CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seramnya, Ada Suara Perempuan Menangis ‘Join’ Live Shuk Sahar

22-1-2021 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13192| Komen: 90

Description: Pelawak Shuk Sahar terkejut apabila dimaklumkan oleh pengikut mengenai kehadiran bunyi misteri seakan-akan wanita menangis semasa dia sedang bersiaran langsung di laman Instagram.
Pelawak Shuk Sahar terkejut apabila dimaklumkan oleh pengikut mengenai kehadiran bunyi misteri seakan-akan wanita menangis semasa dia sedang bersiaran langsung di laman Instagram.


Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata semasa kejadian dia tidak menyedari sebarang bunyi misteri kerana terlalu fokus melayan pengikut.

Foto: IG

"Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya... saya memang tak dengar apa pun waktu live tu.

"Mula-mula saya live biasa je... lepastu kami main teka-teka umur dan nama... siapa menang dia dapat duit RM150.

"Kemudian saya tengok kat ruangan komen semua kata ada suara orang menangis, padahal saya tak dengar apa pun!” katanya.


Penyampai radio Hot FM ini berkongsi mengenai kejadian misteri itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dia turut memuat naik rakaman berdurasi 12 saat memperlihatkan dirinya bersama seorang teman yang turut berada dalam video tersebut.



Lebih menakutkan apabila ada pengikut yang sempat merakam bunyi misteri itu dan menghantar kepadanya sejurus selesai bersiaran langsung.

"Bila orang hantar screen recorder dekat saya, baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis, ” ujarnya.

Sementara itu, Shuk berkata pada malam itu dia bersiaran langsung di rumahnya yang baru sahaja didiami.

"Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk dan belum sempat buat doa selamat lagi.

"Tak apa esok saya cuba panggil ustaz untuk tengok benda apa sebenarnya," katanya.



Dalam pada itu, rata-rata pengikut yang turut menyertai siaran langsung itu mengesahkan kehadiran suara misteri itu.

"Dari awal live lagi saya dengar tapi buat tak endah saja, mula-mula masa teka beg tu, masa tu dah dengar bunyi menangis tapi buat bodoh je... seram!


"Seriuslah! Tadi saya ingat ada orang main-main sebab Abang Shuk buat macam tak kisah je.

"Saya dengar tadi masa Shuk nak video call pemenang tiba-tiba dengar suara perempuan menangis... dengar benda yang sama, lepas itu semua cakap benda sama," antara komen pengikut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 22-1-2021 03:29 PM
Cik lang le tu...

Ntah2 gimmick..
Quote cha-cha 22-1-2021 03:36 PM
skandal menangis
Quote mrsbob87 22-1-2021 03:36 PM
cik lang fara kot??? ahhahahahaha
Quote fifie_olin 22-1-2021 03:38 PM
nangis mcm manusia jgk
Quote Tunan 22-1-2021 03:41 PM
Nasib baik isteri cantik
Quote shaiy 22-1-2021 03:43 PM
dia rilex cm tkda apa je.. skandal menangis huhuhuh
Quote mesmerize 22-1-2021 03:44 PM
mendayu2  kedengaran tangisan tu..
Quote LadyCarefree 22-1-2021 03:47 PM
Gimik ke haper
Quote Kurex 22-1-2021 04:07 PM
Selagi iols tak nampak sekitar dalam lif tu, selagi tu iols takkan percaya....
Quote kualibesi 22-1-2021 04:22 PM
ntah ntah si skandal kau syuk oiiiiii
Quote giyomi 22-1-2021 04:39 PM
x seram pon
Quote missmeornot 22-1-2021 05:04 PM
Tapi bunyi nangis tu menyeramkan..syuk kata baru dok situ so x mustahil la benda2 camtu ada
Quote laksmanabentan 22-1-2021 05:11 PM
ok... percubaan yg bagus nih untuk up kan diri..
jadi ada ler berita kan.... xde la sendu di aidilfitri...
Quote dua_chzy 22-1-2021 05:18 PM
Mudah2an tino tu mengekor Syuk ke mana sajork dia pegi siap masuk dalam mimpi.
Quote Nenasketum 22-1-2021 05:25 PM
cha-cha replied at 22-1-2021 03:36 PM
skandal menangis

Ha ah, skandal nangis sebab dia dah lama tak jenguk
Quote 234126 22-1-2021 05:30 PM
Masa bunyi tu dia pandang ke tepi pulak mcm dengar? Tapi pastu kata tak dengar apa2. Eh entahlah ye now percaya ke atau prank je ni. Kat komen ade ckp bunyi tu prank je rakaman dari youtube
Quote Kurex 22-1-2021 08:29 PM
Btw aku tak faham la orang yg suka warnakan rambut putih. Tak semua orang sesuai rambut warna gini tau
Quote izat123 22-1-2021 08:57 PM
Kurex replied at 22-1-2021 08:29 PM
Btw aku tak faham la orang yg suka warnakan rambut putih. Tak semua orang sesuai rambut warna gini t ...

Makin ramai pulak melayu muka melayu totok warna rambut putih. Tak sesuai langsung
Quote exclusive_vvip 22-1-2021 09:07 PM
Napa I rasa mcm staged je? X seram pun bunyi..#sukarterseram (selalu org guna #mudahterhibur kan)

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.203882 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top