CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Tidak Menyesal, Kerana Itu Zaman Kejahilan Saya - Yuda

19-1-2021 01:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5014| Komen: 26



JAWA - Meskipun dipenuhi tatu pada wajah, tidak menjadi penghalang buat seorang pemuda menjadi tetamu ALLAH dengan mengunjungi masjid setiap hari di kampung Semarang, Jawa, Indonesia.
 
Pemuda berusia 21, bernama Ahmad Nur Kusuma Yuda lebih dikenali sebagai Yuda, lapor Kompas.

Susuk wajahnya kelihatan menyeramkan namun ketika bertutur suaranya lembut.

Yuda dilahirkan di Tangerang memberitahu, memiliki tatu itu sejak kecil lagi ketika zaman nakalnya.

"Semasa di sekolah rendah, saya pelajari pendidikan agama dan tinggal asrama. Namun melarikan diri kerana berasa terkongkong.

"Saya pulang ke rumah, akhirnya terjebak dengan aktiviti tidak bermoral dan menyertai kumpulan punk.


"Waktu itu, saya gemar cuba benda baru. Saya merantau ke Semarang, kemudian ke Jakarta. Terus ke Merauke, Bali dan Aceh. Di Bali pernah mahu menjadi tukang tatu," katanya.

Namun pada Ramadan tahun lalu, semuanya berubah apabila dia seolah tersedar dari mimpi.

"Semasa bulan Ramadan, saya mula merenung masa hadapan saya. Kemudian terdetik untuk berubah menjadi insan lebih baik.

"Walaupun sekarang telah memilih untuk berhijrah, saya tidak berniat untuk membuang tatu.
"Saya tidak menyesal, kerana itu zaman kejahilan saya. Apa yang utama, saya telah kembali ke jalan yang benar," ujarnya.

Yuda kini tinggal di Semarang bersama keluarganya mengakui proses perubahan dalam dirinya tidak mudah dan penuh dengan rintangan.

"Semasa datang ke masjid, orang ramai kelihatan takut dan pandang serong dengan saya. 

Namun lama kelamaan, akhirnya, kira-kira sebulan mereka sudah mulai terima," katanya.

Kini Yuda membantu menguruskan Masjid Jami Al-Istiqomah, Jalan Kusuma Wardani, Pleburan.

"Saya mahu dekat dengan ALLAH, bersolat. Saya juga mendalami ilmu agama dan sedang menghafal 24 juzuk al-Quran.

"Dapat juga bertemu dengan para pendakwah untuk mempelajari ilmu dakwah," katanya.


Sumber : SinarHarian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 19-1-2021 03:27 AM
Byk duit muda2 buat tatoo
Quote rogayahtop 19-1-2021 03:34 AM
Tipikal retis malaysia sgt. Segala bende extreme alang2 memyeluk pekasam gitu. Kalau jadi maknyah esok terus buang toteyy agaknya.
Quote dudaberhias 19-1-2021 05:18 AM
walaupun leluhur tapi heolsss macam herlok jah??? adakah wajah dia shining lepas ke jalan yang benar ... kalau muka gini yang bertatu takde la scary...

@Kurex
Quote domestobot 19-1-2021 07:04 AM
kot ye pun zaman jahil, memang berhabis jahil sungguh2 lah. takde nak half-ass je jahil. cuba kalau belajar kat sekolah sama gigih macam menjahilkan diri tu
Quote Tinot7 19-1-2021 07:11 AM
camne amek wudhuk?

"Walaupun sekarang telah memilih untuk berhijrah, saya tidak berniat untuk membuang tatu.
"Saya tidak menyesal, kerana itu zaman kejahilan saya. Apa yang utama, saya telah kembali ke jalan yang benar," ujarnya.
Quote underground 19-1-2021 07:36 AM
Tinot7 replied at 19-1-2021 07:11 AM
camne amek wudhuk?

"Walaupun sekarang telah memilih untuk berhijrah, saya tidak berniat untuk mem ...

amik je wudhu seperti biasa.

tatoo tu kira urusan lepas. di maafkan sebab kalau buang lebih memudaratkan.


ramai lagi muslim takde tatoo kat muka tak nak pegi mesjid..
Quote Centurion 19-1-2021 07:50 AM
Kalah post malone
Quote Kurex 19-1-2021 08:07 AM
dudaberhias replied at 19-1-2021 05:18 AM
walaupun leluhur tapi heolsss macam herlok jah??? adakah wajah dia shining lepas ke jalan yang benar ...

Kalau muka ni, kita kena maafkan kesalahan & kena bagi peluang. Tak baik kita terus menghina atau pulaukan.. kesian dia, kita bagi dia peluang..
Quote Tinot7 19-1-2021 08:18 AM
underground replied at 19-1-2021 07:36 AM
amik je wudhu seperti biasa.

tatoo tu kira urusan lepas. di maafkan sebab kalau buang lebih mem ...

ok tengkiu.. iols terpikir gaks org2 yg byk tatu, camana depa amik wudhuk lepas depa dah bertobat... kalau yg jenis cacah kening pun sama la kan?
kalau takat kaler kuku dan rambut, tu rasanya sekejap je nak hilang.
Quote makita 19-1-2021 08:40 AM
Nekad betul tatoo kat muka
Quote hayati_hassan 19-1-2021 08:51 AM
tatu tu urusan dia dgn allah
cuba lihat di YT byk mat salleh bertatu tetapi dpt berkunjung ke Mekah
hat kita yg kalut pasal tatu org belum tentu dpt peluang ke sana
Quote Dalcott 19-1-2021 09:13 AM
tak sakit ke buat tatu kat muke
Quote vespa_oren 19-1-2021 09:42 AM
syukur tuhan bgi peluang ke2, kdg peluang tu ada kita yg x ambil
Quote Aliaskotonggo 19-1-2021 10:12 AM
punyalah nakal, sampai kat muka pun nak buat tatoo...kahkahkah
Quote zuuu 19-1-2021 01:28 PM
Muda lagi budaknya agaknya rebel teruk waktu remaja...untung budak ni dapat hidayah di usia muda
Quote FOTHER-MUCKER 19-1-2021 01:31 PM
Betulah tak perlu menyesal pun kerana pengelaman lepas adalah sangat beharga.
Quote HuoJingJue 19-1-2021 01:34 PM
tatu rupanya..aku ingat muka kena conteng masa tidur
Quote mamajawie 19-1-2021 02:58 PM
aku ingat tadi mamat ni pkai claymask kat muka n tuala lilit kpala..xprasan lak tu tatu..
Quote MontanaHannah 19-1-2021 03:39 PM
masalahnya buruk.

cuba usaha buang tattoo nakharom tu diwajah ada kemungkinan besar juga dia hensem.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.598662 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top