kalau nk balik rumah
Quote Artemesiaa 25-1-2021 12:47 PM
Euwww pengotornya penghuni disitu dah macam tempat perlupusan sampah.  Mana penyakit tak mudah merebak kalau tinggal dalam persekitaran macam tu.
Quote card_reader 25-1-2021 12:48 PM
sarah82 replied at 25-1-2021 12:21 PM
Mcm flat tepi highway ja

flat prai jaya la tu....2 blok tepi highway dgn 2 blok dkt sekolah tamil prai

situ mmg champion bab kotor.....lift semedang rosak

tangga penoh sampah, taik kucing, muntah....

situ port warga asing dok mcm taman pelangi,prai...

yg syok nya situ port cina simpan perempuan indon versi B40...
Quote sarah82 25-1-2021 12:53 PM
card_reader replied at 25-1-2021 12:48 PM
flat prai jaya la tu....2 blok tepi highway dgn 2 blok dkt sekolah tamil prai

situ mmg champion ...

Hahahah. Tak tau nama flat tu.. Tapi ingat mmg kotor.. Selalu depa jumpa kondom dah guna kat sini kan.
Quote sarah82 25-1-2021 12:54 PM
Aku pernh dok 3 flat.. Satu kat Bayan Lepas,  satu kat Seberang jaya dan yg last kat belakang airport bayan lepas.

Semua flat aku dok ni bersih..
Quote MsKathryn 25-1-2021 01:03 PM
Eeeeeuuuuuwwwwww mcmana blh hidup tempat mcm tu...
Quote jamilahpropa 25-1-2021 01:54 PM
Jijiknya weiii.. Serius la wujud flat camni kt penang.. Kt kl ada tak ek.. Adoi malu lah Malaysia ada tempat tinggal kotor gila macam ni
Quote Nenasketum 25-1-2021 02:28 PM
Betul ni. Aku dulu suka duk kat Four Points, sekarang dah jadi Mecure Hotel. Suka jer aku jalan kaki gi Tesco. Flat dekat situ, dari 1 km jauh dah bau urine. Depan toksah cakap lah.
Tapi anak mami, rilek2 nunggu marka pakai jaket depan flat, ko! Madness sungguh.
Quote sarah82 25-1-2021 03:41 PM
MsKathryn replied at 25-1-2021 01:03 PM
Eeeeeuuuuuwwwwww mcmana blh hidup tempat mcm tu...

Aku pernah pergi flat ni kalau betul la tempatnya.. Kotor ya.. Walaupun byk kali cat..flat ni x salah aku byk kaum india juga.. Masa aku pi aku tgg dlm kereta.. Aku nampak byk tin bir merata2.
Quote sarah82 25-1-2021 03:44 PM
Nenasketum replied at 25-1-2021 02:28 PM
Betul ni. Aku dulu suka duk kat Four Points, sekarang dah jadi Mecure Hotel. Suka jer aku jalan kaki ...

Ni tesco tanjung pindang kan?
Quote Adrif 25-1-2021 04:11 PM
dulu pernah naik flat sekali ja, masa pegi melawat orang, istighfar panjang wey..
masa nak naik lif, tengok orang tengah bergaduh berebut lif

takpa, panjat tangga. bila naik tangga, gelap, hitam, macam waktu malam, takda cahaya langsung.
Geli nak pegang dinding support badan. Tengok lantai, ada air kencing, ada taik orang, ada botol arak.

busuk bau najis sampai kawan termuntah. dia nak pengsan pun gagahkan diri, sebab tanak rebah kat lantai situ, hahaha
Quote anony-mous 25-1-2021 05:39 PM
Pernah hmpir duduk flat kat kl tp sbb tgk surrounding sggup byr mahal ikat perut duduk condo. (Tu je pilihan yg ada. Sama ada flat atau condo, kebetulan apartment2 yg ok sama price dgn condo baru tu)
Quote Hoola 25-1-2021 11:49 PM
Omg. Dah 2021. Mntaliti masih sama.
Bole buat spotcheck tak kat flat2 mcm ni oleh pihak2 bkuasa? Mana pnyelengaraan?dan kpd pnduduk, mana otak???????
No wonder kalu ada denggi ka, sarang tikus ka, bkteria ka...gosh!
Quote honeybee1802 26-1-2021 12:21 AM
Hoola replied at 25-1-2021 11:49 PM
Omg. Dah 2021. Mntaliti masih sama.
Bole buat spotcheck tak kat flat2 mcm ni oleh pihak2 bkuasa? Ma ...

kalo gini cara hidup depa baper kali cat baru..baper kali bersihkan pun gitu jgk la...harap2 bro rider tu pakai le helmet tempat gini wei...takut tetiba ada je mende melayang dr atas
Quote jazaa100 26-1-2021 08:32 AM
Adrif replied at 25-1-2021 04:11 PM
dulu pernah naik flat sekali ja, masa pegi melawat orang, istighfar panjang wey..
masa nak naik lif ...

ha..ha..ha...klu rebah kat situ lg naya...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.089700 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top