CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerugian Ekonomi Harian PKP 2.0 Lebih Kecil

19-1-2021 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1710| Komen: 1



KUALA LUMPUR: Kerugian ekonomi harian susulan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijangka lebih kecil berbanding yang dicatatkan semasa PKP pertama tahun lalu, demikian menurut Maybank IB Research.

Firma penyelidikan itu berkata, jangkaan kerugian yang lebih kecil adalah berikutan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 2.0 berbanding PKP tahun lalu.

Katanya, bagi mengekang impak terhadap ekonomi, kerajaan membenarkan lima sektor penting iaitu perkilangan; pembinaan; perkhidmatan; perdagangan dan pengedaran; serta perladangan dan komoditi untuk beroperasi kali ini.

"Kami jangka 78 peratus ekonomi beroperasi di bawah PKP 2.0 berbanding 52 peratus ketika PKP 1.0.


"Justeru, kerugian ekonomi harian mengecil di bawah PKP 2.0 kepada kira-kira RM700 juta hingga RM1 bilion sehari berbanding RM1 bilion hingga RM1.5 bilion sehari ketika PKP kali pertama dilaksanakan," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Maybank IB Research juga mencadangkan kerajaan harus memberi tumpuan untuk mempercepat pelaksanaan dasar monetari yang akomodatif, dasar fiskal pengembangan dan langkah rangsangan sedia ada, berbanding mengumumkan lebih banyak langkah tambahan.

Cabang penyelidikan Maybank Investment Bank Bhd itu berkata, defisit Belanjawan 2021 kekal besar berjumlah kira-kira -RM84.8 bilion berbanding -RM86.5 bilion pada 2020.

Justeru, tegasnya banyak langkah rangsangan ekonomi pada 2020 dilaksanakan dan dilanjutkan secara bersasar ke tahun ini seperti subsidi upah serta pemberian tunai kepada kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan.

Katanya, langkah yang turut dilanjutkan ke tahun ini termasuk moratorium pembayaran balik pinjaman bersasar dan pembayaran balik pinjaman fleksibel; geran dan skim pembiayaan kepada enterpris mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain itu, penempatan pekerjaan; latihan; program latihan semula dan mempertingkatkan kemahiran; pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sumbangan KWSP pekerja yang rendah; serta lanjutan insentif cukai jualan bagi pembelian kereta sehingga separuh pertama 2021.

"Pada masa sama, langkah 'kurang dimanfaatkan' seperti Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) oleh KWSP yang membolehkan penangguhan dan penstrukturan semula caruman syer majikan boleh dilaksanakan semula.

"Sebarang perbelanjaan tambahan baharu mungkin boleh datang dari Dana COVID-19, yang mana RM10 bilion sudah tersedia. Pelaksanaan program vaksin yang dijadualkan bermula Februari 2021 juga akan menjadi kunci," katanya.

Maybank IB Research berkata, dengan penggandaan sektor pembinaan sebanyak dua kali ganda, terdapat rangsangan daripada kemajuan yang lebih pantas dalam projek infrastruktur utama sedia ada yang berjalan tahun ini selepas berdepan gangguan tahun lalu.

Ia berkata, walaupun projek kereta api laju (HSR) antara KL-Singapura ditamatkan, terdapat juga projek infrastruktur besar baharu yang sedang dalam perancangan.

Mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR), Maybank IB Research menjangkakan rujukan kadar faedah pinjaman berkenaan kekal di paras 1.75 peratus tahun ini selepas pengurangan 125 mata asas pada 2020.

Bagaimanapun, ia berkata, jika terdapat sebarang perubahan kepada OPR tahun ini, ia lebih cenderung kepada penurunan berbanding peningkatan.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakjiran 19-1-2021 10:42 PM
betul banyak je kedai2 tepi jalan meniaga dah macam pasar malam. atleast bernafas lah jugak dari berkurung.. yang berkurung dapat bini malas masak lagi lah susah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.037269 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top