CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yang Sedang Bercinta Tu Kahwinlah Masa PKP, Jimat Dan Tak 'Lonely' - Kaka Azraff

22-1-2021 08:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3692| Komen: 11

Kaka Azraff memberi galakan kepada mana-mana pasangan bercinta agar segera mendirikan rumah tangga di saat negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, banyak momen manis boleh dilakukan bersama pasangan sekiranya masing-masing sudah sah diijabkabulkan selain tidak akan berseorangan sepanjang 'berkurung' di rumah.



Kredit foto:  IG Kaka

"Seronoknya PKP dengan pasangan. Selain sakit hati dengan partner kita, seronok juga buat benda-benda bodoh bersama.

"Masa inilah dapat luang masa yang banyak dengan pasangan.

"Saya sarankan kepada mereka yang sedang bercinta, kahwinlah time PKP ini. Jimat dan anda tidak akan sunyi," katanya.



Menerusi Instagramnya juga, Kaka turut berkongsikan aktiviti menarik iaitu bergusti yang dilakukan bersama suami sepanjang 'terkurung' bersama.

Penyanyi lagu Gila itu memuat naik video menunjukkan aksi suaminya sedang menghempapnya seolah meniru aksi ahli gusti yang sedang bertanding.

Kaka berkahwin dengan ahli perniagaan, Adam Azriff pada 14 Disember 2018. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aslan yang dilahirkan pada 11 Oktober 2019.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 22-1-2021 08:33 PM
Lonely ke?y kawin pkp ni ai tgk spesis parasit je sbb keje xde,tp duk harap jantan bela..n vice versa..{:smile

Lagi satu,awal2 kawin manis laa,xlonely..dah lama2 serabut tgk partner..kawin bkn sbb lonely/pkp,tp kawin sebab Allah,in sha Allah kekal selamanya rumahtangga..ingat yee,Allah perkenankn sesuatu berdasarkan niat kita jgk...
Quote cruz2 22-1-2021 08:58 PM
Lain pulok nmpk rupa laki dia kat gambo tu
Quote mamajawie 22-1-2021 10:23 PM
Yg da kawen pun ade nk bercerai tme pkp ni dekk sbb prangai laki @ bini..
Quote matjerk 22-1-2021 11:25 PM
Dlm post video tu..depa tgh pre-jimak ke apa...
Quote MakcikLaksa 23-1-2021 12:00 AM
Ni la sejenis nasihat sampah... Ko ingat kahwin tu senang2 ke. Banyak kne persediaan mental dan fizikal ko tau tak. Tak tengok ke kes2 perceraian tu sebab2 apa. Ni asal murah, kahwin. Sebab taknak sunyi, kahwin. Nak pkp main telo, kahwin. Bodo
Quote Normabaru 23-1-2021 09:55 AM
Niat kahwin tu kena betul

Bkn sebab nk jimat
Bkn sebab nk hilang lonely

Tp kerana LILLAHI TAALA
Quote zaraaqilah 23-1-2021 09:58 AM
Yang dah plan nak kawin tu..mmg masa nilah yang terbaik...
Quote harisbee 23-1-2021 10:52 AM
Betul apa kaka cakap...dia tuju pada yg bercinta sakan ready nak nikah..bukan pd andartu2 yg x de calon...itu pun nak sentap ke forumer...
Mmg antara  tujuan kawin nak hilangkan kesunyian..korang dah kenapa?  Dah x laku pasrah je la...utk hilang sunyi buat la apa yg patut x perlu nak bitter sgt...org kasi cadangan pun nak melenting...kunun cdgn korang la paling hebat genius..
Quote ladybugz 23-1-2021 10:52 AM
rasanya org islam kalau nk kawin tu kerana Allah Taala sbb semuanya kna lalui ijab n qabul. yang lain2 mmg pakej skali dgn fitrah manusia yg ingin berpasangan, dan Islam menghalalkan perkahwinan n menggalakkan juga. bukan semua perkahwinan tu toxic n bukan semua perkahwinan tu bahagia sama juga dgn yg single. ade yg bahagia walau single n ada yang merana. apepun terpulang pada diri sendiri. apa yg saya faham dgn statement kaka ni, sapa2 yg dah ada pasangan pilihan dan menunggu2 utk habis pkp ni baru nk menikah, takyah la tunggu, just go for it. byk untungnya kahwib waktu pkp. gitula yg sy faham.
Quote anakmak 23-1-2021 03:00 PM
Yg dah plan sila lanjutkan walau pkp
Kenduri2 boleh tangguh
Seronok tau berdua bila dah halal

Untuk yg mmg dah plan then kena pkp pulak
Yg takde perancangan nak kawin x yah berangan la mcm org paksa kawin pulak time2 pkp ni
Quote olaoliolu 23-1-2021 03:23 PM
Kesiannya kawin sebab lonely. Kalau jenis laki bini yang buat partner rasa lagi lonely samaaa jugeeekkk

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053948 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top