Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini sangat bertepatan dengan kisah ibu bapa ini yang menyedari anaknya meminati ilustrasi bangunan lalu mengambil keputusan untuk menyokongnya. Biarpun baru berusia 12 tahun, ibu bapanya telah membelikan buku tingkatan empat dan lima kepada anaknya. Lebih menakjubkan, hasil yang dibuat oleh anaknya melebihi umur fizikalnya. Selepas mengetahui bakat dan kebolehan anaknya, Aeril Haziq, bapanya Mohd Hardy lantas memberikan tugasan membuat rekaan membesarkan dapur. Aeril kemudiannya menelaah buku tersebut dan memahami teknik arkitek serta perisian untuk pelajar sekolah menengah. Dari situ terhasil pelbagai lagi rekaan yang menarik seperti rumah semi-d dan merekabentuk masjid. Terbukti dengan dorongan dan bantuan daripada ibu bapa, ianya boleh menggilap bakat anak-anak dengan lebih cemerlang. Malahan bukan Aeril sahaja yang berbakat, ada lagi kanak-kanak Malaysia yang berjaya cuma tidak diketengahkan. Antaranya ialah pandai mencipta coding. "Akmal Hazim ketika dia present projek kt Jomlaunch, umur dia baru 13 tahun." Menurut pengguna Twitter ini lagi, pembelajaran di sekolah tidak boleh dipaksa, ianya cukup sekadar bagi memenuhi capaian pembelajaran negara sahaja. Jadi, ibu bapa tidak boleh memaksa sebaliknya mendorong minat dan bakat anak-anak supaya lebih diluaskan lagi. |
CiliPadiSedap replied at 19-1-2021 05:10 PM
kaka form 5 masih main cariforum lagi. hmm
lavendernovella: Tak pelik pun , semua kanak2 ada potensi besar, cuma peluang ada atau tidak je.
ADVERTISEMENT