CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nak Pergi Potong Gelang Lah!" - Warga Emas Berang Dituduh 'Merayau' Pakai Gelang Pink

25-1-2021 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2880| Komen: 10

Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial kerana mendakwanya melanggar perintah kuarantin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, seorang individu yang tidak dikenali merakamkan gambar lelaki berkenaan ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah di Alor Gajah, kira-kira pukul 10 pagi Sabtu (23 Januari).

"Lelaki itu didakwa memakai gelang meraj jambu dan melanggar protokol kuarantin oleh seorang individu yang memuat naik gambar tersebut di media sosial.

"Ini membuatkannya berang kerana dia sebenarnya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang tersebut selepas menjalani kuarantin sejak 13 Januari lalu," kata Arshad.


Foto: mStar Online


Beliau berkata, pengadu dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah bersama isteri dan anak perempuannya ketika foto tersebut dirakamkan.

Pengadu membuat laporan polis pada pukul 1 petang Ahad (24 Januari) di Balai Polis Masjid Tanah bagi menafikan dakwaan pada posting berkenaan.

Arshad berkata, anak lelaki pengadu memaklumkan gambar pengadu pada posting Facebook semasa berada di rumahnya di Pengkalan Balak, pagi Ahad.

Beliau menambah, dia turut menjelaskan sebab berhenti di stesen minyak sebelum memotong gelangnya di hospital.

Dilaporkan, pengadu terpaksa berhenti di stesen minyak dalam perjalanan ke hospital kerana keretanya kehabisan minyak.

"Polis juga akan merakamkan keterangan pengguna Facebook berkenaan," tambahnya. - CARI

Sumber: The Star/mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 25-1-2021 10:04 AM
Sapa betul sapa salah
Quote eyansss 25-1-2021 10:05 AM
sepatutnya tegur dulu...  kalau orang tu tak bagi kerjasama, baru la viral...
Quote AbukRokok 25-1-2021 10:24 AM
netijin histerika


Quote jazaa100 25-1-2021 10:58 AM
padan muka......harap saman sapa yg viralkn tu...

sikit sikit nk viral....tak de life le tu....
Quote mikasa 25-1-2021 11:04 AM
Kenapa tak suruh isteri  pergi bayar dan  isi minyak ?

Bukan pkp ker dekat melaka? Boleh  naik kereta bertiga? Anak perempuan berapa usia? Nasib baik tak kena saman waktu sjr
Quote CiliPadiSedap 25-1-2021 11:05 AM
kalau acik ni pasang lawyer dia akan kaya 1 malam mcm cinta 1 malam
Quote helicornia 25-1-2021 11:43 AM
dah agak benda macam ni akan jadi
iols  masa nak gi potong gelang ari tu sbb jadi close contact, iols tengok selamba je dorang datang ntah dari mana dengan pakai baju lengan pendek. bawak anak segala. iols nak gi potong siap tutup rapat2. bukan sebab kita buat salah, tapi dalam perjalanan nak ke PKD tu banyak mata memerhati. dorang bukan tau kita keluar nak buat apa. jalan terbaik kita elakkan fitnah. nanti panjang cerita macam pakcik ni, tak pasal kena pi buat repot polis pulak
Quote hatikudus 25-1-2021 11:51 AM
mikasa replied at 25-1-2021 11:04 AM
Kenapa tak suruh isteri  pergi bayar dan  isi minyak ?

Bukan pkp ker dekat melaka? Boleh  naik ke ...

Sama macam yg aku fikirkan...kot ye pun, suruh anak tu tolong bayar & isikan minyak kan boleh...elak fitnah zaman viral ni, org keliling bukan tahu pakcik nak pegi potong gelang ke...beli gelang ke....haihhhh
Quote Artemesiaa 25-1-2021 12:22 PM
Sama macam kes yang lebih kurang sama tak lama dulu nak ke spital potong gelang singgah pam minyak terus jadi isu
Quote Orix 25-1-2021 05:52 PM
mikasa: Kenapa tak suruh isteri  pergi bayar dan  isi minyak ?Bukan pkp ker dekat melaka? Boleh  naik kereta bertiga? Anak perempuan berapa usia? Nasib baik t ...


Bru nk tanya soklan yg sama

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040887 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top