CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Keluarga Kami Teraniaya Kerana Kecuaian KKM'

18-1-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7459| Komen: 46

Wanita mendakwa kekhilafan Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan dia dan anak dijangkiti Covid-19 daripada suaminya.

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita menggunakan akaun dikenali sebagai Azra Ghaz mendakwa kecuaian KKM memaklumkan keputusan negatif RTK-Antigen kepada suaminya menyebabkan dia dan anaknya terdedah kepada wabak itu.



Kredit foto: FB

"Suami saya dijangkiti ketika berada di wad hospital. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul ketika merawat suami saya.

"Kecuaian KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-Antigen kepada suami saya. Kami dimaklumkan suami saya negatif, walhal sebenarnya suami saya positif Covid-19.

"KKM mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya, kami di rumah pula terdedah kepada wabak Covid-19," katanya.


Menurutnya, susulan itu mereka sekeluarga membuat ujian saringan Covid-19 sebelum dimaklumkan positif ketika menjalani tempoh kuarantin.

"Kerana kesilapan KKM, mereka membahayakan nyawa kami sekeluarga. KKM mengarahkan kami sekeluarga untuk buat RTK-PCR kali kedua pada hari ke-15 selepas terdedah kepada kontak positif.

"Apakah signifikannya melakukan RTK-PCR selepas incubation period (tempoh inkubasi) 10 hari, sedangkan kebolehjangkitan di tahap sifar," katanya.

Justeru, katanya, itu antara isu akan dibawa dalam pertemuan diaturkan KKM bagi membincangkan aduan rasminya.

"Kita berbincang di saluran yang betul. Semoga yang senasib dengan saya, tak perlu memaki hamun dan menyumpah seranah KKM. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya faham, KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat sekarang.

"Tetapi, memahami tak bermaksud berdiam diri dan menerima sahaja penindasan terhadap kita. Kita berhak untuk mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM," katanya.


Kredit foto: FB

Dalam pada itu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan suami kepada wanita terbabit mendakwa dijangkiti virus terbabit ketika mendapatkan rawatan akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul di sebuah hospital pada 7 Disember tahun lalu.

Lelaki dikenali sebagai Muhammad Ghazali itu berkata, selepas dua hari dimasukkan ke hospital terbabit, dia diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas terdapat kes positif wabak itu di wad didudukinya.

Dia kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember, namun keputusan ujian disahkan negatif serta dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun, pada 23 Disember lalu, dia menerima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan sebenarnya disahkan positif Covid-19 sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada keesokannya.


Sumber: Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 18-1-2021 09:31 AM
oh ade miscommunication dan kecuaian, perkara berlaku ni kena siasat tapi , perkataan KKM menindas tu pada I agak melampau, sorry ye, KKM suruh pesakit ni bayat ke kos ujian????
so kalau ye okay dia boleh complaint , itu validpoint kalau depa kena bayar..tapi kalau tak pengguaan perkataan menindas adalah  agak kurang tepat dan misleading.
Quote c===8 18-1-2021 09:32 AM
kata memahami KKM tgh menggalas tugas yg berat tapi makcik ni tetap gigih menggalas tugas aibkan KKM di media sosial
Quote nazzse 18-1-2021 09:35 AM
Health system dah down, staff exhausted, rakyat dok degil  lagi..
Kena mcm ni sibuk nak complaint, viral sana sini.
KKM suruh ikut sop tak diikut
Quote PEPPERMAN 18-1-2021 09:37 AM
Setuju
Perkataan penindasan tidak sesuai untuk menjelaskan kes ini
Quote Tinot7 18-1-2021 09:38 AM
batak viral ke?
habaq kat kkm je la.. awat habaq kat medsos?
Quote annehuda 18-1-2021 09:41 AM
confirm ke dapat dari hospital? sbb dia positif masa tempoh kuarantin. die kuarantin tu pasal ape?
Quote Nenasketum 18-1-2021 09:47 AM
Semua lah salah KKM kan, depa tu penat ya amat. Yang rakyat dok ber hoo haa aritu, nak salahkan saper plak, DAP, PAS atau PKR.
Quote She-Ra 18-1-2021 09:48 AM
jgn la ambik antigent, result 94% je betul
ambik la PCR result tepat
Quote jiwasemangat 18-1-2021 09:58 AM
94%.. kira tinggi laa tuu.. takkan nak yg 99% pulak
Quote rogayahtop 18-1-2021 12:14 PM
Kesian.

Dah masuk ward time2 kobid ni faham2 je la dik non.

Frontliners tu pun risk bawak balik covid tiap2 kali keje.


bg akak itula pentingnya laki bini paham sains perubatan.

kalau tak nanti kau sakit laki kau beli habbatus sauda dgn madu Tesco lepas tu bawak balik kg berubat dgn bomoh. Paling bongok yg tiap2 pagi hantar bini pakak baju putih seluar putih mengeram atas katil korea.
Quote uda 18-1-2021 02:12 PM
annehuda replied at 18-1-2021 09:41 AM
confirm ke dapat dari hospital? sbb dia positif masa tempoh kuarantin. die kuarantin tu pasal ape?

Dia kuarantin sbb positif.
Dapat drp husband dia. Dia kata husband dia positif masa di wad tapi kkmm kata negatif. So dia bawa balik and mengjankit semua orang.

Quote syaz_lina 18-1-2021 02:22 PM
Adoi mama mia ni, kena tindas padia.
Kalau kena tindas. kkm reject mama, papa, n mia utk buat swab test dan dibiarkan sesak nafas di parking hospital, lalu meninggal. Tu baru sesuai guna istilah ditindas
Quote jari10 18-1-2021 02:34 PM
c===8 replied at 18-1-2021 09:32 AM
kata memahami KKM tgh menggalas tugas yg berat tapi makcik ni tetap gigih menggalas tugas aibkan KKM ...

Aku konpius di situ.. Kat atas cakap macam2.. Pastu paragraph bawah ehh2 lain pulak.. Kecelaruan apakah acik ni
Quote LadyCarefree 18-1-2021 02:35 PM
syaz_lina replied at 18-1-2021 01:22 PM
Adoi mama mia ni, kena tindas padia.
Kalau kena tindas. kkm reject mama, papa, n mia utk buat swab  ...

Itupun tengok situasi juga. Kalau public helathcare kita dah sampai tahap xmampu mungkin benda biar saja di parking sepital mungkin berlaku. Huhu nauzubillah
Quote belilies 18-1-2021 05:16 PM
Jangan esok lusa kkm saman malu br pdn muka. Benda dh setel nak bising lg. Dlm puji ada hinaan gitu. Dah sembuh pun anak beranak, bukannya mati pun
Quote sayawifenikmie 18-1-2021 05:23 PM
She-Ra replied at 18-1-2021 09:48 AM
jgn la ambik antigent, result 94% je betul
ambik la PCR result tepat

RTK bukan 84% betul ke ?

Saya baru2 ni buat dua dua .. sebab RTK cepat -- PCR dalam 72 jam baru dapat result .. tak tahan nak risau lama lama ...
Quote hawa001 18-1-2021 05:35 PM
Ujian covid19 yang test guna rtk antigen dapat result cepat tapi byk yg x tepat, cleaner kat ofis test guna rtk antigen positif, masuk pusat kuarantin test pula guna pcr, lepas 5 hari dpt result negatif, terpaksa habiskan kuarantin 10 hari sebab dah terdedah dengan yg positif di pusat kuarantin
Quote renko 18-1-2021 05:37 PM
bimbonye meroyan
Quote downiey 18-1-2021 06:24 PM
byk betol bunyik nye, tau x frontliners tu semua dh penat sgt... kira syukur la ko buat swab test tu free. dibuatnye ko kene bayar baru tau,,

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.449734 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top