CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sejak Berhijab Lisa Surihani Panjat Doa Agar Ikhlas Mendalami Ilmu Tajwid

21-1-2021 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4690| Komen: 19

Manisnya perjalanan hidup wanita yang diberi nama Lisa Surihani ini. 

Memang benar hidayah itu milik Allah SWT dan beruntung mereka yang memperolehinya terutama di usia yang muda. 


Nyata isteri kepada Yusry Abd Halim ini begitu beruntung dan sentiasa berusaha menjadi Muslimah sejati setelah mengambil keputusan berhijab sebaik sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah sekitar tahun 2019 lalu.


Foto: IG

Mungkin segala doa yang dipanjatkan oleh wanita yang mengacarakan rancangan televisyen Tanya Doktor yang sudah masuk musim Ke-5 ini ketika berada di Tanah Suci telah dimakbulkan oleh Allah SWT. 

Lisa Surihani terus berusaha ‘memperbetulkan’ diri dan berdoa agar segala usahanya biarlah ikhlas dan tak jemu untuk belajar.

“Subhanallah. O Allah, please let me remain in sincere niyah. I am truly far behind but I hope with Your permission I remain steadfast to improve and perfect my Tajweed. I am forever a student,” kongsi Lisa Surihani yang menerima undangan belajar Tajwid Al-Quran di Secret of Tajweed with Zaynab Talha. 


Ramai wanita yang belajar Al-Quran dengan Zaynab Talha yang sedang memburu PhD dalam Pengajian Al-Quran di Universiti Malaya ini termasuk Wardina Safiyyah.

Sejak mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kumpulan KRU tanggal 23 Februari 2012, pasangan ini memang sangat sweet dan romantik. 

Terpancar kebahagiaan di wajahnya dan Lisa Surihani dan kini semakin ceria membesarkan sepasang anak tersayangnya, Yahaira Leanne yang berusia lima tahun dan Yusof Leonne berusia tiga tahun. 





Seronok melihat aksi Lisa Surihani sebagai ibu melayan telatah anak-anaknya.

Lisa Surihani juga sangat menyayangi dan rapat dengan ibunya. Jika dahulu ibunya yang akan menguruskan segala perjalanan seni Lisa Surihani. Malah sampai sekarang hubungan anak-beranak ini rapat disebabkan Lisa surihani adalah satu-satunya anak perempuan tunggal dalam lima adik-beradik. 

Sikapnya yang begitu menyayangi dan menghormati ibunya membuatkan personalitinya cukup menarik. -CARI

Sumber: Nona


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-1-2021 08:13 PM
Kesiannya tak ada komen.

Biar saya komen: alhamdulillah perfect family perfect semuanya
Quote Nenasketum 21-1-2021 08:32 PM
Mana news Deja Moss nak pindah ke US daaa?? Hehehe
Quote hyie 21-1-2021 08:47 PM
iols suka dengan cara sheols pakai tudung, senantiasa tampak kemas dan terletak je.
Quote imanjannah 21-1-2021 08:49 PM
moga istiqomah lisa
Quote cupu 21-1-2021 08:52 PM
Nmpak perubahan positif dia...slow slow makin baik...senyap2 je...pendek kata bagus..bukan macam.......................................................
Quote adeqbun 21-1-2021 08:59 PM
Btoltu..die gunkan kelebihan die dr segi duit dan masa takyah p keje ari2 dgn istiqomah menambah ilmu agama..i jemles in a gud way....
Quote ariellin 21-1-2021 09:02 PM
Aku nak komen anak dia yong tu makin cantik
Quote Fafaaisa 21-1-2021 10:21 PM
Wpun ramai komen2 kata dia sombong (xtau kot skrang dh ok), iols tetap suka tengok lisa pakai tudung..cantik sgt..sesuai sgt dgn yusry..

Anak perempuan tu comey je..ikut muka yusry
Quote mrsbob87 22-1-2021 12:08 PM
alhamdulillah....

berubah ke arah yang lebih baik....
Quote She-Ra 22-1-2021 12:13 PM
suka tgk dia bertudung cantikkk sedap mata memandang
walaupun  kdg tu mcm tudung main sarung ja.. tetap nampak kemas di mata
moga terus istiqamah..
Quote sue_liah 22-1-2021 03:27 PM
terbalik pulak dgn bff dia si liyana jasmay tu

terbang terus tudung, sdgkn dia bertudung lg awal dr si lisa ni

Quote virgo19 23-1-2021 09:21 AM
Perfect family. Lisa ni nampak hormat dan sanjung suami dia. Dia tak gigih tunjuk sweet tapi boleh nampak.
Quote depresio 23-1-2021 10:16 AM
Sejak dulu very low profile n bertambah low profile lisa sejak bertudung

Moga dipermudahkan urusan
Quote imah70 23-1-2021 10:24 AM
Lisa Ni mengandung lg kan
Rasa mcm da 6 bln
Quote zeetot 23-1-2021 10:35 AM
Hidup dapat lelaki idaman, tak perlu struggle cari duit, urus rumah tangga 100%, so memang tiada masalah. Masa banyak terluang.
Quote naina 23-1-2021 10:36 AM
Dia sejak pakai tudung nmpkla low profilenya n nampak manis plak
Masa zaman free hair aku xsuka sebb nampak poyo acah2 paling ramai peminat dan cantik sgt.
Skng dah ok..konsep.less.is.more.tu.betol
Quote GegarVaganja 23-1-2021 10:38 AM
imah70 replied at 23-1-2021 10:24 AM
Lisa Ni mengandung lg kan
Rasa mcm da 6 bln

Ye ke chuolls?
Memang betul rezeki la.
Padahal masa mula2 dulu sheolls struggle jugak kan nak pregnant.
Kalau betul, tahniah la.
Quote TerataiMelur02 23-1-2021 01:10 PM
Cantik la lisa ni.. Moga terus istiqamah dan tak sombong.
Anak perempuan sheols lawa tapi mata sebelah sakit ke?
Quote farhani87 9-2-2021 11:54 PM
Suka tgk Lisa bertudung. Comel jer.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.227051 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top