CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Sangat Kahwin Dengan Lelaki Muka Bollywood, Wanita Menderita Dibawa Pulang Ke Negara Asal Kekasih!

18-1-2021 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16009| Komen: 73

Sejak usia kanak-kanak, wanita berusia 30-an itu sangat gemar menonton filem Bollywood menerusi siaran televisyen terutamanya pada hujung minggu.

Disebabkan terlalu banyak menonton filem dari India itu, Ziana (bukan nama sebenar) amat teruja tertarik dengan rupa pelakon-pelakon lelakinya yang tampan.

Antara pelakon yang menjadi pujaan wanita berasal dari Pulau Mutiara itu ialah Shah Rukh Khan, Salman Khan, Amir Khan, Hrithik Roshan dan Abhishek Bachchan.

Pengaruh filem berkenaan ternyata cukup besar dalam hidup Ziana sehingga dia memasang impian untuk mempersuamikan lelaki yang memiliki raut wajah seperti bintang pujaannya itu.

Ziana menetapkan lelaki yang ingin menjadi suaminya haruslah memiliki rupa paras menawan, berhidung mancung, berkulit sawo matang dan berambut lurus.

Selepas tamat persekolahan tingkatan lima, Ziana berkenalan dengan beberapa orang lelaki tempatan, namun rupa paras mereka masih belum memenuhi kriteria yang diidamkannya.


Pada satu hari, seorang pemuda yang berasal dari Pakistan bertandang ke rumah Ziana untuk menjual karpet dan pakaian. Lelaki berkenaan dipelawa masuk ke rumah oleh ibunya.

Sebaik terpandang Hamid (bukan nama sebenar), Ziana terus terpikat dan rasa jatuh cinta dengan rupa paras lelaki berusia 30-an itu.

“Hamid memiliki ciri-ciri lelaki idaman yang saya didambakan selama ini. Ia membuatkan saya berasa ingin berkenalan dengan lebih rapat dengan Hamid,” katanya ketika di temu bual baru-baru ini.

Lari dari rumah

Sebelum Hamid pulang, Ziana sempat bertukar nombor telefon dengan Hamid sekali gus membuka ruang lebih luas baginya untuk mengenali pemuda dari negara Asia Selatan itu.

Bermula dengan mesej-mesej ringkas menerusi telefon bimbit, hubungan Ziana dan Hamid menjadi semakin serius. Pada hujung minggu, mereka berdua sering menghabiskan masa dengan bersiar-siar bersama di pekan.

Pada satu ketika, Hamid menyatakan keinginannya untuk memperisterikan Ziana secara sah.

Hasrat murni Hamid itu telah disampaikan Ziana kepada kedua-dua ibu bapanya.

Malangnya, permintaan tersebut ditolak mentah-mentah oleh keluarganya kerana bimbang Ziana akan hidup sengsara di kemudian hari apabila berkahwin dengan seorang lelaki yang berbeza adat dan budaya daripada mereka.

“Meskipun keluarga menolak, namun kerana terlalu mencintainya, saya tetap ingin berkahwin dengan Hamid.

“Tanpa berfikir panjang, saya nekad untuk lari dari rumah untuk mengikut Hamid walau ke mana sahaja.

“Hamid menyatakan berhasrat untuk membawa saya pulang ke kampung halamannya di Pakistan sebelum merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan saya,” ujarnya.

Selepas seminggu berada di sana, Hamid telah membuat kejutan kepada Ziana. Hamid memberitahu dia sebenarnya sudah beristeri dan mempunyai tiga orang anak.

Sebaik mengetahui perkara tersebut, perasaan dan impian Ziana selama ini terus berkecai dan mula memikirkan untuk pulang ke pangkuan keluarga di Malaysia.

“Perasaan saya mula rasa bercelaru dan tertipu dengan Hamid. Saya tidak mahu hidup bermadu di negara orang. Disebabkan itu, saya mula memikir untuk lari daripada Hamid dan pulang ke tanah air,” ujar Ziana.


Gambar Hiasan

Memburukkan lagi keadaan, kehidupan keluarga Hamid di Pakistan sangat susah dan serba kekurangan, sekali gus menyukarkan Ziana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

Di sana, tiada bekalan elektrik dan air bersih selain bekalan makanan juga terhad.

Malah, Ziana terpaksa membantu keluarga Hamid menanam sayur dan menternak kambing untuk kegunaan harian.

“Semua gambaran indah yang bermain di minda selama ini ternyata berbeza sama sekali. Saya sangat tertekan hidup di sana yang serba kekurangan.

“Saya memang ingin pulang ke Malaysia, namun tidak ada duit untuk membeli tiket penerbangan,” tegasnya.


Gambar Hiasan

Disebabkan itu, Ziana memilih lari ke Islamabad untuk mengadu nasib di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana dengan harapan dapat pulang ke Malaysia.

Dia juga berharap pihak berkenaan dapat menyediakan wang bagi membeli tiket kapal terbang untuk membolehkannya pulang ke tanah air secepat mungkin.

“Pihak suruhanjaya telah berhubung dengan keluarga di tanah air terlebih dahulu untuk mengetahui situasi sebenar, sebelum bersetuju untuk membawa saya pulang ke tanah air.

“Selepas tahu akan kembali ke pangkuan keluarga, saya berasa sangat gembira kerana dapat lari daripada Hamid,” jelasnya.

Katanya, dia sangat menyesal atas tindakannya untuk kahwin lari bersama Hamid disebabkan keinginan hidup bersama dengan lelaki yang memiliki wajah menyerupai pelakon Hindustan. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 18-1-2021 02:48 PM
Laaa awal sgt masuk
Quote hazfy 18-1-2021 02:49 PM
Jangan percaya sangat bangsa ni bukan saja bertanam tebu dhujung bibir tapi bertanam sekali tebu tu dekat gigi lidah semua.

Banyak dengar kabar angin mereka ni ganas dlm hubungan kelamin.seramnya
Quote LadyCarefree 18-1-2021 02:50 PM
Hadoilah diknon
Quote Normabaru 18-1-2021 02:56 PM
Pakistan ni suka btol kata diorg mixed Caucasian or middle east.. Walhal asia sajork..

Dapat muka SRK and 7inch xjamin akan blh bahagia pon. Nak beli vaksin nk beli mask handsanittizer nnt pakai apa
Money is important ok?
Haha..
Quote AyaqMeloSuam 18-1-2021 03:00 PM
' pin..pin.. pin.. Assamualaikum... adik manis.. mau beli karpet ? Karpet ? Cadar ada.. semua ada.. ' jerit Hamid.
Quote Skuau 18-1-2021 03:20 PM
hang tulis pon udah cam citer bollywood.
Quote addved 18-1-2021 03:23 PM
Adakah dia expect pengakhiran cam filem Bollywood juga? Kesian adik ni, sangat naif.
Quote chinta89 18-1-2021 03:31 PM
Jgn lupa kisah pemuda Lombok pun byk {:sing
Quote febreze 18-1-2021 03:34 PM
paki yg dtg mlysia sume ada bini kat pakistan tu..dtg meniaga mlysia cari anak dara mlyu buat geli2 je..lgi2 klu dpt PR lg diaorg suka..mmg btg nalllaaa..tp puas la korang mendayungg...lama plak tu ahahahaha
Quote Vellfire 18-1-2021 03:36 PM
agaknya pakistan pun ader ayat power
Quote bakingsoda 18-1-2021 03:37 PM
best ni kalau filemkan
Quote kechikchomel 18-1-2021 03:48 PM
macam cerita Tiz Zaqyah tu berlakon. Sara Sajeeda.
Quote Scintilla 18-1-2021 03:52 PM
umur dah 30an x laku, mmg sah lah xde jantan tempatan yang berminat kt hang....dapat kat paki carpet cuma lepas napsu sbb dah lama x balik kg.....ko punya citer ni ada iras2 illi sanggup tinggal keluarga....cuma gaya citer mcm bau2 kepam macit hassanah sket
Quote nanies 18-1-2021 04:23 PM
hotak bergeliga mcm tahik hunta
Quote nanies 18-1-2021 04:23 PM
hotak bergeliga mcm tahik hunta
Quote nanies 18-1-2021 04:24 PM
hotak bergeliga mcm tahik hunta
Quote Budakmomok 18-1-2021 04:29 PM
Suh family belikan tiket balik xkan nak guna duit kerajaan plak
Quote azie5zoe 18-1-2021 04:53 PM
Dapat Paki yang berduit bolehlah lesen berniaga guna nama hang cik adik oii, dapat yang semekin makan semekut tidur ler semejid.
Quote tagas 18-1-2021 06:04 PM
ok la tu at least merase

dr jadik andartu habuk pun tarakk @ifanonline  

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.169545 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top