CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mulianya Hati Abby Abadi, Beli Sarapan Pagi Untuk Petugas Keselamatan

22-1-2021 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6467| Komen: 39

Description: Ketika ini, negara sekali lagi sedang berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan kes melibatkan wabak Covid-19 kian meningkat.
Ketika ini, negara sekali lagi sedang berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan kes melibatkan wabak Covid-19 kian meningkat.

Lantaran itu, para petugas keselamatan di semua sektor yang terlibat telah pun dikerah bagi memastikan rakyat mengikut segala arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Terbaru, pelakon, Abby Abadi memaklumkan dia dan suami ada menghantar makanan berbentuk sarapan pagi buat para petugas keselamatan yang berkhidmat tidak jauh daripada kawasan perumahannya.

Menurut Abby, hatinya terdetik untuk memberi sumbangan tersebut ketika melalui salah sebuah sekatan jalan raya sewaktu ingin keluar untuk membeli sarapan pagi.


“Bersedia Berkhidmat. Bersama abang-abang polis dari Balai Polis Wangsa Maju. Yang saya terserempak masa nak pergi beli breakfast pagi tadi hehe. Terus suami @jaiezzany kata beli sekalilah untuk abang-abang polis ni. Kita pun ok.

“Ingat tak ramai, rupanya dekat 10 orang. Tu baru Abam polis, Abam askar ada jugak kat situ hehe. Sorry kalau tak cukup. Esok lusa ada rezeki kami kongsi rezeki lebih lagi okay. Thank you sudi bergambar,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon drama Gerak Khas The Finale ini turut menyeru orang ramai untuk turut sama berkongsi rezeki buat para petugas barisan hadapan itu.

Kredit foto: IG

“Ps: Yang lalu-lalu kat roadblock cuba share-share rezeki juga. Kita jaga kita kan? hehe. InshaALLAH lembut hati Abam-abam Polis tu,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut berjanji akan sama-sama membantu andai diberi kesempatan. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-1-2021 01:02 PM
Bagusnya DSP aleza.tuan helmi takde nampak pulak.
Quote Boomibulat 22-1-2021 01:19 PM
Belibis replied at 22-1-2021 01:02 PM
Bagusnya DSP aleza.tuan helmi takde nampak pulak.

Datuk Helmi ada tugasan di sempadan Malaysia-Thai kalau x silap..detektif Lim dgn dgn detektif Lingam pun ikut..
Quote Normabaru 22-1-2021 01:50 PM
Amal jariah akhir zaman perlu rekod ya

#pemenatdantololwerperlutahu
Quote blue^panther 22-1-2021 01:59 PM
Boomibulat replied at 22-1-2021 01:19 PM
Datuk Helmi ada tugasan di sempadan Malaysia-Thai kalau x silap..detektif Lim dgn dgn detektif Lin ...

wakakaka, aku memang lupa nama watak2 gelak khas ni....lama giler tak layan....
Quote sharlenetexas 22-1-2021 02:01 PM
Bukan ke sheols naik pangkat jadi dsp aliza?
Quote Boomibulat 22-1-2021 02:03 PM
blue^panther replied at 22-1-2021 01:59 PM
wakakaka, aku memang lupa nama watak2 gelak khas ni....lama giler tak layan....

Skrg ada season baru kat tv3 setiap hari Jumaat/Sabtu pl 10.30 mlm..Gerak Khas Finale nama dia..pelakon pun bnyk yg yg baru..
Quote tagas 22-1-2021 02:06 PM
Inspektor shahrul sedia utk di terkam sis @Kurex
Quote EvieWanKenobi 22-1-2021 02:14 PM
ustazah Abby bagitau dunia bila bersedekah..
Quote Skuau 22-1-2021 02:21 PM
Abby kan pernah jadi pulis....tau la dia camner....
Quote jalfa 22-1-2021 02:24 PM
Belanja anak buah...inspektor jeslina mana.....
Quote Kurex 22-1-2021 02:34 PM
tagas replied at 22-1-2021 02:06 PM
Inspektor shahrul sedia utk di terkam sis @Kurex

Helok ke shahrul tu? Kalau helok boleh main gari2
Quote lyza2474 22-1-2021 02:38 PM
Beli breakfast utk.10 org dah di kira mulia
Eh
Quote makadek 22-1-2021 02:44 PM
Normabaru replied at 22-1-2021 01:50 PM
Amal jariah akhir zaman perlu rekod ya

#pemenatdantololwerperlutahu

Ebit rekod tk pe kan
Quote Normabaru 22-1-2021 03:09 PM
makadek replied at 22-1-2021 02:44 PM
Ebit rekod tk pe kan

Ye xpe. Sbb rpa ada dlm tu. Masa pkp pon blh bt mkn2.yg penting sop okeh!

#ummahperlutahu
Quote Nenasketum 22-1-2021 03:18 PM
makadek replied at 22-1-2021 02:44 PM
Ebit rekod tk pe kan

Untuk owner duit yang hantar cuci. Tapi Melayu2 puja puji dia sampai boley pengsan.
Quote kakakpositifker 22-1-2021 03:36 PM
WOW beli makanan tuk frontliner terus letak mulia eh
Quote LadyCarefree 22-1-2021 03:49 PM
Normabaru replied at 22-1-2021 12:50 PM
Amal jariah akhir zaman perlu rekod ya

#pemenatdantololwerperlutahu

Dia ajak orang beli bekpes juga untuk abam polis abam askar
Quote LadyCarefree 22-1-2021 03:49 PM
Normabaru replied at 22-1-2021 02:09 PM
Ye xpe. Sbb rpa ada dlm tu. Masa pkp pon blh bt mkn2.yg penting sop okeh!

#ummahperlutahu

Hehehehe rpa jgn mention
Quote Normabaru 22-1-2021 04:14 PM
LadyCarefree replied at 22-1-2021 03:49 PM
Dia ajak orang beli bekpes juga untuk abam polis abam askar

Koserlaaa... Bajet makan frontliner bagi.. Elaun tambahan bagi.. Tp kes bersepah kayangan buat... Yg super spread skrg ni bkn gol b40


Tp gol t20 ni laaa..

Pastu nk itu nk ini mcm dorg je la bjasa n stress time covid ni. Puikkk

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.171034 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top