CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh

21-1-2021 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15334| Komen: 89

Cukup sebiji kek. Begitulah sederhananya sambutan ulang tahun perkahwinan Edika Yusof dan isteri yang jatuh pada waktu PKP. Berbekalkan doa agar rumah tangga mereka kekal bahagia, pasangan hebat yang pernah menjadi buah mulut rakyat Malaysia ini, sama-sama meniup lilin.


Foto: IG

Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Edika Yusof itu, dia turut menitipkan sedikit kata-kata. “I’m the luckiest husband to have you beside me. A wife like you is a blessing. I am thankful to Allah for having you. Happy anniversary dear wife…” tulis aktor kacak tersebut.

Meniti usia perkahwinan ke-18, Edika turut menzahirkan rasa syukurnya kerana diamanahkan seorang isteri yang sentiasa di sisi. Sambil mendengar ucapan suami tersayang, bibir manis Hidayah sentiasa menguntumkan senyuman. Aduhai, sweetnya pasangan ni.




Lembaran kisah cinta Edika Yusof yang setia menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri sampai sekarang masih diperkatakan. Pengorbanan sosok pelakon kacak ini menatang si isteri yang lumpuh umpama seorang bayi yang masih kecil cukup menyentuh perasaan.

Mengimbau kenangan tersebut menerusi temu bual Nona dengan pasangan ini, Edika Yusof pernah berkata, “Saya beruntung kerana dia seorang yang berdikari dan bercita-cita tinggi. Kami sama-sama merancang untuk membina empayar perniagaan dan ujian mula melanda selepas melahirkan anak kedua kami,” ujarnya.

Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua.

“5 hari selepas bersalin Hidayah diserang demam panas. Doktor mencadangkan saya membawanya ke hospital kerana itu bukan demam biasa.



Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia sudah menunjukkan tanda sakit yang amat sangat. Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kesakitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya.

Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana jangkitan kuman sudah sampai ke kepala. Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesedihan pada Yang Maha Esa.

Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lumpuh terbaring di atas katil.



Sejak itu saya perlu mengangkat Hidayah untuk ke bilik air dan membantu menguruskan segala keperluannya.

Saya dah janji dengan isteri, walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia dengan baik. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula.

Saya terbayang, bagaimana perasaan saya yang sedang sakit jika isteri abaikan tanggungjawab dan tinggalkan saya sendirian,” ujar Edika yang pernah berkhidmat sebagai pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun.



Kesetiaan seorang suami teruji tatkala isterinya tidak berdaya. Mujurlah pada usia 54 tahun, Edika masih kelihatan tampan dan laris di kaca TV. Dalam kesibukan berlakon, anak-anak mereka rajin membantu menguruskan ibu mereka yang berkerusi roda di rumah.

Semoga keluarga Edika terus bahagia dan dilimpahi rahmat-Nya. Kagum masih ada lelaki setia seperti Edika! -CARI

Sumber: Nona

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 21-1-2021 10:17 AM
baik dia ni. semoga syurga tempat dia nnt. amin
Quote gummiebear 21-1-2021 10:18 AM
One in a million. Semoga bahagia sampai ke syurga.
Quote Hessa 21-1-2021 10:22 AM
sepatutnya menjadi inspirasi pada suami2 di luar sana..semoga berbahagia pasangan ini hingga ke jannah..amin..keep it up edika yusof!
Quote missHaidiD 21-1-2021 10:25 AM
Suami yg setia.  
Quote md_nana 21-1-2021 10:26 AM
Semoga terus bahagia
Quote little_sis 21-1-2021 10:26 AM
Bertuah gile wife dia.. semoga berbahagia, kekal sampai akhir hayat
Quote woven11 21-1-2021 10:26 AM
Terharunya... semoga bahagia smpai ke syurga
Quote mrsbob87 21-1-2021 10:33 AM
suami yang bertanggungjawab
Quote bakingsoda 21-1-2021 10:34 AM
dah la hensem setia pulak yg muka pecah semekin tak malu2 jd hybrid boya dan bewak
Quote Lengkong 21-1-2021 10:35 AM
Rezeki isteri dapat suami yang baik


Quote bambimo 21-1-2021 10:39 AM
Sedap kek tu white chocolate...
Tahniah to this couple 18tahun...
Rezeki akak ni dpt suami baik dan setia
Quote mamajawie 21-1-2021 10:48 AM
bertuahnye lahai akak dayah ni..terharu plak tgok suami dia da janji nak jaga akak ni smpai bila2..bagus la cmtu..harap suami2 lain kat luar sana contohi la si edika yusof ni..smoga dipermudahkan rezeki buat deyoollss 1 family..
Quote alieyrina 21-1-2021 10:53 AM
Pakej gila pakcik ni..bertuah wife nya..semoga ikatan somi isteri berkekalan
Quote jahcomel 21-1-2021 11:00 AM
herloknyeee muka anak2 teruna dia...hihihiiiii
Quote kuihbakar 21-1-2021 11:12 AM
bakingsoda replied at 21-1-2021 10:34 AM
dah la hensem setia pulak  yg muka pecah semekin tak malu2 jd hybrid boya dan bewak

Hahaha. Ingatkan pdpc je hibrid, buaya dan bewak pun hado.bhahah
Quote lavendernovella 21-1-2021 11:56 AM
Edited by lavendernovella at 21-1-2021 12:01 PM

Hensem wo dia ni depan2. Tak tau lah hensem tahap apa masa muda2. Hahaha  ..   Budiman lagi. Eloklah jadi contoh.  
Patut drama2 heol berlakon, kena closeup muka heol dekat2. Rugi muka hensem pengarah tak pandai nak jual.
Quote cruz2 21-1-2021 12:09 PM
Suka dia berlakon watak playboy tp lawak pon ada
Quote ctamira 21-1-2021 12:10 PM
muda2 mmg hensem..lani pon masih hensem lagi..
Quote wak_pijah 21-1-2021 12:53 PM
Selalu lelaki hensem gila ni jenis setia. Byk dah tgk jenis gini.

Diorang pun sejenis appreciate wife so much, the only wife. Untunglah wife dia, btw wife dia cantik

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.229623 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top