CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cucu Hilang

4-11-2013 09:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7341| Komen: 47



Rayu bantu kesan cucu

KUANTAN- Seorang pesara tentera buntu memikirkan nasib cucu kesayangannya yang menghilangkan diri dipercayai mengikut kenalan laman sosial, sejak 28 Jun lalu.

Salleh Mohamad, 61 dari Taman Guru, Jalan Gambang, dekat sini berkata, dia bukan sahaja bimbang keselamatan cucunya, Siti Shafiqah  Abdullah, 17 tetapi turut memikirkan gadis itu bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 6 November ini.

Menurutnya, kehilangan cucu kesayangan itu disedari selepas gadis tersebut tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk mengikuti kelas tambahan di sekolahnya di Alor Akar di sini pada tarikh tersebut.

“Kami sekeluarga termasuk isteri, Noraini Abrahim, 60 ada mencarinya termasuk berikhtiar mengesannya menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional namun setakat ini segala usaha itu tidak banyak membantu.

“Saya buntu mencarinya apabila telefon bimbit dimatikan sejak dia menghilangkan diri manakala laman sosial facebook miliknya juga tidak aktif untuk mengetahui perkembangan terbaru,” katanya.

Dia berkata, Siti Shafiqah  keluar rumah hanya berpakaian ko-kurikulum dengan sejumlah wang perbelanjaan sekolah namun turut membawa bersama mykad dan buku bank.

“Susulan kehilangan itu, kami membuat laporan polis kali pertama di Balai Polis Kuantan pada 5 Julai 2013 dan laporan polis kedua pada 29 Oktober lalu.

“Dia (Siti Shafiqah) ada menghubungi neneknya meminta wang dan permintaan itu ditunaikan apabila sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun banknya beberapa kali sehingga 28 Oktober lalu namun tetap enggan memberitahu lokasi sebenar dia berada sekarang,” katanya.

Salleh berkata, cucunya itu ada memberitahu dia kini tinggal bersama satu keluarga di Taman Seri Perak, Sungai Siput, Perak namun maklumat itu tidak dapat disahkan memandangkan Siti Shafiqah enggan memberitahu alamat sebenar, nama keluarga tersebut dan maklumat lain untuk tindakan mencari.

“Saya khuatir dia  menjadi mangsa diperdaya pihak lain memandangkan Siti ada beritahu dia dipaksa oleh keluarga terbabit supaya bekerja di sebuah kedai makan namun pada masa yang sama masih meminta wang dari kami,” katanya.

Menurutnya dia kini sudah buntu untuk mengesan cucunya itu memandangkan laporan polis yang dibuat sebelum ini juga tidak ada sebarang perkembangan.

“Saya merayu kepada orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang Siti supaya menghubungi kami di talian 017-9133412 dan  014-5118681 dengan segera," katanya.

8

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-11-2013 03:19 PM
mak pak budak ni mana?
Quote ogata 4-11-2013 03:20 PM
“Dia (Siti Shafiqah) ada menghubungi neneknya meminta wang dan permintaan itu ditunaikan apabila sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun banknya beberapa kali sehingga 28 Oktober lalu namun tetap enggan memberitahu lokasi sebenar dia berada sekarang,” katanya.


umur 17....aku unur 17 pun orang masih ingat 7tahun..yang dia ni 17 macam 27....


nek tak yah la nak cari cucu tak sedar di untung ni...

meluat aku....
Quote PerKasa 4-11-2013 03:23 PM
ogata posted on 4-11-2013 03:20 PM
umur 17....aku unur 17 pun orang masih ingat 7tahun..yang dia ni 17 macam 27....

setuju 1000%
Quote mak_wa95 4-11-2013 03:25 PM
laahaai siannya atuk dan nenek kena tipu dengan cucu yang galak gatai menggedik

Quote jonlabu 4-11-2013 03:28 PM
tak lari ngan jantan, lari ngan pengkid.
Quote blackred99 4-11-2013 03:29 PM
menyusahkan orang je.
Quote jazaa 4-11-2013 03:33 PM
Muka tua dari umur.....nak cepat sgt jadi dewasa.   
Quote lolipopmanish 4-11-2013 03:34 PM
dah besar tak boleh nak pikir lagi.. huh!
Quote nurfariezza 4-11-2013 03:35 PM
cucu xkenang budi btol...
xde duit bru tau nk call nenek...
ni xlain ikut jntan r ni...
da t'buncit nnt bru nk blik...
Quote jazaa 4-11-2013 03:38 PM
nurfariezza posted on 4-11-2013 03:35 PM
cucu xkenang budi btol...
xde duit bru tau nk call nenek...
ni xlain ikut jntan r ni...

Dia dah siapkan ayat skema- " Saya tak ingat apa-apa, sedar- sedar saya dah berada diperak "      
Quote nurfariezza 4-11-2013 03:45 PM
jazaa posted on 4-11-2013 03:38 PM
Dia dah siapkan ayat skema- " Saya tak ingat apa-apa, sedar- sedar saya dah berada diperak "       ...

klu btol ckp cm2 mmg nk kena mkan maki la..
puiii xsdaq...siap bwak ic n buku bank lagi...
means dia da prepare sume kn..
Quote jazaa 4-11-2013 03:47 PM
nurfariezza posted on 4-11-2013 03:45 PM
klu btol ckp cm2 mmg nk kena mkan maki la..
puiii xsdaq...siap bwak ic n buku bank lagi...
means ...

" Saya di pukau, terdengar bisikan suruh saya bawa buku bank & mykad "   
Quote annehuda 4-11-2013 03:50 PM
ogata posted on 4-11-2013 03:20 PM
umur 17....aku unur 17 pun orang masih ingat 7tahun..yang dia ni 17 macam 27....

aku umur 17thn pun buku bank makbapak aku pegang lg tau ni boleh plak die kuar bawak buku bank takkan atuk nenek die tak syak ape2 kot?

Quote ogata 4-11-2013 03:51 PM
annehuda posted on 4-11-2013 03:50 PM
aku umur 17thn pun buku bank makbapak aku pegang lg tau  ni boleh plak die kuar bawak buku bank ...

atok nenek..dah tua tua macamni mana la larat or terfikir dengan benda camni...

mana mak pak budak ni?anak yatim piatu keR or dari broken family??
Quote haryatie 4-11-2013 04:07 PM
tu ker pic cucu tu..
mcam da berumur jerk...x mcm sweet 17 pun
knpa la x ambil exam spm dulu
sok2 nyesal x sudah
kalau lelaki tu spesis baik2 dia akan nak ko ngan cara yg baik
tp kalau da cara pun x betul..jgn mimpi la..
sah2 hampeh jerk...
Quote cupu 4-11-2013 04:10 PM
kalau aku la...hilang umur 17,atau belas2..atau 20an..aku xkesian...

lantak dia nek..rsnya bkn hilang tu.dia yg menghilangkan diri.biarkan aje..nant dia tau la langit tu tinggi ke rendah.
Quote cikatilia 4-11-2013 04:12 PM
17 ke tuh
mcm org udah kerja aje


kesian.. nenek atok risau spm
dia ada kesah?
Quote mak_wa95 4-11-2013 04:12 PM
jazaa posted on 4-11-2013 03:47 PM
" Saya di pukau, terdengar bisikan suruh saya bawa buku bank & mykad "

pas2 bisikan tu sambung lagi..."duit dah habis..minta atuk bank in...tak banyak...3ratus je..".....
Quote siti_kus 4-11-2013 04:18 PM
kesiannya nenek.. nenek2 ni klu syg cucu lain mcm. lebih dr syg anak sndiri. x sedar di untung punya cucu.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.089504 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top